Tular Detik Cemas Ribut Kuat Landa Perlis
Tular Detik Cemas Ribut Kuat Landa Perlis
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) lewat petang tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di negara ini.
Antara negeri yang terkesan ialah Perlis, yang turut berdepan detik cemas apabila fenomena cuaca buruk itu berlaku.
Beberapa rakaman video dan gambar kejadian yang tersebar di media sosial memperlihatkan suasana mencemaskan ketika ribut melanda Perlis, khususnya di kawasan Kangar.
Dalam salah satu rakaman, kelihatan bumbung sebuah bangunan sekolah tercabut sebelum diterbangkan angin kuat.
Difahamkan, insiden itu berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis, Kangar.
Rakaman yang tular menunjukkan atap sekolah berkenaan diterbangkan ribut, manakala serpihan bumbung dilihat jatuh dan berterbangan ke kawasan sekitar.
https://www.facebook.com/reel/1072925898283738
Selepas keadaan ribut reda, beberapa gambar yang dikongsikan penduduk menunjukkan kerosakan jelas pada bumbung sekolah tersebut.
Sisa atap yang tercabut turut bertaburan di sekitar bangunan sekolah.

Gambar: Nazri Radzi/FB

Gambar: Nurziha Zakaria/FB
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Semoga semua urusan dipermudahkan dan keselamatan penduduk setempat sentiasa terpelihara.
BACA: Kanak-Kanak Hilang, Enrique Bong Ditemui Selamat
Sumber: Video tular
The post Tular Detik Cemas Ribut Kuat Landa Perlis appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/08/25/tular-detik-cemas-ribut-kuat-landa-perlis/