10 Idea Kerja Dari Rumah Untuk Suri Rumah


Menjadi suri rumah tidak bererti anda tidak boleh menjana pendapatan. Tidak valid ayat ini kerana kini rata-rata suri rumah sudah pandai berdikari dan menjana pendapatan sendiri walaupun dari rumah. Terdapat banyak cara untuk para suri rumah mendapat income. 



Buktinya saya sendiri merupakan salah seorang suri rumah yang mempunyai pendapatan sendiri tanpa perlu keluar dari rumah! Ha, boleh kan? Jadi anda juga pasti boleh!
Mari saya kongsikan apakah idea-idea bisnes yang anda boleh lakukan walaupun hanya dari rumah, eh nak keluar rumah pun boleh, pastikan dapat keizinan suami ya. 


Idea Berniaga Dari Rumah Bagi Suri RumahTidak keluar dari rumah namun masih boleh meraih pendapatan jika zaman sekarang adalah tidak mustahil sama sekali. Apa yang anda perlukan adalah, data internet yang mencukupi. Sebuah handphone yang tidak lag supaya anda tidak stress uruskan kerja bisnes anda. Tiada laptop? Tidak mengapa. HP sahaja pun ok
Jom lihat senarai idea berniaga dari rumah =)


10 Idea Kerja Dari Rumah Untuk Para Suri Rumah1. Menjual makanan, lauk pauk dan kuih muih - antara paling mudah dan ideal bagi suri yang suka memasak! Ha, rancang dahulu berapa kuantiti yang anda nak masak, modal dan siapakah sasaran prospek kalian. Pengalaman saya sendiri kan lihat rakan-rakan suri ni, jual di taman-taman sendiri pun laku sangat tau. Anda perlu sertai group taman! Ini wajib ya. 
2. Mengasuh & Transit - Mengasuh anak-anak kecil seperti anak jiran di taman tetapi perlu ada ilmu juga. Zaman sekarang pelbagai perkara boleh berlaku. Jagalah anak-anak asuhan ini sebaik mungkin insya Allah anda akan lebih dipercayai. Jika ada masa, topuplah ilmu berkaitan pendidikan anak-anak. 
3. Driver sekolah - Anda mungkin ada sebuah kereta yang cukup untuk 4-5 orang kanak-kanak. Pastikan jarak ke sekolah tidak terlalu jauh kerana kos minyak juga merupakan modal. War-warkan kepada ibu bapa di group taman dan group sekolah tentang servis anda ini. Insya Allah pasti ada yang menyahut panggilan anda kerana ianya banyak menjimatkan masa ibu bapa tersebut. 
4. Membuat kelas seperti mengaji quran, membaca atau tuisyen - Suri rumah yang berpendidikan tinggi boleh guna semula pendidikan itu untuk berbakti kepada masyarakat. Buat kelas membaca membantu anak-anak kecil yang mempunyai masalah mengikuti silibus di sekolah, kelas ini lebih khusus, pasti akan ada ibu bapa yang memerlukan guru sebegini. Apa yang anda perlukan ialah ruang yang selesa untuk pelajar ini duduk dan belajar. 
5. Menjual produk orang lain atau menjadi agen dan dropship - Jika ada modal, anda boleh pegang stok dan hantar kepada pelanggan, jika anda membuat kaedah COD, pastikan modal dan keuntungan anda berbaloi. Kos modal anda ialah kos produk, kos hantar serta kos minyak, ada juga kos tambahan seperti kos packaging. Satu lagi cara ialah menjual melalui internet - atas talian, bila ada tempahan, syarikat pengeluarlah yang poskan bagi pihak anda. 
6. Freelancer - luas maksud menjadi seorang freelancer, freelancer atau bahasa melayunya pekerja bebas mengikut skill masing-masing. Anda boleh jadi seorang penulis, membuat kerja data entry, terjemahan, design dan macam-macam lagi. Apa anda rasa skills yang anda anda untuk anda sebarkan servis tersebut?
7. Berkebun sebagai sumber pendapatan. Anda suka tanam pokok bunga atau sayuran serta buah-buahan? Ini juga salah satu income yang baik, memerlukan modal juga tetapi jika anda bijak menentukan harga jualan insya Allah. Perniagaan yang baik buat suri rumah yang suka berkebun!
8. Coaching - Wah, besarkan title coach ini. Anda ada ilmu, skills yang boleh dijadikan modul dan bantu orang lain, juga boleh jadi sumber pendapatan. Sebagai contoh, membuat kelas website. 
9. Menjahit - Sama ada jahitan tangan (kraftangan, chrochet), atau jahitan tepi, oter pakaian mahupun menjahit sebuah pakaian ini adalah salah satu kemahiran tinggi dan paling disukai dan dipilih oleh ramai suri rumah. Jika anda boleh menjahit, mulalah buka tempahan, jika kurang yakin untuk tempahan besar, mulakan dari yang paling mudah iaitu oter baju, seluar, tudung dan macam-macam lagi. Dah cekap nanti, bolehlah ambil tempahan baju-baju raya pula kan?
10. Menulis - Menulis dan jadikan sumber pendapatan sama ada menjadi blogger, content creator, ebook atau buku fizikal. Suka menulis dan asah lagi penulisan dengan menyertai kelas-kelas penulisan sangat berbaloi. 


