Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1 Kungfu Panda


Objektif utama adalah untuk membincangkan sumbangan tamadun China kepada peradaban dunia pada masa kini dan nilai-nilai murni yang diperolehi daripada tamadun China tersebut.


SUMBANGAN TAMADUN CHINA
Tamadun China adalah satu tamadun yang paling besar dan paling banyak menyumbang serta mempengaruhi dunia didalam pelbagai aspek sama ada fizikal atau spiritual. Berdasarkan daripada video kung fu panda yang penulis tontoni, penulis mendapati terdapat beberapa sumbangan yang jelas daripada video tersebut terhadap tamadun China kepada peradan dunia yang masih kekal relevan sehingga kini.
Sumbangan yang pertama adalah dari segi perniagaan. Didalam video kung fu panda tersebut, jelas menunjukkan keluarga Po berniaga untuk kelangsungan hidup. Dapat penulis kaitkan disini, sehingga kini di dunia bahkan di Malaysia juga terdapat banyak premis-premis kedai dan perniagaan yang dimiliki oleh pelbagai kaum. Perniagaan ini dijadikan mata pencarian untuk menampung kehidupan sendiri, keluarga dan masyarakat. Ini disebabkan melalui perniagaan pelbagai peluang pekerjaan dibuka kepada masyarakat. Selain itu, konsep perniagaan ini juga diwarisi atau diteruskan legasinya secara turun temurun oleh keluarga yang kekal dilaksanakan sehingga ke masa kini. Ianya bukan sahaja amalkan oleh kaum Cina bahkan diamalkan oleh semua kaum, bangsa dan agama. Pewaris akan menyambung tradisi meneruskan perniagaan apabila pelopor perniagaan tersebut meninggal dunia (Badrul Kamal Zakaria, 2017). Tradisi meneruskan legasi perniagaan ini bukan sahaja dipraktis di Malaysia tetapi turut diamalkan di seluruh dunia.
Sumbangan kedua tamadun China yang masih relevan sehingga kini adalah dari segi penggunaan mercun dan bunga api.  Mercun dan bunga api adalah bahan letupan yang dicipta daripada serbuk letupan oleh ahli alkimia Toisme dari tamadun China untuk mewujudkan posyen keabadian (Moustapha Abbas, 2020). Namun kini, seluruh dunia menggunakan mercun dan bunga api untuk pelbagai tujuan. Seiring dengan peredaran zaman, mercun dan  bunga api juga telah dimodenkan. Kebiasaannya, ianya digunakan untuk menyambut sesuatu perayaan, keramaian dan mewujudkan kemeriahan suasana sesesuatu acara. Contohnya, penggunaan bunga api secara besar-besaran diseluruh dunia termasuk di Malaysia ketika sambutan ambang tahun baru. Aktiviti tersebut bertujuan memupuk keharmonian dan mengukuhkan perpaduan sesama masyarakat (Ruwaida Md Zain, 2020). Selain itu, mercun dan bunga api seringkali dimainkan terutamanya ketika sambutan hari raya sama ada Hari Raya Puasa, Deepavali atau Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina bertujuan menghalau hantu dan nasib malang (Nur Salihah Ismail dan Yew V.W.C, 2018). Penggunaan mercun dan bunga api kini dilihat meluas digunakan sama ada di Malaysia atau diseluruh dunia.

