Salam Aidilfitri 1446 Hijrah 2025 Masihi


Assalamualaikum…
Alhamdulillah… Syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu Bulan Syawal 1446 Hijrah pada tahun 2025 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadan . Seluruh  Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawal pada hari Rabu kelmarin iaitu pada 31 Mac 2025 seperti yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1446 Hijrah pada hari Ahad yang lepas ( 30 Mac 2025 ) . 
Ketika artikel ini ditulis..Semua umat Islam sudah menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang ke 7, yang bermakna sudah seminggu la kita semua beraya ..

Maksud Hari Raya Aidil Fitri Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah yang juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.
Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, merupakan hari raya bagi kesucian manusia.
Ia juga disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita dan kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia khususnya.
Umat Islam seharusnya menyambut hari raya ini dengan memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT di samping memenuhi masjid-masjid pada malam dan pagi hari raya dengan memuji Allah SWT dan bermaaf-maafan mengakui salah silap dan kelemahan diri.
Selain itu, mereka juga dituntut menziarahi bagi meraikan golongan fakir miskin dan muallaf pada hari tersebut.
Sejarah Hari Raya Aidilfitri Sebelum ajaran Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di kota Mekah, masyarakat Arab Jahiliyah memiliki dua hari raya, iaitu perayaan Nairuz dan Mahrajan. Kedua-dua perayaan ini merupakan tradisi yang berasal dari zaman Persia Kuno. Kaum Arab Jahiliyah menyambut perayaan itu dengan tarian iaitu tarian perang dan ketangkasan selain menyanyi di samping dijamu dengan makanan enak dan minuman memabukkan. Pada zaman itu setiap kaum mempunyai hari raya masing-masing.
Setelah turunnya kewajiban untuk menunaikan ibadah puasa Ramadan pada tahun 2 Hijrah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengganti kedua hari raya itu dengan hari raya yang lebih baik, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” (Hadis Riwayat Daud dan Nasai)
Hari Raya Aidilfitri pertama kalinya dirayakan umat Islam selepas Perang Badar pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan walau 319 orang tentera Muslimin menentang 1,000 pasukan kafir Quraisy. Pada tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat merayakan dua kemenangan iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menewaskan hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.
Antara amalan para sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu di hari raya ialah mereka mengucapkan: “taqabbalallahu minna wa minka,” merujuk kepada Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Baari.
Lalu bagaimana jawapan untuk ucapan taqabbalallahu minna wa minkum?
Dalam riwayat sahabat dan salaful salih, jawapan bagi taqabbalallahu minna wa minkum adalah dengan doa yang sama iaitu taqabbalallahu minna wa minkum juga.
Penentuan Hari Raya Aidilfitri Hari raya ini ditentukan melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan).
Rukyah atau melihat anak bulan pada petang 29hb hijrah bagi menentukan sama ada keesokan harinya 30hb atau 1hb.
Jika anak bulan kelihatan di ufuk selepas matahari terbenam maka keesokan harinya dikira awal bulan baharu tetapi sekiranya tidak kelihatan maka bulan tersebut digenapkan menjadi 30hb.
Di Malaysia dan negara MABIMS, sekiranya anak bulan tidak kelihatan berdasarkan kaedah rukyah maka kaedah Imkanul Rukyah akan digunakan bagi menentukan keesokan harinya 30 hb atau 1 hb.
Kaedah Imkanul Rukyah adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:
Umur anak bulan melebihi 8 jam ijtimak (bumi, bulan dan matahari berada segarisan). Ketinggian anak bulan di ufuk selepas matahari terbenam sekurangnya 2 darjah. Jarak Lengkung di antara pusat matahari dengan pusat bulan sekurang kurangnya 3 darjah. Sekiranya anak bulan pada petang 29hb memenuhi kriteria Imkanul Rukyah maka keesokan harinya dikira sebagai awal bulan baru dan bulan tersebut menjadi 29 hb sahaja. Adab Pada Hari Raya Antara adab-adab pada hari raya ialah:
Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya iaitu Ibn Umar dan Ali bin Abi Thalib dan lain-lain. Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat. Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain. Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Selepas matahari terbit, makruh bagi imam bersolat sunat sebelum solat hari raya, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya. Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi Pada kesempatan ini , Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1446 Hijrah kepada semua rakan-rakan bloggger dan tidak lupa juga kepada pembaca setia blog ini . Pada tahun ini beraya di Sungai Rambai , Melaka bersama anak dan isteri serta mertua . Aktiviti pada hari raya pertama sama juga seperti tahun-tahun yang lepas iaitu membuat persiapan memakai baju melayu yang baru serta kemas dan sembahyang raya dan takbir raya di Surau Al-Ekhsaniah , Taman Sri Rambai , Sungai Rambai , Melaka . Aktiviti menikmati juadah paling wajib semasa sambutan hari raya iaitu ketupat , rendang , sambal kacang dan lodeh bersama-sama keluarga . Kemudian sesi bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga dan berehat sebentar untuk ” recharge ” tenaga  .
Akhir kata , Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin kepada semua kenalan terutama kepada rakan-rakan blogger dan para pembaca setia blog wanzawawi.net . Halalkan makan dan minum dan saya ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf dan ampun jika ada tersilap atau terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja selama kita berkenalan di dalam dunia blogging ini . Kepada rakan-rakan yang tidak dapat pulang ke kampung halaman , jangan bersedih ok…gunakan teknologi yang ada untuk berhubung dengan keluarga tersayang .
Sumber artikel : https://canselori.umt.edu.my/pengertian-hari-kemenangan-hari-raya-aidilfitri/
Sumber poster : https://studentportal.my/poster-selamat-hari-raya-aidilfitri/
The post Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wanzawawi.net/2025/04/salam-aidilfitri-1446-hijrah-2025-masihi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Aidilfitri 2025