Alhamdulillah, lengkaplah sepuluh idea yang boleh anda korek dalam diri anda. Menjadi suri rumah, berniaga dan menguruskan keluarga adalah perkara yang tidak mudah namun tidak mustahil. 
Setiap suri rumah mempunyai kesukaran dan kisah yang berbeza, kesusahan dan kekurangan. Tetapi tidak bermaksud anda tidak boleh lakukan.
Jika anda rasa masa ialah perkara paling susah untuk anda aturkan, masa mulai hari ini mulalah dengan membuat jadual harian. 
Jadual ini berkaitan dari seawal anda bangun tidur, aktiviti rumah, aktiviti uruskan anak dan aktiviti membuat marketing serta jangan lupa aktiviti belajar ilmu bisnes. Dengan mengatur jadual dan masa anda, anda akan kurang stress kerana lambakan kerja yang tak henti-henti memerlukan perhatian anda. 


Idea Jadual Kerja Suri RumahSaya kongsikan beberapa idea yang anda boleh aturkan bagi memudahkan urusan kalian sebagai seorang suri rumah dan bekerja sendiri. 
Untuk buat template, boleh gunakan canva ye, search template "daily planner" dan edit dan rancanglah aktiviti harian anda, nak paling mudah, tulis sahaja di kertas kosong dan tampal. 




Cantikkan? Hati tengok pun rasa best tau, buat jadual sendiri. 

Baca Kisah & Perkongsian Suri Rumah Yang Berjaya Urus Masa, Diri Dan Bisnes Sebagai Motivasi dan InspirasiKisah suri rumah secara umum adalah sama, saya juga menyapu, mop, vacuum dan stress dengan pelbagai karenah anak-anak kecil di rumah. Dari saat buka mata hingga lelap, ada sahaja kerja yang tak henti-henti dilakukan.



Baru sahaja nak menaip, anak datang dan melalak. 
Customer call pun kadang saya tak jawab sebab masa itulah rumah ini riuh, bingit dengan jeritan dan tangisan. Bagaimana? Jadi sebab itulah, apa yang anda hendak lakukan, jika buntu, maka dapatkan ilmu , panduan, pengalaman dari suri rumah- suri rumah yang lain.

Walaupun rumah kita berbeza, situasi kita hampir sama je semuanya. Percayalah.
Saya listkan beberapa buku fizikal dan juga e-book yang boleh anda dapatkan sebagai rujukan ya. 


1. E-Book Inspirasi Bekerja Dari Rumah
E-book ini mengisahkan 13 kisah suri rumah yang bekerja sendiri, 13 kisah ibu-ibu yang bermula dan subur inspirasi pengalaman bermula dari rumah. Bukan sekadar itu mereka pernah bermula dengan sumber yang ada, pernah berkedai dan kemudian kembali mengemudi hanya dari rumah. Antaranya nukilan kisah Dila Aris mengusahakan kelas jahitan di rumah. Fidawati Osman bidang kek dan pastri. Hayati Mohid berkongsi pengalaman berniaga di jalanan. Irdarina mengimport buku buku Islamik luar negara. 13 kisah ibu bekerja dari rumah dari pelbagai niche ini juga akan menjadi idea buat suri, bagaimana nak mula berniaga, bagaimana nak dapatkan modal dan mula berniaga secara online. Cukup lengkap untuk suri rumah yang ingin mula berniaga dari rumah. 
Harganya RM30 sahaja, bonus Ebook Yeay, Mama Sudah Resign dan Suri Rumah Zero Hutang. Untuk dapatkan ebook ini, sila hubungi order ebook


