10 Masjid Di Kelantan Yang Wajib Korang Kunjungi
10 Masjid Di Kelantan Yang Wajib Korang Kunjungi | Akhirnya aku boleh buat artikel berkaitan dengan senarai masjid yang menarik untuk dikunjungi di Negeri Kelantan tetapi sebelum aku teruskan perkongsian kena bagi disclaimer dahulu sebab takut nanti ada yang cakap "banyak lagi masjid cantik di Kelantan kenapa tak ada dalam senarai?".
10 Masjid Yang Boleh Dikunjungi Sewaktu Melancong Di Negeri KelantanUntuk pengetahuan semua, masjid masjid yang aku senaraikan adalah masjid yang aku sendiri pernah kunjungi. Tak dinafikan masih ada banyak lagi masjid yang lebih cantik di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. InsyaAllah kalau diberikan masa dan rezeki aku akan ke masjid tersebut pula okay
Sekarang ini jom kita tengok masjid manakah yang aku pernah kunjungi di Negeri Kelantan
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra/Masjid Beijing Rantau Panjang Kelantan
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra adalah masjid pertama yang aku kunjungi kerana ianya berada tidak jauh dari tempat aku tinggal. Hanya mengambil masa kurang 30 minit sahaja untuk sampai. Senibina masjid ini memang sangat cantik dan sentiasa dikunjungi oleh ramai pelancong. Bukan hanya pelancong beragama islam tetapi mereka yang menganut agama lain juga datang untuk melihat sendiri senibina masjid beijing.
Baca Artikel Penuh : Jejak Masjid Di Kelantan : Masjid Jubli Sultan Ismail Petra Rantau Panjang Kelantan
Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan
Kalau ke Bandar Kota Bharu, Masjid Muhammadi akan jadi tumpuan ramai untuk dijadikan sebagai tempat menunaikan ibadah. Kebetulan pula waktu aku singgah dekat sini ada beberapa kawasan atau area baru sahaja siap diubahsuai. Ianya digunakan sebagai tempat jemaah berbuka puasa pada bulan puasa tahun ini (2023).
Baca Artikel Penuh : Jejak Masjid Di Kelantan : Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan
Masjid Al - Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan
Masjid Al - Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan nampak sangat cantik dan ianya mempunyai tema yang tersendiri. Apakah tema yang cuba disampaikan dengan senibina masjid? Korang boleh baca artikel penuh dengan menekan link yang aku kongsikan dibawah. Selain bangunan masjid untuk menunaikan ibadah, disini juga ditempatkan rumah kakitangan masjid dan Klinik Wakaf.
Baca Artikel Penuh : Jejak Masjid Di Kelantan : Masjid Al - Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan
Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan
Masjid Ar Rahman Kubang Batang adalah antara masjid yang dibina dengan kos yang paling tinggi di Kelantan iaitu sebanyak lebih kurang RM20 Juta dan hasilnya boleh dilihat dari segi senibina luar dan masjid masjid itu sendiri. Sewaktu aku datang memang puas hati tengok sebab setiap sudut sangat sangatlah cantik.
Baca Artikel Penuh : Jejak Masjid Di Negeri Kelantan : Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan
Masjid Al - Sultan Ismail Petra Kubang Kerian
Masjid Al - Sultan Ismail Petra Kubang Kerian pula kalau dilihat dari segi senibina memang agak berbeza dan simple berbanding dengan masjid lain yang penuh dengan ukiran di dindingnya tetapi ianya tetap nampak gagah berdiri walau pun sudah bertapak bertahun tahun lamanya.
Baca Artikel Penuh : Jejak Masjid Di Kelantan : Masjid Al - Sultan Ismail Petra Kubang Kerian
Masjid Bukit Kechik Tanah Merah Kelantan (Masjid Anugerah)
Sewaktu Aku singgah di Masjid Bukit Kechik Tanah Merah Kelantan ianya masih baru lagi dibina. Pokok pokok di sekelilingnya pun masih baru ditanam. Masjid ini kalau dilihat dari saiznya memang sedikit kecil berbanding dengan masjid lain yang aku kongsikan tetap nampak cantik dengan senibinanya yang moden.
Baca Artikel Penuh : Jejak Masjid Di Kelantan : Masjid Bukit Kechik Tanah Merah Kelantan (Masjid Anugerah)
Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor
Kunjungan aku sewaktu ke Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor agak tidak memuaskan hati sebab ketika itu ada majlis yang sedang berlangsung dan aku tidak dapat mengambil gambar dengan baik dan pintu bangunan masjid juga dikunci. Aku tak dapat nak kongsi macam mana bahagian dalam masjid tetapi apa yang aku boleh cakap ianya cantik
Baca Artikel Penuh : Jejak Masjid Di Kelantan : Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor
Masjid Ar Rahman Pulau Gajah
Masjid Ar Rahman Pulau Gajah ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri menjadikan ianya sangat menarik untuk dikunjungi. Senibina masjid ini juga sangat cantik dan diinspirasikan dari beberapa buah negera. Kalau korang nak tahu boleh baca artikel mengenai masjid Ar Rahman Pulau Gajah di link yang aku kongsikan dibawah
Baca Artikel Penuh : Jejak Masjid Di Kelantan : Masjid Ar Rahman Pulau Gajah
Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai Tanah Merah Kelantan
Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai ini boleh dikatakan masih belum siap sepenuhnya kerana mengikut apa yang aku tengok mereka ada lagi beberapa tempat yang ingin diubahsuai dimasa akan datang tetapi setakat apa yang ada hari ini ianya sangat memuaskan. Kemudahan yang disediakan pun sangat bagus untuk pengurusan masjid dan juga pengguna yang datang untuk menunaikan ibadah
Baca Artikel Penuh : Jejak Masjid Di Kelantan : Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai Tanah Merah
Masjid Aminul Faizin Padang Kala Melor Kelantan
Masjid Ainul Faizin aku letakkan last sekali sebab belum siap sepenuhnya lagi tapi pernah berkunjung dekat sana untuk tengok dengan lebih dekat detailing dia. Memang betul betul cantik korang. Bila dah siap nanti mesti akan jadi lebih cantik. Teringin nak masuk dalam tapi masih dalam pembinaan kan kita tengok dari luar sahaja la. Aku ada ambil gambar di bahagian lain juga, korang boleh klik link yang aku share dibawah.
Baca Artikel Penuh : Jejak Masjid Di Kelantan : Masjid Aminul Faizin Padang Kala Melor
Berikut adalah 10 masjid di Kelantan yang korang boleh singgah sewaktu datang berkunjung. Masih ada beberapa masjid lagi yang aku nak pergi tetapi masih belum berkesempatan contohnya Masjid Buluh dan Masjid Razaleigh di Gua Musang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2023/11/senarai-Masjid-cantik-di-kelantan.html