1 4 Juta Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia


KUALA LUMPUR, 6 MEI: Sebanyak 1.4 juta kali aplikasi Gerak Malaysia telah dimuat turun manakala sebanyak 503,276 permohonan pergerakan antara negeri diterima, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 143,516 permohonan telah diluluskan setakat ini manakala balai polis di seluruh negara menerima 13,069 borang manual pergerakan antara negeri sehingga semalam.
“Saya meminta orang ramai agar mengemas kini butir-butir alamat asal dan alamat destinasi pada aplikasi berkenaan pada 4, 5 dan 6 Mei (hari ini) dengan segera.
“Ini merupakan langkah terakhir sebelum pelaksanaan pergerakan antara negeri yang akan bermula pada esok (7 Mei) sehingga 10 Mei ini,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Selain itu, Huzir berkata orang ramai diminta untuk mengemas kini aplikasi Gerak Malaysia ke versi 2.5 untuk pengguna android (Play Store).
Huzir berkata setelah dikemas kini, kod QR akan dijana dan boleh dipaparkan di skrin telefon bimbit masing-masing.
“Kod QR yang dijana ini adalah satu bukti bahawa permohonan pergerakan antara negeri telah diluluskan.
“Sebelum ini, saya telah maklumkan bahawa orang ramai yang hendak melakukan pergerakan antara negeri hanya perlu memohon dan kemas kini maklumat sahaja dan tiada kelulusan akan diberikan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya kelulusan melalui kod QR ini terpaksa dilaksanakan kerana statistik awal menunjukkan seramai 503,276 orang telah membuat permohonan.
“Namun, hanya 29.5 peratus daripada jumlah pemohon telah mengemas kini maklumat pergerakan antara negeri iaitu seramai 148,576 orang sahaja,” katanya.
Beliau berkata baki 70.5 peratus iaitu 354,700 orang daripada jumlah pemohon sebelum ini tidak mengemas kini maklumat pergerakan antara negeri.
“Ini mungkin terjadi disebabkan dua faktor iaitu orang ramai berpendapat bahawa mereka hanya perlu memohon dan tiada kelulusan akan diberikan.
“Oleh itu, mereka boleh bergerak sahaja tanpa mengemas kini maklumat pergerakan antara negeri atau kedua, mereka ini mungkin menunggu sehingga saat akhir untuk mengemas kini maklumat pergerakan antara negeri,” katanya.
Huzir berkata penjanaan kod QR adalah penting untuk memastikan tiada individu yang menyalahgunakan kemudahan ini dan mengambil kesempatan untuk melakukan pergerakan antara negeri yang masih tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Beliau berkata ia adalah untuk memastikan orang ramai yang benar-benar terkandas sahaja melakukan pergerakan antara negeri untuk pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh 7 hingga 10 Mei ini.
Huzir berkata penggunaan kod QR ini dilaksana untuk beberapa tujuan seperti membolehkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat perancangan penugasan bagi melancarkan aliran trafik semasa pergerakan orang ramai antara negeri.
“Selain itu, untuk menjimatkan masa pemeriksaan jika ditahan di sekatan jalan raya. Oleh itu, orang ramai hendaklah mempamerkan kod QR kepada anggota polis yang bertugas.
“Anggota polis kemudiannya akan mengimbas kod QR berkenaan untuk mendapatkan pengesahan sama ada pergerakan itu adalah ‘genuine’ (sah) atau tidak,” katanya.
Beliau berkata sekiranya terdapat individu yang melakukan pergerakan antara negeri ini dikesan positif Covid-19, ini akan membantu pihak Kementerian Kesihatan dan PDRM untuk mengenal pasti dan mengesan kontak dalam masa yang singkat.
Katanya, orang ramai yang dapat menjana kod QR dan mendapat kelulusan permohonan secara manual hendaklah melaksanakan pergerakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan sahaja.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Al-Ishsal Ishak berkata aplikasi Gerak Malaysia versi 2.5 ini akan membolehkan orang ramai mengisi butiran tempat asal dan destinasi negeri yang mereka tuju.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/14-juta-muat-turun-aplikasi-gerak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Gerak Malaysia Dimuat Turun 1 3 Juta Kali 600 000 Permohonan