Pertunjukkan bunga api di bandar Dubai, UAE.
Sumbangan ketiga yang masih relevan penggunaannya sehingga kini ialah dari segi kesenian iaitu penggunaan seramik. Seramik mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Edisi Keempat) bermaksud bahan keras atau rapuh yang diperbuat dari tanah liat melalui proses pembakaran. Seramik kebiasaannya digunakan untuk membuat tembikar, pinggan, mangkuk dan cawan. Bahkah, kaum melayu di Malaysia turut terpengaruh dengan penggunaan seramik iaitu pembuatan labu sayung. Kini penggunaan seramik telah dimodenkan seiring dengan peredaran zaman. Ianya banyak digunakan sebagai perhiasan rumah untuk menampilkan keunikan dan citarasa tersendiri. Seramik kini bukan sahaja digunakan untuk ruangan dapur bahkan turut dijadikan sebagai cenderahati dalam pelbagai majlis dan sering mendapat tempat dikalangan masyarakat kerana keunikan dan kepelbagaian rekaannya (Hartini Mohd Nawi, 2015). Transformasi penggunaan teknologi moden dalam proses pembakaran dan rekabentuk yang pelbagai selari dengan gaya hidup terkini menjadikan seramik kembali digilai masyarakat (Hartini Mohd Nawi, 2015). Seramik kini bukan sahaja di minati di Malaysia tetapi turut digilai oleh masyarakat diluar negara. Bahkan, harga seramik kini boleh mencecah sehingga ratusan ringgit Malaysia.
Tamadun China merupakan satu tamadun yang mempunyai ciri-ciri yang agak unik serta kaya dengan pelbagai penciptaan dan penemuan. Oleh yang demikian, penulis mendapati terdapat pelbagai sumbangan yang masih kekal relevan dan berkembang seiring dengan peredaran zaman. Sumbangan-sumbangan tamadun China masih dapat dinikmati oleh semua generasi penduduk dunia walaupun pada zaman berteknologi ini.
NILAI-NILAI MURNI
Terdapat beberapa nilai-nilai murni yang dapat diambil sebagai panduan daripada tontotan video yang diberikan untuk diaplikasikan sebagai pelajar atau pekerja di Malaysia kini. Penulis sebagai seorang anggota kerja dan pelajar sentiasa sedar bahawa nilai-nilai murni amat penting bagi kerjaya seorang pekerja mahupun pelajar yang berjaya. Tugasan 1B ini membolehkan penulis membincangkan berkaitan nilai-nilai murni seorang pekerja. Sesebuah syarikat atau organisasi pasti mempunyai nilai-nilai murni tersendiri yang menjadi teras syarikat tersebut.
Nilai-nilai murni seorang pekerja yang pertama ialah bekerjasama antara satu sama lain. Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kamus Pelajar Edisi Kedua) bekerjasama bermaksud bekerja bersama-sama dan tolong-menolong atau bergotong-royong. Ia adalah satu usaha yang dilakukan bersama-sama atau saling membantu antara dua atau melibatkan beberapa pihak yang saling bergantungan dari segi kepakaran, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan masing-masing (Mohd Akmal Masud, 2013). Walaupun seorang pekerja yakin pada diri sendiri dalam melakukan sesuatu pekerjaan, kadangkala kejayaan tidak akan berlaku tanpa pertolongan atau bantuan daripada pekerja lain. Contohnya, seorang pekerja diarahkan untuk menganjurkan sesebuah program bagi syarikat beliau bekerja. Pekerja yang memegang jawatan sebagai ketua program perlu menubuhkan jawatankuasa tertentu untuk mengendalikan program tersebut. Kejayaan program tersebut akan dapat dikecapi apabila pekerja ini bekerjasama bersama dengan anggota kerja lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam program tersebut. Bekerjasama dalam melaksanakan tugas secara harmoni dan semangat berpasukan adalah penting bagi syarikat untuk terus berkembang maju kehadapan.
Hormat menghormati merupakan nilai-nilai murni yang kedua yang boleh diaplikasikan didalam pekerjaan. Hormat boleh ditakrifkan sebagai perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Hormat menghormati amat penting didalam kontek seorang pekerja. Seorang pekerja yang ingin dihormati perlu memberi penghormatan bukan kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya bahkah kepada semua orang (Azimah, 2020). Ini bagi memastikan setiap pekerja dapat bekerja didalam keadaan selesa, aman dan damai. Selain itu, jika pekerja saling menghormati ia akan menjadikan lingkungan tempat kerja yang lebih selesa dan kondusif. Bahkan, pekerja juga tidak akan mendiskriminasi pekerja lain. Keadaan ini sekaligus meningkatkan produktivi dan mengurangi konflik dikalangan pekerja. Apabila pekerja sesama pekerja atau pihak atasan saling hormat menghormati ianya secara tidak langsung akan mengurangi stress ditempat kerja sekaligus ianya akan meningkatkan hubungan baik sesama anggota kerja disesebuah syarikat.
Nilai-nilai murni yang ketiga adalah bertanggungjawab. Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kamus Pelajar Edisi Kedua) tanggungjawab ialah sesuatu seperti kerja atau tugas yang mesti dilakukan ataupun kewajipan. Sifat tanggungjawab ini harus dimiliki oleh setiap pekerja kerana banyak manfaat yang diperolehi daripadanya. Seorang pekerja yang bertanggungjawab akan jarang melakukan kesalahan. Pekerja yang bertanggungjawab akan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat atau organisasi. Contohnya, waktu bekerja di sesebuah syarikat atau organisasi bermula jam 8:00 pagi, pekerja yang bertanggungjawab akan memastikan beliau sampai ditempat kerja sebelum waktu berkerja bermula. Selain itu, pekerja yang bertanggungjawab akan sentiasa memberi komitmen yang tinggi terhadap syarikat atau organisasi sekaligus akan meningkatkan produktiviti syarikat atau organisasi berkenaan melalui tanggungjawab yang dipikul (Ismail Sualman, 2019).
Kesimpulannya, setiap pekerja dinegara ini mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni didalam diri masing-masing. Ini kerana terdapat banyak kepentingan nilai-nilai murni yang dapat dipraktiskan didalam diri sendiri untuk diaplikasi didalam bidang pekerjaan. Hasilnya, syarikat atau organisasi akan memiliki pekerja yang produktif dan berkualiti bukan sahaja kepada syarikat atau organisasi itu sendiri bahkan berkualiti dan produktif kepada negara.
3 DIALOG DARI VIDEO


Hasil daripada tontonan video kungfu panda untuk tugasan ini, penulis mendapati terdapat beberapa diolog yang penulis rasakan kelakar, memberi manfaat, mempunyai nilai-nilai murni dan terdapat juga beberapa dialog yang menyentuh perasaan penulis. Tugasan 1C ini memerlukan penulis untuk fokus kepada 3 dialog yang menyentuh perasaan penulis. Diantara dialog yang menyentuh perasan penulis adalah seperti berikut.

Sedutan video kung fu panda minit ke 00:04:08
Dialog pertama yang menyentuh hati penulis adalah babak pada minit 00:04:08 yang membicarakan ayat berikut. ‘Ini satu pertanda baik, Po.’ Penulis tersentuh hati dengan kata-kata ini kerana keriang ayah Po tersebut ketika mendapat tahu tentang mimpi anaknya. Mimpi yang berkait dengan impiannya. Ini disebabkan keterujaan seorang ayah apabila merasakan impiannya selama ini hampir tercapai. Ayah Po tersebut telah lama berharap agar perniagaannya akan terus disambung legasi oleh waris beliau. Beliau merasakan minat anaknya sama seperti impiannya sedangkan anaknya mempunyai minat lain. Niat anaknya menipu hanya untuk memastikan mimpi sebenar tidak diketahui oleh ayahnya.  Hakikatnya, si ayah telah ditipu oleh anak beliau sendiri. Penipuan ini dan keterujaan ayah membuatkan penulis tersentuh perasaan apabila menonton babak ini.

Sedutan video kung fu panda minit ke 01:11:50
Dialog kedua yang menyentuh perasaan penulis adalah babak pada minit 01:11:50.  ‘Saya lebih rela mati!’. Dialog ini diungkapkan oleh Guru Shifu ketika beliau diserang dan berlawan dengan musuh yang paling disayangi iaitu bekas anak muridnya. Demi melindungi scroll penting daripada jatuh ke tangan musuh Guru Shifu sanggup berjuang ke akhir hayat. Ini menunjukkan sifat amanah dan tanggungjawab yang digalas oleh Guru Shifu tersebut lebih penting daripada nyawanya sendiri. Beliau sanggup berkorban supaya musuhnya tidak berjaya mencapai impian mereka. Sifat amanah dan tanggungjawab yang digalas oleh Guru Shifu ini yang menyebabkan penulis tersentuh perasaan ketika menonton dialog ini.