2. Wanita Wajib Kaya






Buku fizikal dari Penulis Puan Fiza Jaafar, saya juga ada buku ini dirumah. Dibaca berulang kali. Kenapa saya cadangkan suri rumah semua memiliki buku ini? Ini kerana, tanpa matlamat yang jelas kenapa anda harus ada duit, sedikit senang, akan membuatkan anda lebih berusaha, tidak cepat mengalah, rasa puas dalam apa yang anda lakukan. Kerana saya pasti, menjadi suri rumah dan berniaga adalah perkara non stop dan memenatkan. Maka buku inilah akan jadi salah satu sumber kekuatan buat semua suri rumah insya Allah.
Boleh dapatkan di sini ya , https://shope.ee/LMfZ0aZmK


3. Rumahku Ofisku




Benar seperti dikata, apabila anda bekerja sendiri, seluruh rumah itulah ofis anda, kejap di ruang tamu, kejap di bilik. Siap ada meja beroda atau berlipat yang boleh diusung ke sana ke mari. Benarkan?
Ialah, di mana sahaja anda berada, di situlah di mana anak-anak akan bermain. Kita sebagai ibu harus alert di mana anak berada supaya tidak ada perkara buruk berlaku, cuba bayangkan anda terlupa tutup pintu, anak di ruang tamu dan kita di bilik? 
Maka, rumahku ofisku sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bagaimana seorang suri rumah mengendalikan pejabat dan kerja di rumah pada masa yang sama. 
Dapatkan buku ini di Shopee, ada diskaun saya lihat https://shope.ee/6Kdsi6tyjo


4. Suri Rumah Zero Hutang



Tiga perkara yang disentuh dalam edisi pertama Ebook Suri Rumah Zero Hutang.
1. Analisa hutang.
2. Langkah demi langkah bebas hutang.
3. Fokus capai zero hutang dahulu sebelum capai bebas kewangan.
Tidak dinafikan suri rumah juga ada hutang, mungkin anda bekerja sebelum ini dan ada hutang, tetapi buntu bagaimana nak selesaikan masalah hutang nikan? Insya Allah buku ini ada jawapannya. Penulis yang sama dengan ebook Inspirasi Bekerja di Rumah, ia juga merupakan bonus apabila anda membuat belian. 

Anda boleh pilih untuk bonus Inspirasi Bekerja di Rumah + Yeay, mama sudah resign atau bonus Ebook Hidup Tenang Tanpa Hutang. Keduanya mahar yang sama iaitu RM30. 
Untuk dapatkan ebook ini, sila hubungi order ebook

Saya juga ada menulis kisah saya sendiri, bagaimana saya membuat keputusan menjadi suri rumah selepas tamat pengajian master, membuat keputusan menjadi suri rumah pada waktu itu adalah keputusan yang sukar tetapi itulah keputusan yang telah saya buat, alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya merupakan suri rumah sepenuh masa yang masih bekerja sendiri sambil urus anak dan keluarga. 







Anda semua juga boleh lakukan. Cuma pesanan saya, suri rumah adalah pekerjaan utama kita semua kan? Oleh itu, pilihlah kerjaya di rumah yang selari dengan minat anda, supaya anda tidak stress dalam mencari income juga menguruskan rumah tangga. Tidak perlu jadi hebat dan follow orang lain, ikutlah rentak anda semua , dan pace masing-masing. Enjoy parenthoods dan moment anda bersama anak-anak


Baca juga : Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) : NGO Sokongan Para Surirumah


Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/11/10-idea-kerja-dari-rumah-untuk-suri-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rutin Mencabar Sebagai Suri Rumah Dan Cabaran Mejaga Bonda Yang Uzur

