10 Nama Makanan Sabah Yang Wajib Di Cuba
Makanan Sabah yang dikenali sebagai ‘Negeri Di Bawah Bayu’, terkenal dengan pemandangan dan keajaiban alam semulajadi yang menakjubkan. Namun, ada sesuatu lagi yang menjadikannya destinasi popular iaitu makanan yang menyelerakan dan wajib dicuba! Sabah mempunyai pelbagai jenis masakan yang diwarisi daripada campuran budaya dan tradisinya.
Daripada pasar yang sibuk hingga restoran di pusat membeli-belah, Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, serta kawasan sekitarnya, menawarkan pelbagai hidangan dan tempat makan. Pelbagai jenis masakan yang lazat mudah didapati dan berbaloi untuk diterokai dan dinikmati.
Berikut adalah 10 makanan wajib cuba semasa anda berada di Sabah.
10 NAMA MAKANAN SABAH YANG WAJIB DI CUBA
Nasi Kuning
Nasi kuning sangat terkenal di Sabah. Nasi kuning yang dimasak bersama santan dan ditambah serbuk kunyit untuk mendapatkan warna kuning yang cantik dan sedap.
Pada awalnya, nasi kuning ikan yang dulu sememangnya sangat terkenal sebagai hidangan sarapan di negeri. Kalau di semenanjung nasi lemak merupakan menu sarapan pagi yang terkenal, tapi di Negeri di Bawah Bayu ini, nasi kuning ikan anda boleh di temui di mana-mana termasuk gerai jualan peniaga kecil atau di restoran. Biasanya nasi kuning dibungkus dalam daun pisang, tetapi peniaga sekarang lebih senang menggunakan pembungkus plastik/polisterine.
Di Sabah nasi kuning dihidangkan bersama sambal, ikan atau ayam goreng, telur rebus dan timun. Lebih menariknya lagi, nasi kuning dihidangankan bila-bila masa sahaja, makan pagi, tengahari atau makan malam.
Mee Basah
Foto kredit mee basah.
Sekali tengok lebih kurang macam mee hailam atau mee ladna. Tapi mee goreng basah dari Sabah ini mempunyai citarasanya yang tersendiri. Orang Sabah atau yang pernah rasa sahaja yang tahu bagaimana nak gambarkan betapa enaknya mee basah sabah ini.
Siapa yang belum pernah rasa makan wajib cuba jika pergi Sabah. Mee ini antara signature dish di Sabah. Ianya lagi menarik kerana digoreng bersama seafood seperti udang dan sotong yang segar. Baunya sangat mengancam dengan campuran lada putih, kayu manis dan sedikit sos tiram. Sekali hirup pasti nak lagi.
Mee Kasar
Foto kredit mee kasar.
Makanan Sabah terutamanya mee kebanyakan jenis yang kering. Sabah menjadi pengeluar yang terbesar untuk mee kering ini. Mee kasar adalah salah satu contoh mee kering atau mee kuning Sabah. Mee ini bila di masak, perlu direndam dalam air supaya lembut. Ramai yang suka mee kasar ini kerana rasa nya memang sedap.
Bila berkunjung ke Sabah, anda boleh mendapat mee kasar ini jadi sarapan pagi sahaja. Mee ini akan di hidangkan kosong atau nak lebih sedap letak sambal lada Sabah.
Mee Papan
Foto kredit mee papan.
Mee papan adalah contoh lain bagi mee kering atau mee kuning Sabah. Sama seperti mee kasar, bila berkunjung ke Sabah, anda boleh mendapat mee papan ini jadi sarapan pagi sahaja. Mee ini akan di hidangkan kosong atau nak lebih sedap letak sambal lada Sabah.
Mee Rojak
Foto kredit mee rojak.
