Syawal 1455h Beraya Di Kg Awah Temerloh


 






20 Syawal bersamaan 29 April 2024, baru berkesempatan nak update sambutan syawal 1445H. Kali ini, kami suami isteri beraya non stop. Penat! saya yang semakin pulih daripada batuk berkahak ketika itu dan migrain turut sertai beraya di Temerloh dan Kemaman. Raya kan setahun sekali. Jadi, rasanya sangat rugi jika saya tidak meraikan bulan kebesaran bersama keluarga tercinta. 


Memandangkan kakak  dari Johor pulang beraya di Kuantan, terus buat itinerary beraya. Seminggu sebelum beraya dah keluar itinerary raya. Maaflah, buat keluarga mertuaku kerana raya kali ini kami beraya sebelah petang pada hari raya pertama sahaja. Bermula raya ke-2 sehingga ke-5 kami berkonvoi raya melawat sanak saudara di Kg Awah Temerloh sehingga Kemaman. 


Juadah pagi raya 

Memandangkan saya belum pulih sepenuhnya daripada batuk berkahak dan migrain, saya hanya memasak juadah mudah. Kebiasaannya nasi minyak di pagi raya. Tetapi, buat julung pertama kalinya saya memasak menu Pulut kuning bersama rendang. Ha! mujurlah menjadi, ikut resipi pulut kuning di Tiktok. Rendang tu, saya dah biasa buat, jadi tidak menjadi janggal buat saya. 


Seminggu sebelum raya, saya sudah beritahu kepada suami. Mungkin ini Aidilfitri terakhir kita, siapa tahu kan? jadinya, kami memasak apa yang menjadi kesukaan. Tercetusnya idea adalah disebabkan saya diuji batuk berkahak dan migrain kronik sehingga saya diagnosis oleh doktor mempunyai Sinus .


  Suami pula teringin nak makan pulut kuning, manakala saya teringinkan laksa Penang. Juadah raya ke-2 adalah laksa penang. 




Nostalgia di Temerloh 


Syahdunya bila dapat jejakkan kaki ke Kg Awah, Temerloh Pahang. Sebaik sahaja kereta memasuki simpang ke Kg Awah, semakin segar memori di ingatan.


Kami sekeluarga dulu sekitar era 90-an menaiki bas Transnasional untuk pulang beraya di Kg Awah. Bas kami naiki akan berhenti di bus stop yang dipanggil dengan nama "Somer" . Adakala, ada prebet sapu akan berhenti untuk masuk ke dalam. Jika ada duit tambang, abah akan ambil prebet sapu je. 


Atau, pernah juga Aki saya yang akan datang menjemput dengan menaiki motosikal Honda Cup. Ohhh, nostalgia sungguh. Manakala, mak dan abah akan menaiki prebet sapu je. Cuma, mak dan abah lambat sampai la. Motor Aki hanya boleh membonceng 3 cucu je masa itu untuk sekali round. 




Kedai 


Arwah Aki takkan hantar kami terus ke rumah. Sebab aki akan bawa kami ke kedai kopi nya. Ya, arwah aki ada sebuah kedai di Kg.Awah. Kedai menjual sarapan pagi dan minum petang. Paling menjadi kesukaan datang ke kedai aki, apabila arwah memberi izin kepada cucu-cucunya untuk mengambil air berkarbonat di dalam botol kaca. Syok wei! aiskrim pun ada jual juga masa tu. Jika tidak silap, saya berada di tahun 1. 


Kami berehat di bilik belakang di dalam kedai kayu. Buat pengetahuan semua, kedai kopi arwah aki bersebelahan pejabat FELDA. 


Belakang kedai pula, tandas untuk membuang air besar dan mandi. Paling best mandi di sini, ini kerana tandas di luar kedai mempunyai telaga. Sejuk gila! dengan suasana kampung, ada bauan sawit di proses dan kehijauan alam semula jadi. 


Manakala, pada bulan ramadan aki akan menjual murtabak. Antara murtabak dan roti canai terkenal ketika era 80-90 an. Paling best, kalau bernasib baik menaiki bas Transnasional Kuantan-Temerloh-Kuala Lumpur . Bas kami naiki betul-betul akan berhenti depan kedai arwah aki. Seronok! jadi, arwah aki tidak perlu bersusah payah untuk keluar mengambil kami di somer. 