Rutin Mencabar Sebagai Suri Rumah Dan Cabaran Mejaga Bonda Yang Uzur

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 374 hits
Rutin Umi berubah lebih kurang 360 degree bila abah tak sihat abah bedridden pejabat Umi pulak ditutup operasinya selepas hampir 10 tahun Umi terajui dari zero umi memang menginap rumah bonda dan balik awal pagi dan selepas abah dah tiada u...
Suri Rumah Pun Boleh Burn Out

Suri Rumah Pun Boleh Burn Out

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 271 hits
Tak sangka ya jadi suri rumah pun boleh burn out Malah ramai seperti tidak berpuas hati kenapa seoranga wanita yang tidak bekerja ini hanya jaga anak sendiri boleh alami burn out dan sakit mental Bukan jadi gila tau Jangan salah faham pula ...
Masak Sendiri Lagi Sedap Idea Menu Pantang Frozen Mudahkan Ibu Berpantang Di Rumah Sendiri

Masak Sendiri Lagi Sedap Idea Menu Pantang Frozen Mudahkan Ibu Berpantang Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 278 hits
Jika dulu ramai dari kita yang memilih untuk pulang ke kampung berpantang namun kini ramai yang memilih untuk berpantang sendiri Alasan anak bersekolah ditambah dengan sokongan suami ramai suri rumah lebih selesa pantang di rumah sendiri Pa...
Tip Dan Panduan Cara Atasi Stress Dan Kemurungan Sebagai Suri Rumah

Tip Dan Panduan Cara Atasi Stress Dan Kemurungan Sebagai Suri Rumah

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 288 hits
Stress dan kemurungan adalah cabaran yang sebahagian besar suri rumah hadapi dalam kehidupan seharian Nampak mudah kan jadi suri rumah sahaja duduk di rumah jaga anak anak dan suami tetapi kenapa boleh berlaku situasi begini Tahukah anda Ke...
Suri Rumah Ditemui Mati Dalam Tandas Dengan Tiga Kesan Tikaman

Suri Rumah Ditemui Mati Dalam Tandas Dengan Tiga Kesan Tikaman

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 283 hits
Nuraliawati Sabriam hmetro com myMelaka Suri rumah ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di kediamannya di sebuah perumahan mewah di Ayer Keroh semalam Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata p...
Jurukimpal Bunuh Suri Rumah Dipenjara 35 Tahun

Jurukimpal Bunuh Suri Rumah Dipenjara 35 Tahun

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 172 hits
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati dan menggunakan budi bicara untuk menggantikan hukuman itu kepada penjara PUTRAJAYA Seorang jurukimpal terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meringankan hukuman mati yang dijatuhkan Mahka...
Laki Aku Kerja Dari Rumah Dapat Gaji 5 6 Angka Tapi Jiran Duk Jaja Aku Bela Biawak Hidup

Laki Aku Kerja Dari Rumah Dapat Gaji 5 6 Angka Tapi Jiran Duk Jaja Aku Bela Biawak Hidup

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 268 hits
Hello semua nama aku Zaim mungkin ramai di antara kita ni introvert Aku pun sama dan aku kira ke semua 4 jenis introvert ada Dari social anxious thinking amp restraint Senang cerita aku memang aku terlalu suka bersendiri tp ber
Kerajaan Roboh Rumah Atas Tanah Rizab Kerajaan Anak Merungut Kerajaan Cuma Bagi Rm6000 Je

Kerajaan Roboh Rumah Atas Tanah Rizab Kerajaan Anak Merungut Kerajaan Cuma Bagi Rm6000 Je

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 264 hits
Siapa yang tidak berasa sedih apabila rumah yang menjadi tempat berteduh selama ini bakal dirobohkan Itulah kisah yang dikongsi oleh seorang individu di laman TikTok mengenai rumah ibu bapanya menarik simpati warga maya Dalam perkongsian it...
Sangat Mewah Ini 10 Bintang Korea Beli Rumah Cecah Puluhan Juta Ringgit

Sangat Mewah Ini 10 Bintang Korea Beli Rumah Cecah Puluhan Juta Ringgit

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 173 hits
Semua orang mesti ada rumah idaman masing masing kan ARTIKEL BERKAITAN Jom tengok perkongsian KimchiDaily tentang selebriti popular Korea yang mempunyai rumah berharga puluhan juta ringgit Kim Jaejoong Kim Jae joong dilaporkan membeli sebua...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord