Saatnya Belia Memimpin


Tatkala ramai menyebut belia sebagai “pelapis”, saya mula terfikir: bilakah masa yang sesuai untuk pelapis ini benar-benar diberi kepercayaan untuk memimpin?
Realitinya, generasi muda hari ini sudah pun menjejak ke medan. Mereka tidak lagi menunggu giliran, tetapi mencipta laluan. Pelbagai ruang dan platform wujud hari ini bukan sekadar untuk mendengar suara anak muda, tetapi untuk menyaksikan mereka bertindak dan menyumbang secara langsung dalam masyarakat.
Salah satu detik penting dalam dunia pembangunan belia negara ialah pelarasan had umur. Bermula 1 Januari 2026, had umur belia di Malaysia akan ditetapkan kepada 30 tahun ke bawah. Langkah ini bukan satu kejutan, kerana kita pernah melalui fasa peralihan yang serupa sebelum ini. Sekitar awal 2000-an, semasa Datuk Seri Azalina Othman Said menerajui Kementerian Belia dan Sukan, had umur belia telah direndahkan daripada 60 tahun ke 40 tahun. Tindakan ini dibuat bagi menyelaraskan definisi belia dengan norma global serta meningkatkan keberkesanan dasar pembangunan belia negara.
Perubahan ini bukan sekadar bersifat teknikal. Ia mencerminkan satu transformasi besar ; bahawa belia bukan sahaja perlu dipersiapkan lebih awal, tetapi juga diberikan tanggungjawab lebih besar pada usia yang lebih muda.
Sejarah Gerakan Belia: Daripada Jalanan ke Jabatan
Jika kita menelusuri sejarah gerakan belia di Malaysia, kita akan temui naratif yang sarat dengan semangat perjuangan. Sejak sebelum merdeka, anak-anak muda telah menyumbang dalam gerakan kebangsaan, sama ada melalui suara, tenaga mahupun tindakan. Selepas kemerdekaan, institusi seperti Majlis Belia Malaysia (MBM) mula memainkan peranan sebagai suara kolektif belia, menjadi jambatan antara golongan muda dengan pembuat dasar.
Persatuan belia di peringkat negeri dan daerah juga tumbuh subur—menjadi medan bakti, ruang latihan dan kadangkala, sekolah kepimpinan tidak rasmi yang melahirkan ramai tokoh negara. Daripada program khidmat masyarakat hingga penglibatan dalam dasar kenegaraan, gerakan belia membuktikan bahawa mereka bukan kelompok picisan, tetapi komponen penting dalam pembinaan negara bangsa.
Islam dan Jati Diri Pemuda
Dalam Islam, usia muda adalah tempoh paling strategik dalam kehidupan. Bukan kerana tenaganya semata-mata, tetapi kerana keberanian dan kemurnian idealismenya. Kisah Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-Quran merupakan simbol bahawa pemuda yang berpegang kepada prinsip mampu menggoncang sejarah. Malah, ramai sahabat Nabi SAW seperti Usamah bin Zaid dan Mus’ab bin Umair diangkat menjadi pemimpin pada usia muda ; kerana mereka memiliki jati diri yang mantap, bukan semata-mata usia yang matang.
Jati diri belia Islam dibina di atas tiga tiang utama iaitu iman, ilmu dan amanah. Ia menuntut lebih daripada semangat. Ia memerlukan kefahaman terhadap matlamat hidup, kecintaan kepada masyarakat, dan keupayaan membuat keputusan dengan hikmah. Dalam konteks Malaysia, jati diri ini perlu diterjemahkan kepada semangat patriotisme, kesatuan bangsa, dan tanggungjawab sosial.
Antara Harapan dan Realiti
Kita hidup dalam zaman yang meletakkan segala-galanya di hujung jari. Akses kepada maklumat, perdebatan terbuka dan peluang pembelajaran melimpah ruah. Namun, kita juga hidup dalam zaman yang menyesatkan ramai jiwa muda ; terlalu banyak suara, terlalu sedikit panduan.
Di sinilah pentingnya ekosistem pembangunan belia yang menyeluruh. Bukan hanya memberi latihan teknikal, tetapi menyuntik nilai dan kesedaran. Bukan sekadar membuka peluang ekonomi, tetapi memupuk kesediaan moral dan mental. Negara mesti menyokong usaha belia yang ingin memimpin, bukan memandang mereka dengan prejudis atau sinis.
Penutup: Bila Belia Menjadi Pemula
Sudah tiba masanya kita buang naratif “belia sebagai pelapis”. Pelapis hanya menunggu untuk menggantikan, sedangkan pemula mencipta ruang, memulakan perubahan dan melakar sejarah.
Belia hari ini telah menunjukkan mereka mampu memimpin. Yang perlu ialah kepercayaan, bimbingan dan medan untuk beraksi.
Kerana belia bukan lagi harapan masa depan. Mereka adalah kunci masa kini.
“Sesungguhnya mereka itu pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.”
— Surah Al-Kahfi, ayat 13
“Beri aku sepuluh orang pemuda, nescaya akan ku goncang dunia.”
— Soekarno, Presiden Pertama Indonesia
Penulis :
Jamal Rafaie | Pengerusi Kelab Belia Permata Seberang Takir



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jamalrafaie.com/2025/05/saatnya-belia-memimpin-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Had Umur Belia Jangan Diputuskan Dahan Sebelum Ranting Mampu Berteduh

Had Umur Belia Jangan Diputuskan Dahan Sebelum Ranting Mampu Berteduh

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 121 hits
Oleh Tc Sivanesan Tamil Selvam Exco Majlis Belia Malaysia Sebagai seorang Exco Majlis Belia Malaysia dan aktivis yang telah menghabiskan lebih satu dekad dalam bidang pembangunan belia saya menulis artikel ini dengan hati yang berat tetapi ...
Pelan Pembangunan Belia Desa Dirangka Perkukuh Kemahiran Celik Digital

Pelan Pembangunan Belia Desa Dirangka Perkukuh Kemahiran Celik Digital

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 76 hits
Zahid Hamidi menyampaikan Watikah Pertubuhan Belia Desa KEDA kepada penerima pada Majlis Perhimpunan Bulan Mei KKDW di Putrajaya pada 8 Mei 2025 Foto Faiz Alif ZubirPUTRAJAYA 8 Mei Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu satu pelan pembanguna...
Hari Belia Negara 2025 Tema Sambutan Dan Majlis Perasmian

Hari Belia Negara 2025 Tema Sambutan Dan Majlis Perasmian

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 92 hits
Hari Belia Negara 2025 kini kembali lagi Hari istimewa yang disambut 15 Mei setiap tahun ini merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara Penganjuran HBS pada tahun ini dijangka mampu memperku...
Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Filem Gayong

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Makan Di Gerai Tip Top Ikan Bakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tiga Jenis Daun Ketum

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Mengurus Emosi Melalui 10 Surah Terakhir

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens