Balaci Mossad Beraya Di Kuala Lumpur


 

Sikap Malaysia terhadap Palestin dan Israel memang kian bertaring sejak pentadbiran Anwar Ibrahim. Selain menyelar dasar Jerman yang tidak berbelah bahagi menyokong apartheid Israel di Palestin pada sidang media bersama presiden Jerman, Olaf Scholz; Anwar juga simpatetik terhadap Hamas seperti yang ditunjukkan apabila perdana menteri menghubungi Ismail Haniyeh ekoran serangan Israel pada Aidilfitri yang mengorbankan sebahagian ahli keluarga pemimpin Palestin itu.
Baru-baru ini Anwar terang-terang menyatakan keberpihakan kepada Iran ekoran serangan dron ke atas pangkalan tentera Israel. Anwar memetik kronologi konflik yang bermula dengan tindakan Israel mengebom bahagian konsulat Iran di Damsyik, Syria sebelumnya. Terbaru, supra parti politik, Anwar membantu keluarga aktivis PAS dan Palestin, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dari Cinta Gaza Malaysia untuk keluar dari Palestin. Ini beliau lakukan meskipun Nadir penyokong kuat Perikatan Nasional.
Ketegasan Anwar ini membawa kepada satu kemungkinan. Tidakkah Israel berdendam dengan Malaysia dan mencari jalan untuk mengkucar-kacirkan negara ini? Apatah lagi sebahagian besar umat Islam di Malaysia mudah melatah dengan hal-hal ranting. Misalnya, tidakkah mungkin samseng Zionis mengusahakan perkelahian dengan menanam kekacauan agar pertelingkahan agama dan kaum memburuk lantas mengambil kesempatan? Kita mesti bersedia apa sahaja kemungkinan celaka.
Semua kerja-kerja begini boleh dilakukan oleh pasukan perisikan. Iran contoh negara yang banyak diganggu Israel dan agensi perisikannya iaitu Mossad. Senarai saintis nuklear Iran yang dibunuh oleh ejen luar sangat ramai.
Mungkinkah ada ejen Mossad dalam kalangan orang Melayu sendiri hidup dalam kalangan kita? Satu survei oleh Anti-Defamation League ada menyatakan sikap anti-Israel rakyat Malaysia adalah tinggi, di mana sejajar dengan itu, Pew Institute, dalam survei lain menemukan hanya 11% rakyat Malaysia menyokong Israel dalam konflik terbaru ini.
Siapakah 11% ini? Mungkinkah mereka ikut meraikan Aidilfitri bersama-sama?
Pergerakan Mossad di negara ini bukanlah rahsia dan banyak dilaporkan media. Misalnya pada 2018, seorang ahli akademik asal Palestin yang menetap di Malaysia, Fadi Al-Batsh, dibunuh oleh pasukan perisikan Israel di Setapak, dengan 10 peluru melatam jasadnya. Keluarga Al-Batsh memang mencurigai pembabitan Israel malah wakil Palestin di negara kita ketika itu, Anwar Al-Agha, mengesahkan ‘as syahid’ anggota Hamas. Pembunuhan itu disempurnakan oleh beberapa lelaki yang memandu motosikal berkuasa besar BMW 1100cc. Al-Batsh tinggal di sini sejak 2012 dan mengajar di Universiti Kuala Lumpur British-Malaysian Institute. Sebelumnya beliau menuntut di Universiti Malaya dengan biasiswa dari Yayasan Khazanah.
Kejadian itu nampaknya berterusan dalam tahun 2022, di mana sekumpulan empat orang dipercayai menculik seorang lelaki Palestin pada 28 September tahun tersebut di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Lelaki tersebut dibelasah dan disoalsiasat berkenaan dakwaan penglibatannya dengan Hamas dan Briged Qassam. Penculik-penculik itu dikatakan rakyat tempatan dan ekoran kejadian itu stesen televisyen Al Jazeera melaporkan terdapatnya sel Mossad yang dilatih di Eropah di Malaysia. Penculikan itu berjaya dipatahkan apabila sasaran kedua untuk diculik, seorang lagi rakyat Palestin bertindak mendapatkan bantuan polis.
Maka bukanlah mengejutkan apabila pada 2023, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengisyaratkan adanya rakyat Malaysia berkhidmat dengan Mossad. Beliau mendedahkan bagaimana terdapatnya ejen wanita yang dirujuk sebagai “freelancer“, melakukan penculikan rakyat Palestin itu. Wanita ini dibantu oleh 13 orang yang lain, dan pernah ke Perancis, Thailand, Itali dan Filipina; menyamar. Dia malah dikatakan fasih berbahasa Hebrew. Insiden-insiden di atas membuktikan ejen Mossad aktif di negara ini, dan ada orang Melayu tanpa segan silu menyokong Israel.
Kebimbangan kita ialah sel Mossad di negara ini bukan sahaja bertugas untuk membunuh dan menculik sasaran Palestin yang ada di sini, tetapi juga menjadi semakin liar, mendendami pentadbiran Anwar yang tegas dan tidak berganjak membela Palestin dan tidak menyokong Israel.
Israel mempunyai sejarah campur tangan dalam banyak urusan pentadbiran politik negara lain, dan tidaklah menghairankan jika mereka berhasrat untuk menggugat kepimpinan negara ini.
Ketegasan Anwar terhadap Israel mungkin mendorong kemarahan Zionis dan Mossad. Balaci Mossad dalam kalangan kita mungkin mengambil peluang dan kesempatan dengan menyucuk jarum dan mengapi-apikan konflik-konflik kecil supaya tercetus menjadi besar.
Hal ini tidaklah susah mana. Mengetahui perangai Melayu yang cepat melenting dan ahli politik yang suka melayan isu-isu sebegini, sehelai coli yang mungkin disulam dengan kalimah suci pun boleh memanaskan keadaan. Untuk itu kita rakyat Malaysia mesti bijak.
Jika terdapat sesuatu keadaan meragukan, eloklah kita terus ke balai polis membuat laporan. Bukan dengan mengambil tindakan sendiri di media sosial yang barangkali membantu dan melicinkan operasi Mossad untuk menjatuhkan kerajaan yang sudah mulai harum namanya seantero dunia melawan kebejatan Barat dan Israel. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/balaci-mossad-beraya-di-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Lumpur Convention Centre Unveils Revamped Meeting Space With Dedicated Meeting Solutions Package