Sedutan video kung fu panda minit ke 01:20:42
Dialog yang terakhir yang menyentuh perasaan penulis adalah babak pada minit 01:20:42. ‘Itu anak saya. Kesatria kung fu gendut itu anak saya.’ Ayah yang sangat teruja memberitahu semua orang yang berada disitu mengenai anaknya sangat menyetuh perasaan penulis. Ayah Po tetap menerima dengan bangga walaubagaimapun rupa bentuk fizikal anaknya jauh lebih besar daripadanya.  Penulis tersentuh perasaan kerana ayah Po berasa berasa bangga dengan kejayaan Po walaupun sebelum ini beliau mengkehendaki Po untuk meneruskan perniagaannya daripada menjadi kesatria. Ini membuktikan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya tidak akan goyah walaupun impian ayah tidak tercapai. Ini juga menunjukkan bahawa sokongan padu seorang ayah kepada impian anaknya.
Penulis merasakan terdapat banyak dialog yang menyentuh perasaan penulis daripada sedutan video kung fu panda ini. Namun, ketiga-tiga dioalog yang penulis berikan merupakan dialog yang paling menyentuh perasaan dan melekat dihati penulis.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, penulis merasakan bahawa tamadun China terus berkembang seiring dengan peredaran zaman. Walaupun di tahun 2020 ini, masih terdapat pebagai keunikan tersendiri yang berkait rapat dengan tamadun China. Hasil daripada tontonan video kung fu panda tersebut, penulis mendapati terdapat pelbagai kebaikan dan manfaat yang dibawa oleh tamadun China kekal sehingga ke harini.
Secara zahirnya, penulis melihat ekonomi dunia kini banyak bergantung kepada kepesatan dan kemajuan tamadun China sebagai salah satu kuasa hegemoni didunia dalam pelbagai bidang seperti bidang ekonomi dan keselamatan (Rusdi Omar, 2006). Penulis melihat, sektor-sektor ekonomi terus berkembang maju dengan pelbagai teknologi terkini. Bahkan, negara China kini mempunyai hubungan kuasa luar hampir dengan seluruh negara didunia termasuklah di Malaysia. Hasil daripada hubungan luar ini bukan sahaja memberi manfaat kepada negara luar bahkan memberi kesan positif kepada negara China sendiri. Negera China merupakan negera yang memiliki keunggulan iaitu dari bidang ekonomi dan kententeraan yang menjadi negara yang melaksanakan sistem monopoli dan dominasi (Rusdi Omar, 2006). Oleh yang demikian, banyak inovasi berkaitan tamadun China telah tersebar ke seluruh dunia
Manakala dari segi nilai-nilai murni pula, penulis mendapati nilai-nilai murni tersebut adalah penting untuk diamalkan oleh setiap individu didalam kehidupan. Ini disebabkan, apabila sesebuah negara mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi ianya secara tidak langsung akan mewujudkan negara yang sihat dan aman. Sebagai generasi muda, nilai-nilai murni ini akan membantu mewujudkan sesebuah tamadun untuk terus bergerak seiring peredaran zaman untuk menjadi sebuah tamadun yang lebih baik. Jesteru itu, adalah penting untuk masyarakat terus mengamalkan nilai-nilai murni untuk dijadikan contoh kepada generasi akan datang.
INFOGRAFIK


RUJUKAN
Azimah, (2020,Mac 13), Tak susah pun hendak dihormati dan disukai di tempat kerja. Ada 10 cara mudah. Sinar Harian. Diambil daripada https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/tak-susah-pun-hendak-dihormati-dan-disukai-di-tempat-kerja-ada-10-cara-mudah/Badrul Kamal Zakaria, (2017, Januari 1), Legasi perniagaan Hanipah, Kasan dan Wah San diteruskan dengan resipi asal. Berita Harian Online. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2017/01/229055/legasi-perniagaan-hanipah-kasan-dan-wah-san-diteruskan-dengan-resipi-asalGhazali Darusalam, (2019, Ogos), MPU3323 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1, Open University Malaysia
Hartini Mohd Nawi, (2015, November 21), Fungsi Seramik Dipelbagai. Harian Metro. Diambil daripada https://www.hmetro.com.my/node/94588Ismail Sualman, (2019, Mei 1), Pekerja bermotivasi lonjak produktiviti. Berita Harian Online. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/559033/pekerja-bermotivasi-lonjak-produktivitiMohd Akmal Masud, (2013, Jun), Pembangunan Kemahiran Kerja Berpasukan Menerusi Kursus Pengurusan Kokurikulum Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional Uthm. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. pp.1-24Moustapha Abbas, (2020, Julai 12), Ciptaan-Ciptaan Tamadun China Yang Mengubah Dunia, The Patriots Asia. Diambil daripada https://www.thepatriots.asia/ciptaan-ciptaan-tamadun-china-yang-merubah-dunia/Nur Salihah Ismail & Yew V.W.C, (2018 Mac), Pantang Larang Tahun Baru Cina Komuniti Baba Melak, Jurnal Wacana Sarjana Jilid 2 (1), pp.1-17







