Tak Sangka Pelancong Dedah 5 Perkara Buat Dia Terkejut Bila Sampai Malaysia
Tak Sangka, Pelancong Dedah 5 Perkara Buat Dia ‘Terkejut’ Bila Sampai Malaysia
Melancong ke negara luar sememangnya memberikan pelbagai pengalaman yang tidak terjangka kepada semua orang. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan.
Apatah lagi apabila melihat bagaimana budaya dan sistem di negara orang yang mungkin tidak ada di negara sendiri. Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa ramai pelancong dari luar gemar datang ke Malaysia kerana perkara tersebut.
Keunikan budaya, rakyat yang peramah dan pelbagai lagi keistimewaan yang mungkin kita sendiri tidak sedar selama ini.
Sama juga seperti yang dikongsikan oleh pelancong dari Ireland ini mengenai perkara yang ‘mengejutkannya’ apabila berkunjung ke Malaysia. Ia mungkin tidak pernah dirasai di negaranya.
Samantha Smith menerusi perkongsian di TikTok menyenaraikan lima perkara yang membuatkannya dan keluarga terkejut, tetapi dalam masa sama teruja ketika hari pertama di sini.
Banyak restoran buka lewat malam
Menurutnya, dia dan keluarga tiba di Malaysia pada jam 1 pagi dan sangat lapar pada ketika itu. Dia meluahkan rasa terkejut apabila masih banyak restoran yang dibuka pada waktu tersebut.
“Waktu itu sudah jam 1 pagi di Kuala Lumpur dan kami sangat lapar. Kami terkejut tapi gembira apabila mendapati begitu banyak restoran masih dibuka.

Kredit: Samantha Smith
Makanan dimasak fresh
“Sudah tentu, makanan pertama kami di Malaysia mestilah nasi lemak. Walaupun pukul 1 pagi, masih boleh jumpa makanan yang dimasak fresh,” katanya
Hidangan lewat malam itu menjadi permulaan kepada perjalanan mereka meneroka pelbagai lagi makanan di Malaysia yang tidak boleh dilupakan.
“Mulai dari saat itu, setiap suapan seolah-olah menceritakan sebuah kisah.” ujarnya.

Kredit: Samantha Smith
Jus tembikai
Dia turut berkongsi keterujaan saat memesan jus tembikai untuk anaknya. Katanya, minuman segar itu boleh ditemui hampir di setiap penjuru jalan.
“Ini gambar pertama yang saya ambil di Malaysia. Buat anak kami yang berusia 3 tahun, inilah jus tembikai pertamanya,” katanya.

Kredit: Samantha Smith
Beli aiskrim 2 pagi
Samantha juga berkongsi bahawa dia masih lagi boleh membeli aiskrim untuk anak lelakinya walaupun sudah hampir pukul 2 pagi.

Kredit: Samantha Smith
Pemandangan KL
Lebih mengujakan, dia terpesona melihat pemandangan waktu malam di Kuala Lumpur yang dilimpahi cahaya lampu.
“Ketika itu, kami tak pernah terfikir Malaysia akan jadi begitu istimewa buat kami,” katanya.
BACA JUGA: Pernah Viral Kata Orang Malaysia Unik, Pelancong Ni ‘Terkedu’ Share Komen Netizen Kita
Perkongsiannya itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, ramai yang mengalu-alukan kedatangannya sekeluarga. Malah, ada yang turut mencadangkan tempat-tempat menarik di negara ini.

Kredit: Samantha Smith
“Best kan Malaysia. Tiada benda yang tidak seronok dekat Malaysia”
“Burger Ramly pun best juga”
“Kuala Lumpur bandar yang tak pernah tidur”
Sumber: Samantha Smith
The post Tak Sangka, Pelancong Dedah 5 Perkara Buat Dia ‘Terkejut’ Bila Sampai Malaysia appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/08/21/tak-sangka-pelancong-dedah-5-perkara-buat-dia-terkejut-bila-sampai-malaysia/