Kuala Lumpur Convention Centre Unveils Revamped Meeting Space With Dedicated Meeting Solutions Package

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 193 hits
Kuala Lumpur Convention Centre s new and revamped space for a unique and technologically advanced meeting environment with dedicated solutions package The Kuala Lumpur Convention Centre Malaysia s premier purpose built business events desti...
Avengers Tower Kuala Lumpur

Avengers Tower Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 170 hits
If you looking for the world famous playboy billionaire philanthropist Mr Stark or famously known as Ironman you might find him on top of this very obvious tower building in Bangsar near Federal Highway TM confirmed this last April by comin...
Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 250 hits
Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview KLIA offers you an ideal space ready for you Whether you re travelling or just getting started and want to unwind recharge calm down or stay in touch the is now avai...
Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 276 hits
Hotel Royal Signature penambahan terbaharu kepada suasana hospitaliti yang meriah di bandar ini dengan bangganya mengumumkan pembukaannya Terletak di tengah Bukit Bintang Kuala Lumpur yang meriah hotel ini bersedia untuk meningkatkan taraf ...
What Do We Know About Kuala Lumpur Plan 2040

What Do We Know About Kuala Lumpur Plan 2040

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 247 hits
As I write this the Draft Kuala Lumpur Local Plan 2040 is at the end of its public consultation period Many concerned citizens had a tough time making sense of how its 1 500 pages of maps and narratives affect their daily lives and their ri...
Airasia X Resumes Services To Changsha Reconnecting Kuala Lumpur With The Capital And Largest City Of Hunan Province

Airasia X Resumes Services To Changsha Reconnecting Kuala Lumpur With The Capital And Largest City Of Hunan Province

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 217 hits
AirAsia X today announced the resumption of its services between Kuala Lumpur and Changsha further solidifying the airline s commitment to expanding its presence in the Chinese market building on its recent inaugural flight to Xi an last we...
Super Junior Bakal Adakan Konsert Jelajah Asia Di Kuala Lumpur Pada Ogos Ini

Super Junior Bakal Adakan Konsert Jelajah Asia Di Kuala Lumpur Pada Ogos Ini

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 193 hits
Ada berita gembira untuk peminat SUPER JUNIOR di Malaysia Artikel Berkaitan Terbaru SUPER JUNIOR telah mengumumkan konsert jelajah asia mereka akan datang 2024 SUPER JUNIOR SUPER SHOW SPIN OFF Halftime di bandar seperti Seoul Bangkok Singap...
The Boyz Bakal Temui Peminat Di Kuala Lumpur Dengan Konsert Jelajah Dunia The Boyz World Tour Zeneration Ii

The Boyz Bakal Temui Peminat Di Kuala Lumpur Dengan Konsert Jelajah Dunia The Boyz World Tour Zeneration Ii

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 171 hits
Berita Gembira buat Deobi di Malaysia Artikel Berkaitan Pada 8 April IST Entertainment telah mengumumkan bahawa kumpulan K Pop terkenal THE BOYZ akan melakukan konsert jelajah dunia mereka THE BOYZ WORLD TOUR ZENERATION II Di mana kumpulan ...
Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 321 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Tahu tak 20 April ini seorang penyanyi dari Filipina akan mengadakan konsert World Tournya di Kuala Lumpur Penyanyi tersebut ialah Moira Dela Torre yang merupakan penyanyi terkemuka di Filipana Yang ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025