Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji


 
Halimah (depan, tengah) ketika hadir mengadakan pertemuan dengan pihak Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, Pahang.

Halang pertandingan pakaian beragam janda-janda daerahKUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Pahang digesa untuk menghalang acara maksiat sepertimana acara yang dinamakan ‘Pertandingan Pakaian Beragam Janda-janda Daerah Temerloh’ supaya tidak pernah ada di bumi Temerloh.

Ahli Parlimen Temerloh, Ustazah Salamiah Mohd Nor berkata, beliau telah menerima dan meneliti semua laporan yang telah sampai ke pejabatnya berkenaan dengan penularan acara tersebut.
“Bertindak atas laporan tersebut, saya telah mengarahkan wakil Pusat Khidmat Ahli Parlimen Temerloh untuk terus menghubungi wakil penganjur berdasarkan nombor yang tertera di poster yang ditularkan.
“Saya telah menerima maklum balas daripada pihak penganjur yang memberikan komitmen untuk membatalkan acara ini dan hanya menjalankan acara rumah terbuka Aidilfitri sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, beliau bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh, Ustazah Alawiah Kasdan telah membuat laporan polis dan pertemuan dengan pihak Pejabat Agama Islam Daerah bagi memastikan acara sebegini tidak akan pernah ada tempat untuk dianjurkan di bumi Temerloh yang sejahtera ini. 
“Saya telah menghantar memo bantahan kepada Al-Fadhil Qadhi Abdul Aziz Abd Karim di Pejabat Agama Islam Daerah. 
“Suka saya mengingatkan bahawa kita semua baru sahaja melepasi bulan Ramadan yang mulia dengan mensucikan diri daripada dosa noda dan kembali kepada fitrah dengan merayakannya di bulan Syawal yang penuh mulia ini. 
“Maka, jangan sesekali pernah ada dalam kalangan kita yang membuka pintu menuju ke arah dosa dan kemungkaran kepada Allah SWT.
“Pesanan saya kepada semua rakyat Temerloh agar perkara ini menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita bersama,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/4/2024
NGO rancang berarak 1 Mei, tuntut kerajaan naikkan gaji minimum -BH KUALA LUMPUR: Sekumpulan gabungan dianggotai 12 badan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan gerakan sivil merancang mengadakan perarakan pada 1 Mei ini bagi menggesa kerajaan menaikkan kadar gaji minimum menjadi RM2,000.
Menurut Jawatankuasa 1 Mei, mereka akan berarak dari Dataran Maybank di Bangsar ke Dataran Merdeka, bermula jam 10 pagi.
Jurucakapnya, Parameiswary Elumalai, berkata walaupun kerajaan sudah menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum, jumlah itu masih rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Semua naik tetapi gaji tidak naik. Kebelakangan ini, isu gaji amat dipandang serius. Kerajaan perlu laksanakan 'Gaji Untuk Hidup' RM2,000 supaya pekerja dapat menampung keperluan asas seperti makanan, perumahan, penjagaan kesihatan, penjagaan kanak-kanak dan pendidikan," katanya pada sidang media Perarakan Hari Pekerja ke-30 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor, hari ini.
Perarakan sempena Hari Pekerja itu adalah acara tahunan yang dianjurkan sejak 1994.
Beliau berkata, tema 'Gaji Untuk Hidup' dipilih untuk perarakan tahun ini.
"Pekerja tidak mahu gaji minimum kerana RM1,500 hari ini tidak cukup. Tahun ini adalah tahun untuk mengkaji semula gaji minimum.
"Oleh sebab itu kami menuntut gaji untuk pekerja boleh hidup, bukan sekadar angka minimum," katanya.
Badan itu antara lain dianggotai Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Muda, dan Persatuan Sahabat Malaysia.
Menurut Parameiswary, kajian sebelum ini menunjukkan gaji minimum dinaikkan pada 2022 sebanyak RM300 dan ia adalah peningkatan gaji minimum paling tinggi dalam sejarah di negara ini.
"Bagaimanapun, sehingga sekarang kami masih belum lagi dijemput oleh jawatankuasa penyelarasan gaji minimum untuk berbincang gaji minimum yang akan datang. Kami amat kecewa," katanya.
Beliau berkata, mengikut standard Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2018, gaji sara hidup untuk orang dewasa adalah sebanyak RM2,700.
Sementara itu, Pengurus Projek Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron, berkata laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan ketika ini 35 peratus pekerja di sektor formal berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.
"Berjuta rakyat Malaysia mempunyai gaji di bawah RM2,000. Kebanyakan pekerja yang berumur 45 sehingga 49 mempunyai gaji di bawah RM3,500. Disebabkan itu, kita tidak membincangkan mengenai gaji minimum tetapi 'Gaji untuk Hidup'," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah jalan selesainya sumua ini adalah dengan kembali kepada Islam. UNDILAH PAS & kumpulannya sepanjang masa!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/04/tanding-pakaian-janda-kerja-gila-mei.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ratusan Nakes Dipecat Gara Gara Minta Naik Gaji Ini Penjelasan Bupati Manggarai Ntt

Ratusan Nakes Dipecat Gara Gara Minta Naik Gaji Ini Penjelasan Bupati Manggarai Ntt

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 56 hits
Bupati Manggarai Nusa Tenggara Timur Herybertus G L Nabit akhirnya buka suara terkait pemecatan ratusan nakes
Dosa Paling Besar Ialah Ambil Gaji Tak Buat Kerja Tu Dosa Makan Gaji Buta

Dosa Paling Besar Ialah Ambil Gaji Tak Buat Kerja Tu Dosa Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 74 hits
Minum arak berdosa Berzina pun berdosa Tak puasa pun berdosa Begitu juga tak solat tak tutup aurat dan banyak lagi Semua itu Tapi ia Ianya antara si pelaku dengan Allah Manakala kita tak layak untuk menilai dosa dan pahala orang lain yang b...
Proses Naik Taraf Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Siap Sebelum 3 Mei

Proses Naik Taraf Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Siap Sebelum 3 Mei

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 52 hits
TEMERLOH Proses menaik taraf stadium Majlis Perbandaran Temerloh yang dipilih sebagai venue utama saingan Liga Malaysia musim ini membabitkan skuad Sri Pahang FC dijangka siap sepenuhnya sebelum 3 Mei ini Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi d...
Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 117 hits
Cadangan tambah baik gaji penjawat awam diumum 1 Mei PMOleh MOHD RASDAN AHMAD19 April 2024 6 18 piAnwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam hari ini PETALING JAYA Cadangan penambahbaika...
Suami Suruh Berhenti Konon Dia Boleh Tanggung Rupanya Gaji Rm1 8k Je Terpaksa Aku Cari Kerja Balik

Suami Suruh Berhenti Konon Dia Boleh Tanggung Rupanya Gaji Rm1 8k Je Terpaksa Aku Cari Kerja Balik

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 65 hits
Ramai sebenarnya yang memilih kerja tak sampai dua hari berhenti dan cari pekerjaan lain konon gaji lebih Tapi kalau dah ada keluarga dan anak jangan kekal dengan sikap lompat kerja stabilkan kewangan untuk masa hadapan Seorang wanita kecew...
Macam Mana Upt Naik 2 Garis Tapi Sebenarnya Tak Mengandung Doktor Jelaskan Hal Ini

Macam Mana Upt Naik 2 Garis Tapi Sebenarnya Tak Mengandung Doktor Jelaskan Hal Ini

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 61 hits
Sesetengah wanita jika sememangnya sudah bersedia untuk hamil pasti gembira jika ujian UPT yang dibuat menunjukkan keputusan positif Walaupun begitu tetap ada isteri yang masih tidak bersedia untuk hamil terlalu awal terutamanya jika pasang...
Walaun Mana Pulak Yang Rumah Naik Bil Letrik

Walaun Mana Pulak Yang Rumah Naik Bil Letrik

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 67 hits
Bagi yang masih tak puas hati ni aku lampirkan bil elektrik aku bagi bulan 2021 dan yang terbaru 2024 Tengok sendiri tariff pun Dari tahun 2021 lagi Siapa kata bil elektrik naik aku baru perasan bil 2021 tu dari bil terbaru ni Adakah ini be...
Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

There Is An Awakening

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Berhari Raya Lagi Rumah Saudara Sepupu

Couple Urges Police Mcmc To Act Against Alleged Blackmailer

Housewives Social Protection Scheme Still Short Of Target Says Kasthuri

Impartiality In Business

Fariza Shooting Video Mv Lagu Raya