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://fiezack.blogspot.com/2021/12/tamadun-islam-dan-tamadun-asia-1-kungfu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negeri Sembilan Rekod Lebih 1 000 Kes Cerai Pasangan Islam Setakat September

Negeri Sembilan Rekod Lebih 1 000 Kes Cerai Pasangan Islam Setakat September

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 244 hits
BERNAMA Bagaimanapun angka itu dilihat rendah berbanding jumlah kes keseluruhan tahun lepas dengan 2 563 manakala sebanyak 3 177 kes direkodkan pada 2019 Perintah kawalan pergerakan yang bermula tahun lalu secara umumnya menyaksikan kes per...
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Kini Bertaraf Universiti

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Kini Bertaraf Universiti

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Istana Negara Istana Negara dalam kenyataan di Facebook m...
Ini Bukan Caranya Umat Islam Bermuafakat

Ini Bukan Caranya Umat Islam Bermuafakat

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 198 hits
Jadi apa nak dihairankan tentang penarikan semula royalti oleh kerajaan pusat UMNO soal Raja Kamarul yang juga Pengerusi PAKATAN HARAPAN Negeri Terengganu Beliau melihat idea Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mencada...
Cadangan Memperkasakan Melayu Islam

Cadangan Memperkasakan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 498 hits
PAS menolak gagasan Muafakat Nasional yang terbelenggu dengan pembabitan hanya UMNO dan parti itu sahaja Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PAS juga menolak fahaman yang menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh...
Mahkamah Persekutuan Putuskan Individu Islam Tidak Boleh Jadi Pertikaian Perkahwinan Bukan Islam

Mahkamah Persekutuan Putuskan Individu Islam Tidak Boleh Jadi Pertikaian Perkahwinan Bukan Islam

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 255 hits
BERNAMASeksyen 3 Akta Memperbaharui Undang Undang 1976 dengan jelas memperuntukkan bahawa umat Islam dikecualikan daripada permohonan LRA Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahkamah Persekutuan Gambar AFP Mahkamah Persekutuan da...
Apa Agenda Orang Islam Melayu Sebenarnya

Apa Agenda Orang Islam Melayu Sebenarnya

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 230 hits
1 ISU tulisan Jawi di beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina di Pahang yang hangat sekarang ini sama nampaknya seperti isu keabsahan sekolah vernakular pengiktirafan UEC dan apa apa isu yang berkait dengan budaya dan perjuangan kaum Cina di...
Guan Eng Mocks Christianity By Mocking Islam

Guan Eng Mocks Christianity By Mocking Islam

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 268 hits
And the fact that Mat Sabu and the Amanah people allow these DAP people to do this and get away with it demonstrates what the perjuangan of these ex PAS people really is NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin DAP s Lim Guan Eng is demonstrati...
Kenapa Orang Melayu Islam Di Melbourne Tak Beli Baju Raya Waktu Raya Aidilfitri Ustaz Syamsul Debat

Kenapa Orang Melayu Islam Di Melbourne Tak Beli Baju Raya Waktu Raya Aidilfitri Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 256 hits
Kenapa Orang Melayu Islam Di Melbourne Tak Beli Baju Raya Waktu Raya Aidilfitri Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Make Your Business Standout

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Kling Ai Video

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi