10 Hotel Warisan Yang Mampu Mengimbau Zaman Lampau


Ada banyak jenis hotel di Malaysia yang disertakan dengan keunikan tersendiri. Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah negara asing selain penduduknya yang terdiri dari pelbagai lapisan kaum, etnik serta budaya, cerminan ini tergambar juga pada struktur bangunan yang masih kekal wujud.

Banyak bangunan-bangunan lama sekitar Malaysia yang telah dikekalkan menjadi bangunan warisan dan ada di antara bangunan lama ini ditukar dan mengalami transformasi sehingga dijadikan ruang pejabat, muzium dan juga sebuah hotel penginapan.

10 Hotel Pilihan Berciri Warisan Untuk Imbau Zaman LampauKali ini, Daain akan kongsikan senarai 10 hotel berciri bangunan warisan terbaik yang terdapat di Malaysia. Keunikan rekabentuk serta suasana hotel ini pasti akan membawa pengunjung dan pelancong mengimbau ke zaman lampau.

Casugria Dutch Boutique Heritage Bed & Breakfast di Melaka
Tempat penginapan cantik ini diibaratkan sebagai 'permata tersembunyi' di tengah-tengah Bandaraya Melaka, Bandar Bersejarah. Dibina oleh seorang bangsawan keturunan Belanda yang berpengaruh pada tahun 1810, bangunan Villa Dutch Colonial dan kawasan halamannya kekal terpelihara di sebalik pembangunan pesat sekitarnya.

Ia sangat menakjubkan bagaimana selama berpuluh-puluh tahun, bangunan cantik yang menjadi tempat penginapan mampu kekal bertahan sehingga sekarang. Malah, ada yang mengatakan dan percaya ia satu-satunya bangunan bercirikan warisan seumpamanya yang masih wujud di negeri Melaka.

Villa ini terdiri daripada beberapa buah chalet di kawasan taman dilengkapi kolam adalah sangat sesuai untuk pasangan sejoli, selain beberapa bilik lain yang lebih besar untuk mereka yang bercuti dan menginap bersama keluarga.


Harga penginapan di hotel berciri warisan senibina Belanda ini adalah bermula dari RM300+. Boleh dapatkan tawaran harga yang lebih menarik di Traveloka di sini - https://invol.co/cll87w


Hotel 23 Lovelane di Pulau Pinang
Hotel butik di Pulau Pinang ini sememangnya unik, apatah lagi ianya telah dibina dengan penuh kasih sayang bagi menhidupkan warisan negeri Pulau Pinang oleh sekumpulan arkitek dan seorang conservationist pada tahun 2011.

Hotel 23 Loveland ini mempunyai 10 bilik dan telah direkabentuk bersandarkan kepada beberapa ciri istimewa rekabentuk heritage dalam lipatan sejarah, menjejaki sehingga ke tahun 1800an.


Pengunjung boleh mengabdikan diri ke dalam kerangka sejarah lama menerusi suasana yang diwujudkan persis zaman lampau

Nak tengok lebih banyak gambar selain harga penginapan di hotel ini? Boleh lihat di sini - https://invol.co/cll882

Bon Ton Resort di Langkawi
Dari namanya, seolah ianya sebuah resort yang terletak di negara berjiran, Thailand. Tetapi sebenarnya ia sebuah resort butik yang mengekalkan ciri warisan rumah Melayu dahulu terletak di Langkawi, Kedah.

Keistimewaan resort ini ialah ia terdiri dari 8 buah rumah warisan Melayu yang ada di antaranya berusia lebih daripada 100 tahun! Sangat mengagumkan kerana ianya telah dipelihara dengan amat baik.


Resort bertaraf lima bintang ini berada 10 minit dari lapangan terbang menjadikannya sebuah penginapan yang ideal. Tetamu berpeluang untuk menikmati keindahan Pantai Cenang yang terletak hanya lima minit. Resort ini dibina di dalam ladang kelapa yang berusia satu abad dan setiap villa memiliki pemandangan indah kolam renang.


Walaupun rekabentuk luar seolah menampakkan rumah kampung yang usang, tetapi ruang dalamannya telah disesuaikan dengan keperluan pengunjung bagi memastikan keselesaan selama berada di sini.


Harga penginapan di Bon Ton Resort ini bermula dari RM580++ semalam. Untuk merasai pengalaman menginap di perkampungan warisan Melayu Langkawi ini, boleh cuba dapatkan menerusi Traveloka di sini - https://invol.co/cll8ck

Hotel Puri di Melaka
Hotel berciri warisan Peranakan negeri Melaka ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, bersebelahan dengan Jonker Street yang amat terkenal. Ianya telah direstorasikan dengan sangat teliti yang asalnya merupakan rumah nenek moyang dari keturunan mendiang Tan Kim Seng.

Tan Kim Senang ialah seorang ahli perniagaan berketurunan Peranakan Melaka yang memiliki ladang getah di negeri ini.


