Puad Kenapa Pas Tiada Pun Sebut Umno Berkudis


harakahdaily.net
October 17, 2024
Ahmad Fadhli dan Mohd Puad
KUALA LUMPUR: Tiada pihak dari PAS yang menyebut Umno ‘berkudis’ apabila adik Presiden Umno, Datuk Abdul Hakim Hamidi, menyertai PAS, kerana ia hanya satu pengumuman biasa tanpa majlis besar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi pula kelihatan tergesa-gesa menafikan ‘berkudisnya’ Umno, walaupun isu itu tidak dibangkitkan secara serius oleh pihak lain.

“Kenapa Datuk Mohd Puad Zarkashi kalut sangat menafikan ‘berkudisnya’ Umno bila Datuk Abdul Hakim Hamidi sertai PAS? Biarkan sahajalah.

“Atau Datuk nak kata individu ini sebelum ini jadi ‘kudis’ kepada Umno? Jika sebelum ini ia ‘kudis’ di dalam Umno, sempatkah kudis itu berjangkit?

“Jika ia berjangkit, adakah kepada keluarga terdekat dahulu?” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya, hari ini.

Terdahulu Puad dilaporkan media tempatan berkata, tindakan adik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi iaitu, Abdul Hakim menyertai PAS tidak menjadi ‘kudis’ kepada parti Melayu itu.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berpendapat bahawa keluar masuk parti adalah perkara biasa dan tidak perlu mengaitkan isu itu dengan metafora yang mengelirukan.

Kenyataan Puad katanya, menimbulkan tanda tanya apabila beliau kelihatan tergesa-gesa memberikan reaksi, sedangkan pimpinan tertinggi Umno yang lain dilihat tenang dan tidak memberi respons segera.

“Bahkan siap membuat perbandingan cerita keluar masuk parti dengan individu-individu lain. Memanglah keluar masuk parti perkara biasa. Yang keluar PAS kemudian masuk balik PAS pun ada.

“Yang keluar Umno tak kembali semula kepada Umno pun ramai, bahkan daripada senarai Presiden Umno, berapa ramaikah di kalangan mereka yang meninggal dunia di luar Umno?

“Jadi tak payahlah ‘mengkudiskan’ sesiapa. Senyap dan buat kerja. Boleh jadi itulah modul pembelajaran yang dipelajari oleh Datuk di sekolah perkaderan di China,” katanya. 
– HARAKAHDAILY 17/10/2024

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/puad-kenapa-pas-tiada-pun-sebut-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adik Presiden Umno Zahid Hamidi Sertai Pas

Adik Presiden Umno Zahid Hamidi Sertai Pas

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 67 hits
nbsp Malaysiakini nbsp Adik kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi menyertai PAS hari ini selepas menyerahkan borang keahlian kepada presiden parti itu Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur Penyertaan Abdul Hakim...
Umno Vs Pas

Umno Vs Pas

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 39 hits
Che Ibrahim Dulu dulu baloh UMNO vs Pas sehingga heret ke isu agama akibat fahaman politik suku agama suku dan perjuangan asobiah yang dianggap bercanggah dengan Islam Mana mana masjid surau yg dikuasai oleh Pas jangan harap orang UMNO nak ...
Pas Won T Force Non Muslims To Change Lifestyle If Pn Rules Selangor Says Leader

Pas Won T Force Non Muslims To Change Lifestyle If Pn Rules Selangor Says Leader

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 128 hits
A PAS leader today assured non Muslims in Selangor that they have nothing to fear in the event Perikatan Nasional gets to govern the state Selangor PAS chief Ab Halim Tamuri said they always respect the rights of non Muslims and would never...
2 Perkara Islam Pilihan Pas Tahniah Mb Johor

2 Perkara Islam Pilihan Pas Tahniah Mb Johor

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 141 hits
1 Islam Wasatiyyah Pilihan PAS Tidak Liberal dan Tidak Ekstrem DALAM usaha mengembalikan semula umat kepada kefahaman Islam mengikut landasan yang dibawa oleh Rasulullah SAW setelah ketinggalan zaman disebabkan oleh penjajahan dan kelekaan ...
Gempak Pengakuan Mengejutkan Dari Pas Ahli Pas Dan Ahli Gisbh Apa Yan

Gempak Pengakuan Mengejutkan Dari Pas Ahli Pas Dan Ahli Gisbh Apa Yan

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 48 hits
Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari menegaskan bahawa tiada ahli mahu pun pemimpin parti itu yang terlibat dalam Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata ada beberapa individu yang dikesan terlibat dengan ...
Sempat Presiden Pas Menulis Catatan Kenagan Al Hamdulillah

Sempat Presiden Pas Menulis Catatan Kenagan Al Hamdulillah

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 131 hits
1 Al Syahid Hassan Nasrallah Yang Ku Kenali Presiden PAS SAYA mengenali mazhab Syiah ketika belajar di Universiti Islam Madinah al Munawwarah pada tahun 1969 hingga 1973 Salah satu daripada pengajian yang saya belajar adalah untuk mengenal ...
Pemimpin Pas Akui Hubungan Pas Bersatu Hambar Perlu Kefahaman Lebih Erat

Pemimpin Pas Akui Hubungan Pas Bersatu Hambar Perlu Kefahaman Lebih Erat

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 81 hits
Dakwaan hubungan PAS Bersatu hambar Dr Sam akui keduanya perlu kefahaman lebih eratFMT ReportersNaib Presiden PAS Ahmad Samsuri Moktar berkata setakat ini tiada perkara serius boleh menjejaskan kerjasama parti komponen dalam PN Naib Preside...
Samsuri Downplays Talk Of Pas Bersatu Tensions After Mahkota Defeat

Samsuri Downplays Talk Of Pas Bersatu Tensions After Mahkota Defeat

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 85 hits
Pas vice president Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar has downplayed speculation of strained relations between Pas and Bersatu following Perikatan Nasional s defeat in the Mahkota by election last Saturday Samsuri who is also the Terenggan...
What S New In Android 15 Plus More Updates

Penginapan Selesa Di Bhava Residence Hatyai Hotel

Doa Ketika Angin Kencang Dan Hujan Lebat

Dampak Mengutamakan Dunia Kehidupan Fana Vs Keabadian Akhirat

3 Cara Tukar Nama Motor Online Jpj Dan Agensi

Certot Cicak

The Changcuters Karunia Semesta Chord

Joseph Clem Sebana Tua Apai Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober


Stres Kuasai Wanita Namun Lelaki Lebih Tenang Betul Ke

Jasa Bersih Rumah Pontianak Solusi Praktis Untuk Rumah Bersih Dan Nyaman

Rutin Pagi

Nasib Baik Masih Belum Jadi

Aliff Aziz Ruhainies Dibicara Kes Khalwat Februari Tahun Depan

Reka Bentuk Kotak T Shirt Yang Memukau Cipta Impak Visual Maksimum