Trump Putin Tamatkan Sidang Kemuncak Tanpa Perjanjian Ukraine
Trump, Putin Tamatkan Sidang Kemuncak Tanpa Perjanjian Ukraine
ANCHORAGE — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin menamatkan sidang kemuncak berisiko tinggi di Alaska tanpa sebarang perjanjian mengenai konflik Ukraine, lapor AFP.
Dalam pertemuan tiga jam itu, menyaksikan kedua-dua pemimpin berjanji untuk meneruskan kerjasama serta menyatakan kemajuan tertentu, namun tiada pengumuman mengenai gencatan senjata.
“Kita belum sampai ke tahap itu, tetapi ada kemajuan. Tiada perjanjian sehingga ada perjanjian,” kata Trump.
Beliau bagaimanapun menyifatkan pertemuan itu sangat produktif dengan banyak perkara dipersetujui.
Sementara itu, Putin pula menyatakan harapan bahawa persefahaman yang dicapai akan membuka jalan ke arah perdamaian sewaktu sidang media selama 12 minit.
“Kami berharap ia dapat membuka jalan untuk keamanan di Ukraine,” katanya.
Trump sebelum ini menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan tiga hala bersama Zelensky, namun tiada pengumuman dibuat di sidang kemuncak itu.
Beliau berkata kini akan berunding dengan Zelensky dan pemimpin NATO berhubung langkah seterusnya.
Putin dalam kenyataannya turut memberi amaran kepada Ukraine dan negara Eropah supaya tidak menggagalkan kemajuan melalui provokasi.
Sidang kemuncak di Alaska ini merupakan pertemuan bersemuka pertama antara Trump dan Putin sejak 2019.
SK semalam melaporkan kedua-dua pemimpin itu akan bertemu pada Jumaat di Alaska dalam satu sidang kemuncak berisiko tinggi yang mungkin menjadi penentu kepada masa depan Ukraine.
Putin akan menjejakkan kaki di Barat buat kali pertama sejak konflik Rusia dan Ukraine pada Februari 2022.
Trump menyifatkan sidang kemuncak ini sebagai pertemuan ‘menguji keserasian’ dengan Putin, yang kali terakhir ditemuinya pada 2019 dan berkata pada Jumaat bahawa beliau tidak ke Alaska untuk ‘berunding’.
“Saya berada di sini untuk membawa mereka ke meja rundingan,” katanya merujuk kepada pemimpin Rusia dan Ukraine.
Sumber: AFP
BACA: Trump Bertemu Putin Di Alaska, Anggap Sebagai ‘Ujian Keserasian‘
BACA: Trump Tuntut CEO Intel Kelahiran Malaysia Letak Jawatan
The post Trump, Putin Tamatkan Sidang Kemuncak Tanpa Perjanjian Ukraine appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/08/16/trump-putin-tamatkan-sidang-kemuncak-tanpa-perjanjian-ukraine/