Staycation Di Flemington Hotel Taiping


Staycation Di Flemington Hotel Taiping. Lama dah rasanya tak check in mana-mana hotel.  Sibuk sangat ke? Tidaklah juga. Cuma sekarang ni lebih suka menghabiskan masa di rumah saja. Syndrom meningkat usia kot.  Lebih suka spend masa di rumah sendiri, rileks rileks sambil buat aķtiviti yang disukai.  Lagipun banyak post yang terbenam dalam draft.  Bila nak up nak kena semak semula penulisannya. Pelan-pelanlah kita kayuh.


Flemington Hotel Taiping, PerakDah jom, akak share staycation di Flemington Hotel Taiping hujung minggu baru ni.  Singgah di sini selepas menghadiri mesyuarat  pibg di sekolah Dikwan. Alang-alang dapat kebenaran pulang bermalam, kami terus che k in saja. Jimat masa!


Gambar daripada website Flemington Hotel
Kalau sebut Taiping terbayang suasana redup, tasilk, zoo, yong tau foo, kuey teau goreng dan macam-macam lagi.  Flemington Hotel ni, lokasi yang sesuai untuk menikmati semua ni.  Lokasinya berhadapan dengan Tasik Taiping memang kena dengan citarasa mereka yang ingin berehat--rehat dalam suasana yang tenang dan santai.
Bila daapt tahu, adik boleh pulang bermalam, cepat-cepatlah mak dia ni cari bilik hotel yang berdekatan.  Hotel Flemington ni selalunya akan jadi pilihan sebab lokasinya yang boleh dikatakan strategik.  Kalau musim cuti, memang susah nak dapat bilik kosong.  Tak perlu ambil masa lama nak fikir dan banding harga, terus book superior twin room dengan sarapan.  Harga masa booking RM238, booking online jer melalui Booking.com.

Inilah bilik yang kami dapat.  Silap tak minta bilik mengadap tasik tapi yang ni pun okay.  Katil single ni memang saiz sorang tidur.  Antara katil ni ada ruang kosong di kiri kanan dan bahagian tengah.  Kalau korang bawa anak-anak, boleh lah bawa toto sekali  dan hampar untuk mereka


Bilik simple saja tapi keperluan asas cukuplah.  Kalau tanya akak, yang pentng iron dan iron board kena ada.  Biasalah kan orang perempuan.  Sejadah juga disediakan



TV bukan saiz besar tapi bolehlah.  Bukan nak tengok sangat pun. Pasang tv nak bagi ada bunyi riuh dalam bilik.  Lagipun masa lebih banyak di luar


Ada peti ais kecil disediakan.   Cermin besar disebelah pintu bilik air.  

Bahagian dalam bilik air.  Sekarang ni kebanyakan hotel tak sediakan sabun dan syampoo dalam bekas kecil-kecil.  Letak sekali dalam bekas besar dan gantung di dinding, nanti refill sahaja.   Jimat ! Air panas - function !  Aircond pun sejuk


Satu tarikan bila menginap di hotel ni tentulah kolam mandi.  Di sini, kolam mandi terletak di roof top.  Ada bahagian dewasa dan kanak-kanak.  Tapi untuk kanak-kanak korang kena pastikan ada orang pantau.  Semua atas tanggungjawap sendiri yer.  Pada yang gayat macam akak ni, tak perlulah berenang-renang sampai ke tepi. Bahagian tepi tu korang boleh tengok view juga dari dalam air, kalau  korang pandai menyelamlah



Anak-anak akak semua belajar berenang dengan ayah mereka.  Ajar cara orang kampunglah, yang penting boleh apungkan diri.  Bolehlah berenang-renang dalam kolam.  Bukan cuti umum atau cuti sekolah jadi, bolehlah berlama-lama dalam kolam sebab tak ramai orang.  Waktu operasa 7 pagi - 8 malam. Pakaian yang sesuai, tidak strict sangat

Akak ambil bilik berserta dengan sarapan pagi.  Tak sempat ambil gambar di lokasi makan .  Makanan biasa seperti nasi lemak, kuey teau goreng, buah-buahan, roti ada disediakan.  Tak banyak pilihan tapi sedap-sedap juga.  Kalau korang ambil bilik tanpa sarapan dan bercadang untuk tambah kemudian pun boleh.  Harga buffet breakfast untuk dewasa RM18 seorang dan kanak-kanak RM12 seorang.  Okaylah kan

Jatuh Cinta Dengan Kehijauan Tasik TaipingKalau ke Taiping ni memang tak complete kalau tak mengelilingi Tasik Taiping.  Tak pernah jemu.  Kalau menginap di Flemington Hotel ini, ambillah peluang untuk tengok view tasik daripada roof top. Sambil-sambil bermain di kolam, jenguklah ke bawah


Pemandangan ini akak ambil daripada atas. Suasana lepas hujan nampak segar




Ambil kesempatan juga simpan gambar pemandangan di pagi hari dari tepi tasik.  Tak tahu ada berapa banyak gambar Tasik Taiping ni dalam simpanan





Kalau korang ke Taiping, bolehlah masukkan Flemington Hotel ni sebagai salah satu pilihan tempat penginapan.  Pokok-pokok besar yang masih ada di sini menjadikan tempat ni cantik untuk ootd.  

Jom ke Taiping sempena Tahun Melawat Petak 2024





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2024/05/staycation-di-flemington-hotel-taiping.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Staycation Di Riverine Hotel Suites Amverton Cove Golf And Island Resort Pulau Carey

Staycation Di Riverine Hotel Suites Amverton Cove Golf And Island Resort Pulau Carey

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 91 hits
Hujung bulan lepas staycation di Riverine Hotel Suites Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey saya ikut encik suami atas urusan kerja Encik suami bekerja kita bercuti Gitu konsepnya kaunter check in check outRuang lobby yang sanga...
Penampakan Mantan Bupati Kuansing Sukarmis Dijebloskan Ke Penjara Usai Korupsi Proyek Hotel Rp22 6 Miliar

Penampakan Mantan Bupati Kuansing Sukarmis Dijebloskan Ke Penjara Usai Korupsi Proyek Hotel Rp22 6 Miliar

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 78 hits
Sukarmis dinilai terlibat korupsi pembangunan Hotel Kuantan Singingi yang merugikan negara Rp22 6 miliar
Breakfast Di Tea Garden Sebelah Hotel Hovana

Breakfast Di Tea Garden Sebelah Hotel Hovana

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 99 hits
Assalamualaikum Hi korang dah sarapan ke tu Meh nak citer sarapan SA Sabtu lepas suami awal pagi pukul 4am dah keluar pi kerja dah memang Sabtu dia kerja half day so SA berdua dengan Dania je breakfast pagi tu kebetulan sebelah hotel ada te...
Menginap Di Swiss Garden Hotel Melaka

Menginap Di Swiss Garden Hotel Melaka

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 103 hits
Assalamualaikum WBTGELAP langit pagi ini Sesekali terdengar bunyi guruh sayup sayup Lantai di car porch pun dah lama basah dan hujan turun seolah tidak mahu berhenti Susah hati juga sebab hari ini dah RSVP Majlis Walimatulurus sepupu Sk Kak...
Trik Liburan Hemat Bisa Dapat Tiket Pesawat Dan Hotel Harga Murah

Trik Liburan Hemat Bisa Dapat Tiket Pesawat Dan Hotel Harga Murah

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 59 hits
Laporan tren perjalanan Expedia menunjukkan peningkatan harga penginapan hotel bintang tiga yang lebih terjangkau
Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Bercinta Ke Keluar Makan Malam Bersama Netizen Jumpa Kelibat Byun Wooseok Dalam Gambar Hyeri

Pet Expo Midvalley 2024

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins

Perbedaan Kartu Kredit Dan Kartu Debit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


A First Date With Onew At Guess Onew Fanmeeting 2024

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Onew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024

Hentikan Kerja Gila Hiburan Ekstrim Lihat K Tan

Late Lunch

Breathe Easy Indoors Exploring Air Conditioner Installation