1 Ekar Nanas Md2 Boleh Jana Pendapatan Rm164 Ribu
Mungkin ada yang berkata, betul ke tanam nanas MD2 satu ekar boleh dapat income sehingga RM164 Ribu. Tipulah, mesti sembang je lebih mamat ni.
Dulu saya pun sama, tak berjaya juga dengan angka diatas. Namun ianya berubah 360 darjah setelah saya bertemu dan berguru dengan sifu saya. Beliau ada ladang nanas MD2 lebih 100 ekar di Kedah.
Seorang yang tidak kedekut ilmu dan sangat low profile. Bertutur` dalam loghat Kedah yang agak pekat dengan tutur kata yang sangat lembah lembut. Mudah dibawa untuk berbincang dan sangat suka tentang perkongsian ilmu.
Beliau pesan dekat saya, tanam nanas MD2 ni tidak la susah sangat, dengan syarat kita buat betul – betul. Paling penting mesti ikut prinsip ABC + 6M. InsyaAllah kita usaha, Allah akan beri kejayaan diatas pengorbanan yang kita buat.
Jika tak ada untung dan tiada potensi, takkan Naza Plantation pun buat projek nanas MD2 juga. Tahu kan Syarikat NAZA, tanya beliau kepada saya.
Tahu jawab saya sambil angguk kepala mengiyakan pertanyaan beliau tersebut.
Okey. Ini ilmu dan pengalaman yang saya dapat dari jutawan nanas. Keluasan adalah 1 ekar = 43,560 kaki persegi.
Andaikan batas kita sepanjang 25 kaki, lebar batas pula 2 kaki dan jarak antara batas 3 kaki.
Maka: (25’ + 2’) x (2’ + 3’) = 27’ x 5’ = 135 kaki persegi (luas kuadrat batas = luas kawasan yang akan bertanam termasuk lorong).
Jadi, satu ekar tanah akan dapat 322 batas. Macam mana dapat 322 batas? = 43,560 kaki persegi = 135 kaki persegi
= dapat 322 batas.
Berapa pokok 1 ekar ? dengan jarak 1.5’ antara baris dan 1’ antara pokok, satu batas kita dapat tanam 2 baris dan satu baris ada 24 pokok.
Maka: 24 pokok x 2 baris x 322 batas = 15,456 pokok.
Kebiasannya pokok nanas boleh dibuat aruhan pada umur 12 bulan. Ladang sifu saya, umur 7 bulan dah buat aruhan. Kenapa perlu buat aruhan?
Aruhan ni penting sebab kita mahu bagi pokok nanas kita tu berbunga dan berbuah secara serentak atau kita nak jadualkan bila patut pokok akan berbuah. Senang cerita, pokok nanas ni kita boleh atur bila nak bagi ia berbuah. Menarik kan!
Bila berbuah serentak atau berjadual , masak pun serentak dan semestinya akan ikut jadual. Senang la kita nak buat pemasaran nanti, jadi lambakan buah pun dapat diatasi. Bila tiada lambakan, harga pasaran pun cantik.
.
Okey, kita tanam 15,456 pokok kan. Katakanlan 85% daripada pokok tersebut hidup dan berbuah serta boleh jual.
Maka: 15,456 pokok x 0.85 = 13, 137 biji buah.
Secara purata berat sebiji buah antara 1.5 – 2.5 kg. Jika kita dapat jual sebiji nanas MD2 dengan harga RM5.
Maka: 13,137 biji x RM5 = RM65,685.00.
Lepas tuai buah tu, pokok induknya jangan terus dipotong atau dimusnahkan ye. Kenapa?
Sebabnya, pokok induk tu boleh hasilkan benih pula. Biasanya satu pokok boleh hasilkan 5 – 10 sulur bergantung kepada kesuburan pokok dan pengurusan kita nanti.
Okey, kita ambil paling sikit la. Satu pokok boleh hasilkan 5 sulur. 13,137 pokok x 5 sulur, kita akan dapat = 65,685 sulur.
Sekarang ni, permintaan anak nanas MD2 adalah melebihi penawaran. Harganya pun boleh tahan, RM1.50 – RM3.00 satu sulur.
Dengan harga RM1.50 satu sulur, kita akan dapat hasil jualan sulur nanas sebanyak : 65,685 sulur x RM 1.50
= RM98,527.50.
Mana lagi untung? Jual buah ke jual benih?
Okey, saya buat sedikit kesimpulan ye. Satu ekar boleh tanam 15,456 pokok nanas MD2. Satu ekar boleh dapat 13,137 biji buah. Satu ekar boleh dapat RM65,685.00 hasil jualan buah.
Satu ekar dapat 65, 685 sulur anak nanas. Satu ekar boleh dapat RM98,527.50 hasil jualan anak nenas. Satu ekar boleh dapat RM164,212.50 hasil keseluruhan daripada tanaman nanas MD2.
Walaupun tanam nanas ni lambat untuk dapat hasil dan buahnya hanya satu biji satu pokok, saya rasa anda dah boleh jawab samada tanam nanas MD2 ini berbaloi ataupun tidak.
InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan cara-cara untuk tanam nanas MD2 pula sebagaimana yang dibuat di ladang
Sila share info ini kepada rakan yang lain sebab mungkin ianya sangat berguna buat mereka.
Sumber: rentas.asia
The post 1 Ekar Nanas MD2 Boleh Jana Pendapatan RM164 Ribu! appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.islamituindah.my/1-ekar-nanas-md2-boleh-jana-pendapatan-rm164-ribu/