Aplikasi Gerak Malaysia Dimuat Turun 1 3 Juta Kali 600 000 Permohonan

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 406 hits
Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia telah dimuat turun sebanyak 1 3 juta kali dengan lebih 600 000 permohonan perjalanan antara negeri telah diterima Polis Diraja Malaysia sejak Selasa kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk ...
Jom Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia

Jom Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 835 hits
Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Untuk Permohonan Balik Ke KediamanAssalamualaikum dan salam sejahtera Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Seperti yang kita semua telah maklum kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergeraka...
Semua Penjawat Awam Digalakkan Memuat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Mysejahtera Dan Mytrace

Semua Penjawat Awam Digalakkan Memuat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Mysejahtera Dan Mytrace

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 572 hits
Ketua Setiausaha Negara hari ini telah mengeluarkan kenyataan mengatakan semua penjawab awam hendaklah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia MySejahtera dan MyTrace dalam usaha negara untuk membendung penularan Covid 19 Seperti ramai sedia m...
Aplikasi 1 47 Juta Daftar Gerak Malaysia

Aplikasi 1 47 Juta Daftar Gerak Malaysia

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 436 hits
SERAMAI 1 47 juta individu membuat pendaftaran aplikasi mudah alih Gerak Malaysia dengan 503 276 daripadanya memohon mendapatkan permit bagi melakukan perjalanan rentas negeri sejak 25 April lalu sehingga 12 30 tengah hari tadi Pengarah Jab...
Senario Dibenarkan Tidak Dibenarkan Belum Mendapat Kelulusan Dalam Aplikasi Gerak Malaysia

Senario Dibenarkan Tidak Dibenarkan Belum Mendapat Kelulusan Dalam Aplikasi Gerak Malaysia

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 463 hits
SENARIO DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN BELUM MENDAPAT KELULUSAN DALAM APLIKASI GERAK MALAYSIA Berikut adalah beberapa contoh senario dibenarkan tidak dibenarkan belum mendapat kelulusan SENARIO YANG DIBENARKAN UNTUK MEMOHON PERJALANAN DALAM GE...
Skmm Menerbitkan Laman Soalan Lazim Mengenai Penggunaan Aplikasi Gerak Malaysia

Skmm Menerbitkan Laman Soalan Lazim Mengenai Penggunaan Aplikasi Gerak Malaysia

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 408 hits
Aplikasi Gerak Malaysia 2 0 telah diumumkan sehari yang lalu yang memfokuskan kepada permohonan perjalanan antara negeri Ketika pengumuman mengenai aplikasi ini dilakukan oleh kerajaan kami menyedari terdapat ribuan soalan ditanyakan oleh p...
Cara Kemaskini Data Maklumat Peribadi Di Aplikasi Gerak Malaysia

Cara Kemaskini Data Maklumat Peribadi Di Aplikasi Gerak Malaysia

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 813 hits
CARA KEMASKINI DATA MAKLUMAT PERIBADI DI APLIKASI GERAK MALAYSIA Berikut adalah cara kemaskini data maklumat peribadi di aplikasi Gerak Malaysia 1 Pada paparan di bawah apps 2 Klik icon Profile sebelah icon Home 3 Kemudian klik icon pensil ...
Aplikasi Gerak Malaysia Apa Anda Perlu Tahu Untuk Permohonan Perjalanan Menggunakannya

Aplikasi Gerak Malaysia Apa Anda Perlu Tahu Untuk Permohonan Perjalanan Menggunakannya

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 469 hits
Gerak Malaysia merupakan aplikasi yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk menguruskan pergerakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya melibatkan perjalanan...
300 000 Permohonan Aplikasi Gerak Malaysia Diterima

300 000 Permohonan Aplikasi Gerak Malaysia Diterima

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 973 hits
KUALA LUMPUR 3 Ramadan 1441H Ahad Polis Diraja Malaysia menerima kira kira 300 000 permohonan permit pergerakan antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dalam tempoh 12 jam melalui aplikasi Gerak Malaysia Pengarah Jabatan Sia
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998