Pengalaman mistik 

Dek kerana sifat cemburu oleh seorang rakan arwah aki. Individu tersebut telah bersengkokol dengan syaitan dengan menggunakan ilmu hitam untuk menutup perniagaan arwah aki. Sedih! 


Pada mulanya, si polan telah meminta arwah aki mengajarnya membuat roti canai dan murtabak. Setelah si polan dapat resipi dan teknik rahsia tersebut, beliau cuba menaikkan perniagaan arwah aki saya dengan menutup warung aki dengan ara halus. 


Semua penduduk di situ tidak nampak lagi warung aki buka. Ramai yang bertanyakan kepada arwah aki, dan akhirnya aki mendapat jawapan bahawa rakan yang meminta resipinya punya angkara. Perniagaan dia yang naik, sementara itu warung aki tidak lagi disukai. 


Arwah aki didatangi dengan perkara-perkara aneh dan mistik. Akhirnya, arwah aki menutup terus warung dan tidak lagi berniaga. Sedih kan? sejak itu, segala resipi roti canai dan murtabak telah diperturunkan kepada pak saudara di Kemaman. 


Kata mak saya, arwah aki pernah menjadi guru silat sekitar tahun 70-an. Silat yang tidak perlukan sentuhan langsung untuk bertarung. Tetapi, silat ini bukan sembarangan yang boleh bawa. Nak hati bersih, rajin solat, berpuasa dan rajin bangun tengah malam. Sejak dikeluarkan fatwa, arwah aki berhenti mengamalkan silat tersebut dan kelas tersebut di tutup. 


Bagi saya, silat tidak bersalah cumanya orang yang bawa akan terpesong akidah jika menggunakan sesuatu kearah jalan salah. Wallahualam. 




Beraya di kubur 

Ada ustaz cakap, tak elok beraya di kubur. Kenapa perlu melawat kubur pada raya Aidilfitri dan bukan hari biasa. Pernah dengar tak? 


Sebenarnya bersebab. Bukan suka-suka nak ke kubur pada raya Aidilfitri. Sekadar kebetulan singgah, kami sudah tidak ada rumah lagi di Kg. Awah tu selepas pemergian arwah aki. Arwah tok pula sudah meninggalkan kami pada tahun 1986 dengan kematian mengejut. Al-fatihah buat arwah tok dan aki, semoga berada di syurga teratas.


Setelah itu, arwah aki telah berkahwin dengan isteri barunya yang berasal daripada kedah, beliau juga merupakan seorang bidan kampung yang terkenal dengan mengurut wanita selepas bersalin dan mengajar mengaji di kampung. 


Selepas singgah ke kubur, kami melawat rakan sekolah mak di rumah J16 dan saudara abah di J18. Terubat rindu bila beraya macam ni, teringat zaman kanak-kanak saya sepupu dan adik-beradik lain akan berpecah untuk pergi beraya. Rumah felda ni mempunyai blok. Dari blok A Sehingga blok M. Bayangkan betapa besarnya felda Kg. Awah ni. Rindu!




Raya Bermakna 

Rasanya di tahun 2024, adalah tahun bermakna saya beraya bersama keluarga. Setelah beraya ke Temerloh, hari seterusnya di Kemaman dan beraya di Tg Belenggu bagi meraikan pertunangan anak pak saudara. Hampir demam sebab beraya non stop hampir seminggu. 












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2024/04/syawal-1455h-beraya-di-kg-awah-temerloh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun Ini Lain Macam Sikit Beraya Di Kampung Adira Datuk Red Gementar Ingin Berhadapan Dengan Keluarga Mentua

Tahun Ini Lain Macam Sikit Beraya Di Kampung Adira Datuk Red Gementar Ingin Berhadapan Dengan Keluarga Mentua

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 93 hits
Di tengah tengah kes penceraian yang masih berlangsung suami kepada penyanyi terkenal Adira Suhaimi iaitu Datuk Red berkongsi pengalaman dirinya beraya di kampung isteri tahun ini Takut dipandang serong Melalui hantaran yang dimuat naik di ...
20 Soalan Boleh Tanya Ke Mak Cik Pak Cik Sewaktu Beraya Nanti

20 Soalan Boleh Tanya Ke Mak Cik Pak Cik Sewaktu Beraya Nanti

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 116 hits
20 soalan standby untuk makcik pakcik time beraya nanti supaya kita tak rasa awkward untuk bersembang dengan mereka dan mereka pun happy nak borak 1 Pakcik makcik dah makan 2 Pakcik makcik dulu masa muda kerja apa 3 Pakcik makcik dah berapa...
Pasangan Warga Emas Jalan Kaki Balik Beraya Rumah Anak Menantu

Pasangan Warga Emas Jalan Kaki Balik Beraya Rumah Anak Menantu

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 74 hits
KOSMO PETALING JAYA Sepasang suami isteri warga emas sanggup berjalan kaki dikala cuaca sedang hujan gara gara mahu melepaskan rindu bertemu anak menantu dan cucu selepas setahun tidak berjumpa Kisah pilu itu dikongsikan pengguna Facebook K...
Balaci Mossad Beraya Di Kuala Lumpur

Balaci Mossad Beraya Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 61 hits
Sikap Malaysia terhadap Palestin dan Israel memang kian bertaring sejak pentadbiran Anwar Ibrahim Selain menyelar dasar Jerman yang tidak berbelah bahagi menyokong apartheid Israel di Palestin pada sidang media bersama presiden Jerman Olaf ...
Dah 15 Tahun Menantu Bawa Anak Isteri Beraya Rumah Mak Sendiri Mentua Nekad Bermalam Rumah Besan Samai Ini Yang Terjadi

Dah 15 Tahun Menantu Bawa Anak Isteri Beraya Rumah Mak Sendiri Mentua Nekad Bermalam Rumah Besan Samai Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 96 hits
Pasangan suami isteri perlu ada sikap toleransi untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga Namun sikap bertimbang rasa tidak wujud dalam rumah tangga wanita ini yang mendedahkan suaminya tidak pernah menyambut Aidilfitri pada hari raya pert...
Kalau Masuk Beraya Rumah Orang

Kalau Masuk Beraya Rumah Orang

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 65 hits
Saya tak ingat di mana saya baca ia barangkali sebuah anekdot atau sebuah kartun dalam bahasa Inggeris mengisahkan tentang seseorang yang berkunjung ke rumah kawannya Dia mengambil kesempatan menyindir kawannya si tuan rumah Kecilnya saiz T...
Terengganu Fc Catat Kemenangan Tewaskan Sri Pahang Fc 1 0 Pada Aksi Pra Musim Di Temerloh

Terengganu Fc Catat Kemenangan Tewaskan Sri Pahang Fc 1 0 Pada Aksi Pra Musim Di Temerloh

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 58 hits
KUANTAN Terengganu FC mencatat kemenangan 1 0 selepas menewaskan Sri Pahang pada aksi pramusim menjelang musim baharu Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi Jaringan tunggal pelawat disempurnakan penyerang import Nuril...
Tular Gambar Pelupusan Beras Amp Barang Dapur Di Temerloh Pahang Bekas Mp Kuala Krau Tampil Mengaku Bertanggungjawab

Tular Gambar Pelupusan Beras Amp Barang Dapur Di Temerloh Pahang Bekas Mp Kuala Krau Tampil Mengaku Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 90 hits
Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said mengakui dirinya bertanggungjawab atas kejadian pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur Gunung Senyum Temerloh Pa...
Dibantah Orang Ramai Pertandingan Fesyen Janda Temerloh Dibatalkan

Dibantah Orang Ramai Pertandingan Fesyen Janda Temerloh Dibatalkan

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 62 hits
Pertandingan Pakaian Fesyen janda Temerloh dibatalkan selepas tular di media sosial baru baru ini telah disamping menerima bantahan daripada orang ramai Memetik laporan MalaysiaGazette penganjur acara itu Uncle John mengesahkan pertandingan...
Suria Klcc Dan Hari Jumaat Di Sentral Suites Kl

Penjawat Awam Ditahan Salah Guna Jawatan Luluskan Rm12 000 Untuk Kegunaan Diri

Blogger Add Show Hide Faq Style Toggle Contents

Polis Bentong Buka Kertas Siasatan Aktiviti Memasak Di Stesen Minyak Di Genting Highlands

Uitm Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera Kpt

Selamat Hari Guru 2024 Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran Ini Sebabnya Cara Atasi

Lirik Lagu Takyah Sonaone



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Copper House By Rhyme In Moscow Russia

Mijan Terapi Cara Kerja Di Indebrain Impian Emas

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence

Let S Pay Tribute To Life As The Ultimate Teacher

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Sabah Gigih Tajamkan Penyudah Hadapi Kdn Fc