Penginapan di sini akan memberikan anda peluang merasai bagaimana suasana kehidupan sebuah keluarga Peranakan Melaka di zaman lampau, apatah lagi dekorasi dalaman di Hotel Puri masih mengekalkan ciri budaya warisan unik ini.

Nikmati juga hidangan istimewa Perakanan Melaka yang tidak terdapat di tempat lain, dan relaks-kan diri anda menerusi servis spa mewah yang disediakan.


Harga penginapan di Hotel Puri ini bermula dari serendah RM160++. Boleh semak harga tawaran menarik penginapan di hotel warisan Peranakan Melaka ini samada di Traveloka mahupun Agoda.

5 Heeren by The River di Melaka
Satu lagi penginapan yang mengekalkan ciri warisan masyarakat Peranakan Melaka. 5 Heeren by The River merupakan sebuah tempat penginapan berkonsepkan muzium yang terletak di tebing Sungai Melaka.

Penginapan di hotel ini bukan sekadar memberikan anda sekilas rasa bagaimana kehidupan golongan kaya masyarakat Baba Nyonya, tetapi dengan lokasi yang strategik, membolehkan anda dapat menikmati tarikan lain dan aktiviti di sekitar bandar Melaka.


Pihak 5 Heeren juga menyediakan serta menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan para pengunjung mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda di hotel bertaraf hotel warisan di Melaka ini.

Yeng Keng Hotel di Pulau Pinang
Bila berkata mengenai negeri yang penuh dengan warisan lampau, negeri Pulau Pinang adalah antara negeri di Malaysia yang memiliki banyak hotel dan tempat penginapan bercirikan kolonial. Salah satu hotel penginapan yang ada ciri-ciri warisan peninggalan kolonial ini adalah Yeng Keng Hotel.


Hotel ini terletak di Lebuh Chulia, Georgetown, Pulau Pinang. Ia merupakan hotel butik yang mengekalkan ciri rekabentuk warisan lampau abad ke 19, apatah lagi lokasinya terletak dalam UNESCO World Heritage Site.

Hotel ini cuma 15 minit berjalan kaki daripada kawasan tarikan pelancong iaitu Fort Cornwallis dan juga Khoo Kongsi. Manakala, tempat makan popular dan juga Gurney Drive hanya 10 minit perjalanan dengan kenderaan.


Hotel ini mempunyai 19 bilik dengan penambahan suasana hijau yang menjadikan hotel ini sangat mendamaikan oleh suasana alam semulajadi.


Hotel penginapan ini bermula dari RM320 untuk semalam. Boleh dapatkan tawaran menarik secara online menerusi beberapa laman web tempahan hotel yang disediakan di Agoda, Traveloka mahupun Booking.com.

Hotel The Edison George Town di Pulau Pinang
Hotel ini adalah hotel butik mewah yang terletak di Lebuh Leith, Georgetown, Pulau Pinang. Kawasan ini sangat terkenal sebagai penempatan taikoon berbangsa Cina Hakka sedikit masa dahulu.

Hotel ini pada awalnya dibina sebagai rumah untuk ahli perniagaan Yeo Wee Gark pada tahun 1906, ia telah diubah menjadi sebuah hotel pada tahun 1940an, menggabungkan warisan dan kemewahan untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


Harga penginapan semalam adalah dari RM500++ semalam.

Hotel Areca Pulau Pinang
Deretan bangunan rumah kedai yang dibina sebelum perang dunia ini telah dinaik-taraf dan diubahsuai menjadi hotel penginapan yang bertaraf 3 bintang di Georgetown, Pulau Pinang. Senibina luar dikekalkan dan bahagian dalaman telah diberikan sentuhan moden namun masih ada ciri warisan yang mampu mengimbau masa lampau.

Hotel ini terletak di Jalan Khoo Siang Ewe, Georgetown dan berhadapan hotel ini letaknya The Majestic Theatre, yang merupakan panggung wayang pertama yang menayangkan filem-filem berbahasa Cina tanpa suara.


Rekabentuk Hotel Areca yang memanjang dengan suasana zaman silam yang diketengahkan pasti akan menambat hati dan menjadikan diri seolah sedang berada di zaman lampau.


Buat mereka yang sukakan nilai klasik dalam bilik, pastinya hotel ini adalah pilihan terbaik. Pengunjung akan menghargai ciri zaman lampau yang diketengahkan.

