Proton Saga 2025 Baharu Rekaan Lebih Moden Teknologi Canggih Ketahui Perinciannya
Proton sedang giat membangunkan model Proton Saga baharu dengan kerjasama Geely, yang dijangka dilancarkan pada tahun 2025.
Pembangunan ini dipercepatkan melalui Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Proton yang baru dibuka di Teluk Hangzhou, China, pada April lalu. Projek ini diketuai oleh jurutera R&D dari Malaysia dan masih berasaskan platform sedia ada.
Proton Saga facelift 2025 dengan ADAS system
Kali ini kelihatan jelas Proton Saga 2025 akan dilengkapi dengan ADAS system dengan kehadiran kamera AEB di cermin hadapan.
Perubahan juga dapat dilihat di bumper hadapan dengan rekaan grill lebih besar seperti Proton S70.
Sekali pandang macam grill Peugeot 408.
Selain itu, floating touchscreen juga kelihatan lebih besar
Harap2 la Proton Saga 2025 ini dilengkapi dengan ciri-ciri ADAS seperti :
- Forward Collision Warning (FCW)
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Keep Assist (LKA)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Banyak betul demand kan..
Berangan tak salah, bukan kena bayar pun.. 😅
📷 Johnny Tan.
Menariknya, terdapat khabar angin bahawa Proton Saga MC3 (Minor Change 3) facelift akan diperkenalkan menjelang akhir 2025, dengan pilihan enjin petrol dan juga versi kenderaan elektrik (EV). Model ini dikatakan akan ditawarkan dalam varian sedan dan hatchback, menandakan langkah signifikan Proton dalam memperluaskan penawaran produknya.
Selain itu, Proton akan memulakan pemasangan tempatan bagi model Proton Saga di Mesir mulai Disember ini. Rancangan pengeluaran bagi kilang pemasangan ini adalah sebanyak 16,000 unit antara tahun ini hingga 2026, dengan anggaran nilai sebanyak RM570 juta. Langkah ini menjadikan Mesir sebagai hab utama Proton di rantau tersebut, selaras dengan usaha syarikat untuk menerokai pasaran baharu.
Dengan perkembangan ini, Proton menunjukkan komitmen dalam memperkukuhkan kehadirannya di peringkat global serta menawarkan pilihan kenderaan yang lebih pelbagai kepada pengguna.
MORE feed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://adsenseephoto.blogspot.com/2025/01/proton-saga-2025-baharu-rekaan-lebih.html