Mee rojak ini adalah makanan yang sangat terkenal di Sabah. Siapa yang memang sukakan kuah kacang, ditambah lagi mee kuning yang direbus menggunakan air 80 degree celcius, hirisan timun yang segar, telur ayam kampung yang masih panas. Gabungannya sangat sempurna.
Berbeza dengan rojak di Semenanjung, rojak dihidang sekali dengan buah-buahan, ada juga yang dipanggil passembur yang boleh didapati banyak di Pulau Pinang.
Mee Goreng Seafood
Photo credit mee goreng seafood.
Sabah terkenal dengan kicap buatan tersendiri yang lebih pekat dan hitam warnanya. Ia juga memberikan rasa yang lain jika di masukkan dalam masakan mee goreng seafood. Anda wajib cuba order mee goreng seafood jika pergi ke Sabah.
Siagul/Sinagul
Photo credit Siagul.
Siagul atau sinagul merupakan makanan tradisi dari suku kaum Bajau Semporna atau Bajau yang menetap di kawasan Pantai Timur Sabah. Sinagul dan siagul ini membawa maksud beberapa bahan yang dicampurkan atau digabungkan.
Siagul merupakan tumisan kering atau basah ikan pari ala ala masakan rendang di Semenanjung. Selain ikan pari, ikan buntal dan ikan yu juga boleh digunakan untuk masakan siagul ini.
Sayap Ayam
Foto kredit sayap ayam.
Sayap ayam madu mulanya terkenal dekat Kundasang. Kundasang adalah kawasan yang terletak di sekitar Gunung Kinabalu. Ianya menjadikan Kundasang tempat tarikan pelancong dalam atau luar negara.
Bayangkan anda menikmati masakan panas dan sangat sedap ketika di sana. Pasti tidak akan dilupakan. Anda wajib cuba sendiri sayap ayam madu ini kerana resepi perapannya yang tersendiri.
Pisang Goreng
Foto kredit pisang goreng.
Pisang goreng adalah kegemaran sepanjang zaman di Malaysia. Begitu juga dengan di Sabah, pisang goreng menjadi makanan untuk minum petang sehari-hari. Jadi anda akan mudah untuk mendapatkannya.
Ramai yang suka pisang goreng di Sabah kerana pisangnya tidak terlalu masak, masih sedikit keras, yang merupakan cara saya suka. Sos cili yang disajikan mempunyai rasa savori, cair, dan tepat pada tempatnya.
Ikan Bakar
Foto kredit ikan bakar.
Sabah terkenal dengan makanan lautnya, dan rahsia makanan laut yang sedap adalah kesegaran. Mereka menggunakan ikan yang lebih besar dan menyapu sos khas pada ikan semasa proses BBQ. Sos itu kelihatan kuning dengan campuran rempah yang menjadikan ikan begitu lazat, selain daripada aroma BBQ yang menyelerakan.
Jika anda berkunjung di mana-mana lokasi di Sabah, ikan bakar boleh didapati di pasar-pasar atau restoran. Bergantung kepada saiz ikan yang anda pesan, harga berbeza dari RM5 hingga RM28. Yang bagusnya – nasi putih dan sayur-sayuran sudah termasuk. Tiada harga melampau yang mencecah 3 angka di sini, berbanding dengan restoran makanan laut lain yang mungkin mengejutkan anda dengan bil yang tinggi selepas makan.
Makanan laut segar yang dibakar menggunakan arang, jadi ikan yang dipanggang mempunyai aroma yang menyelerakan.
Selepas proses BBQ, kulit ikan akan menjadi sedikit keras dan menahan “jus” dalam isi ikan, jadi ia tidak rasa kering. Saya suka makanan pedas, jadi saya selalu celup daging ikan dalam “sambal belacan”, yang merupakan pes udang yang sangat pedas. Ini lagi menambah selera makan saya sehingga saya boleh makan 2 pinggan nasi lagi. Hidup ini sungguh indah dengan suapan makanan laut segar.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/08/makanan-sabah.html