Salam Aidilfitri 2025

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 121 hits
EID MUBARAK SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI TO ALL MINAL AIDIN WAL FAIDZIN Wish you all a happy and peaceful Eid Ul Fitr and may ALLAH bless and reward all of you with the blessings of Heaven from home to home and heart to heart from one plac...
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Tema Persembahan Kemudahan

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Tema Persembahan Kemudahan

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 134 hits
Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 5 April 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ayer Keroh Majlis ini dijadualkan berlangsung dari 10 00 pagi hingga...
Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 238 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan Negeri Terengganu secara rasmi mengumumkan bahawa Ahad 30 Mac 2025 akan diisytiharkan sebagai Cuti Kelepasan Am Sempena Pengumuman ini telah dimaklumkan sendiri oleh YAB Menteri Besar Terengganu Dato Seri Dr Ahmad ...
Raya Aidilfitri 2025

Raya Aidilfitri 2025

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 195 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 Alhamdulillah kita dipanjangkan usia diberikan kesihatan untuk mmut Ramadan nak meraikan syawal Korang raya mana tahun ni Tahun ni Ainul raya di Perak sebelah Ainul yeahh Last sekali raya di Perak pada 2022...
Aduan Kes Pinjam Along Meningkat Menjelang Aidilfitri Sinar Harian 30 03 2025

Aduan Kes Pinjam Along Meningkat Menjelang Aidilfitri Sinar Harian 30 03 2025

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR Aduan peminjam yang terjebak dengan along meningkat lebih 60 peratus menjelang Aidilfitri tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu Presiden Gabungan Muafakat Perpaduan S Hassan Kuthoos Syed Ahamed Kaberr berkata statistik it...
Aidilfitri 2025 Pm Anwar Bangga Pencapaian Turunkan Harga Barang

Aidilfitri 2025 Pm Anwar Bangga Pencapaian Turunkan Harga Barang

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 132 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan tinjauan dan merasmikan Kempen Turun Harga dan Peletakan Logo Malaysia MADANI di Pasaraya MYDIN di Subang pada 27 Mac 2025 Foto Wong ChenSUBANG 27 Mar Datuk Seri Anwar Ibrahim menzah...
Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 166 hits
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Jangan lepaskan peluang memeriahkan Sambutan Aidilfitri berkumpul dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Bersama Perdana Menteri bagi peringkat negeri Selangor Pelbagai aktiviti menarik menanti a...
Diskaun Tol 50 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

Diskaun Tol 50 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 150 hits
Diskaun Tol 50 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 Berita baik untuk semua rakyat Malaysia Pemberian diskaun tol selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 Diharapkan pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan pelu...
Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

12 Taman Taman Negara Di Sarawak

Acha Septriasa Tolak Tawaran Filem Sheriff Kerana Komitmen Qodrat 2

Tak Sangka Ini Yang Terjadi