Harga hotel penginapan bermula dari RM240 semalam untuk mereka yang bercadang bercuti di Penang, dan menginap di Georgetown.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.daain.info/2020/02/hotel-warisan-imbau-zaman-lampau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percayakah Anda Ikan Ini Mampu Hidup Di Darat Selama 2 Bulan

Percayakah Anda Ikan Ini Mampu Hidup Di Darat Selama 2 Bulan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 358 hits
Sebuah kajian yang dilakukan oleh pasukan saintis dari Wake Forest University Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan mangrove rivulus mampu hidup di darat selama dua bulan Ikan tersebut merupakan ikan hermaprodit mempunyai dua jenis kelamin...
Kapal Laut Yang Menakjubkan Mampu Untuk Tenggelam Dan Timbul

Kapal Laut Yang Menakjubkan Mampu Untuk Tenggelam Dan Timbul

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 343 hits
Heavy lift ship adalah sebuah kapal yang direka untuk menggerakkan beban yang sangat besar yang tidak boleh dikendalikan oleh kapal kapal biasa Kapal sepatutnya terapung di atas air Betul Tidak bagi yang satu ini Ia menghabiskan semua masa ...
Mampu Makan 6000 Serangga

Mampu Makan 6000 Serangga

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 313 hits
Pitcher plant memikat serangga dengan nektar yang melimpah Manisan yang licin membuat serangga tergelincir dan jatuh ke dalamnya yang berisi cecair berenzim yang membawa maut Video di bawah memperlihatkan bagimana ribuan serangga terpikat d...
Kenapa Graviti Tak Mampu Tarik Burung Dan Belon Ss Sekali Lagi Persoal Isu Graviti

Kenapa Graviti Tak Mampu Tarik Burung Dan Belon Ss Sekali Lagi Persoal Isu Graviti

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 177 hits
Jika sebelum ini Suhami Saad mengeluarkan kenyataan mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama kontroversi terus terpalit apabila dia mencabar pula angkasawan negara untuk bersumpah Suami kepada Ina Naim itu secara terbuka me...
4 Parti Dalam Ph Pun Tak Mampu Apabila Ug Lebih 10 Parti Rasanya Ekonomi Malaysia Hancur

4 Parti Dalam Ph Pun Tak Mampu Apabila Ug Lebih 10 Parti Rasanya Ekonomi Malaysia Hancur

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 210 hits
Jom doakan sejarah tercipta di tanahair tercinta1 Kita mempunyai peluang untuk melihat buat pertama kalinya Malaysia memiliki kerajaan campuran tanpa mengira parti politik 2 Kita mempunyai peluang untuk melihat buat pertama kalinya negara M...
Masya Allah Kekuatan Ibu Luar Biasa Mampu Mengandung 11 Anak Kembar Sekaligus

Masya Allah Kekuatan Ibu Luar Biasa Mampu Mengandung 11 Anak Kembar Sekaligus

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 328 hits
Masya Allah Kekuatan Ibu Luar Biasa Mampu Mengandung 11 Anak Kembar SekaligusMelahirkan adalah ujung dari proses penantian yang panjang selama kehamilan Pada manusia usia kehamilan hingga melahirkan rata rata 280 hari Ada perbedaan penyebut...
Anggota Dpr Mulyadi Dianggap Mampu Beri Solusi Permasalahan Warga Sumbar

Anggota Dpr Mulyadi Dianggap Mampu Beri Solusi Permasalahan Warga Sumbar

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 159 hits
Anggota DPR dari Fraksi Partai Demokrat Mulyadi maju di Pemilihan Kepala Daerah Sumatera Barat tahun ini Salah satu tokoh masyarakat Pesisir Selatan Sumbar Roby Binur yakin Mulyadi mampu memberikan solusi terhadap permasalahan masyarakat di...
Dun Sementa Bawa Doktor Rawat Pesakit Kurang Mampu

Dun Sementa Bawa Doktor Rawat Pesakit Kurang Mampu

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 231 hits
KLANG 26 FEB Pejabat Dewan Undangan Negeri Sementa melaksanakan Program Ziarah Medik bagi membantu golongan kurang berkemampuan yang mempunyai masalah kesihatan kata Ahli Dewan Negerinya Dr Daroyah Alwi berkata pihaknya dengan kerjasama Pej...
5 Idea Hadiah Menarik Yang Mampu Untuk Membuat Si Dia Tersenyum Baca Ni

5 Idea Hadiah Menarik Yang Mampu Untuk Membuat Si Dia Tersenyum Baca Ni

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 366 hits
5 idea hadiah menarik yang mampu untuk membuat si dia tersenyum Pening bila birthday Girlfriend dah dekat Ataupun runsing takda idea nak bagi hadiah apa sempena nnivesary Sebenarnya tak susah pun nak beli hadiah untuk perempuan ni Padamkan ...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kuntilanak En F Rbannad Kvinnas Sj Ls V Ndning I Det M Rka Skogens Djup

Sarapan Di Restoran Mak Kimbong Bangi

Netanyahu Berang Icc Keluar Waran Tangkap

Nasi Goreng Sutun Jjcm Ke Fesko Utm

Explore Your Roots How To Plan A Family Heritage Trip

Hiburan Pernah Kena Label Sebagai Penyondol Rupanya Nissa Sabyan Ayus Dah Bernikah