Ppobm Award Grand Dinner 2023 Rai Oku Penglihatan


PPOBM AWARD AND GRAND DINNER 2023, RAI OKU PENGLIHATAN | Assalammualaikum semua. Ruby ingin kongsikan dengan anda tentang acara amal yang bakal diadakan pada 22 Februari 2023 jam 8 malam hingga 11 malam di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor

Acara amal ini bukan sahaja mengumpulkan dana bagi membantu Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM), malah ia juga acara berprestij yang bakal meraikan OKU Penglihatan yang cemerlang di pelbagai peringkat usia dari murid sekolah rendah, sekolah menengah, atlit yang mengharumkan nama negara dan dermawan sekalian. 
PPOBM AWARD AND GRAND DINNER 2023, RAI OKU PENGLIHATAN

Acara: PPOBM AWARD AND GRAND DINNER 2023Tarikh: 22 Februari 2023 Hari: RabuMasa: 8 malam hingga 11 malamLokasi: Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.

Setiap insan yang lahir ke dunia ini ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing kerana kita bukan sempurna. Namun kejayaan dalam kehidupan bukan bergantung kepada sempurna atau tidak dari lahiriah seseorang itu. 
Sebaliknya, ia lebih kepada peribadi atau sikap individu itu sendiri, bagaimana dia mahu memajukan diri dalam kehidupan. Biarpun 24 jam menjalani kehidupan tanpa cahaya dan melalui pelbagai kesukaran berbanding mereka yang sempurna penglihatan, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan tetap gigih mencari nafkah bagi menyara kehidupan keluarga. 
Tidak dinafikan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada golongan tersebut tidak banyak dan jika ada jumlahnya amatlah terhad, tiada istilah 'pilihan' kepada mereka. 
Walau bagaimanapun, ramai golongan yang cacat penglihatan ini berjaya mengharungi kesulitan hidup dan menjadi inspirasi kepada mereka yang senasib agar tidak kalah dengan cabaran. 
Ada yang menjadi usahawan berjaya, ada yang mencatat sejarah dalam arena sukan dan ada yang mencipta sejarah dalam pengajian. Semua ini merupakan pencapaian yang sangat menakjubkan. 
Justeru, Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) berhasrat meraikan dan menghargai usaha golongan yang terpilih ini agar masyarakat Malaysia mengiktiraf kejayaan mereka dan memberi peluang kepada golongan tersebut menjadi sebahagian daripada kebanggaan negara. 

Ia juga bertujuan memberikan inspirasi kepada golongan muda OKU Penglihatan agar tidak sekadar menunggu bantuan bahkan mencipta sendiri peluang kejayaan. 
PPOBM adalah sebuah organisasi yang bergerak aktif dalam bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sukan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan. 
Bagi memastikan PPOBM mampu membantu OKU Penglihatan secara berterusan, prganisasi tersebut berusaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos operasi PPOBM dan menjalankan program bantuan serta kebajikan kepada ahli PPOBM. 
Tujuan mengumpul dana adalah untuk kegunaan proses penerbitan bahan bacaan Braille untuk kegunaan OKU Penglihatan dan membina jaringan kenalan baharu buat semua penderma dan penaja

Untuk mencapai objektif tersebut PPOBM berusaha mengadakan majlis makan malam dan Anugerah PPOBM bagi meraikan golongan OKU Penglihatan yang mencipta kejayaan walaupun dilanda ujian yang luar biasa dan usaha ini dibantu oleh rakan kolaborasi utama seperti OilyLicious Healthcare Sdn Bhd dan Moment Learning Management serta beberapa rakan kolaborasi yang lain. 


Puan Norhidawati Abd Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Teacher Watie merupakan Pengasas, OilyLicious Healthcare Sdn Bhd dan Young Living Malaysia (YLMY) First Royal Crown Diamond

Menurut beliau, “Latar belakang sebagai guru di Genius Baby On Board (GBOB) sejak 2010 memberi saya peluang untuk mendidik anak-anak istimewa agar menormalisasikan diri mereka dalam kehidupan harian seperti insan normal yang lain. Terima kehidupan istimewa itu dan bersama-sama menjadi masyarakat Malaysia yang harmoni. 
Melalui inisiatif sendiri, saya melatih anak-anak istimewa pada awal perkembangan kanak-kanak. Anak-anak istimewa lebih terbuka untuk belajar dan ibu bapa bersedia menerima kekurangan anak-anak ini. Apabila saya dapat membantu anak-anak Autism, Dyslexia hidup dalam kehidupan normal dan disayangi serta diterima ahli keluarga dan masyarakat. Ia adalah pengalaman yang amat bermakna

Saya juga mempunyai seorang anak istimewa. Sekarang sudah berusia 12 tahun. Alhamdulillah. OKU ni bukan kita minta, malah tiada siapa yang menginginkan. Ia merupakan ujian terbesar dari Allah s.w.t untuk kejayaan saya pada hari ini. 
Sepanjang hamil, tiada tanda apa-apa. Namun, apabila lahir, baru saya tahu anak saya istimewa. Anak OKU dengan nisbah 1/32 ribu bayi alami keadaan tersebut. Saya redha dan disinilah bermula mengenali Young Living Essential Oil. Sekitar tahun 2014, saya sertai YL dan berkongsi manfaat bersama ibu bapa lain yang mempunyai anak istimewa. 
Mungkin inilah asbab utama saya menyertai YL. Sebab anak saya dan saya faham bagaimana untuk merapatkan siratulrahim kekeluargaan dengan menggunakan YL. Jangan stress stress. Rileks dan Redha. 
Saya dapat membantu anak istimewa dan ibu bapa anak istimewa tenang dengan Essential Oil. Dalam hidup ini bukan tentang kita sahaja, ia berkenaan siapa lagi kita perlu bantu

Saya mengharapkan sumbangan saya kepada PPOBM Award & Grand Dinner 2023 ini sampai kepada organisasi yang tepat. Agar dapat membantu OKU Penglihatan dan memberi inspirasi. Semoga ia diberkati oleh Allah s.w.t.”
Teacher Wati merupakan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Ikuti Teacher Wati di Instagram beliau. Teacher Watie Royal Crown Diamond



Encik Shukri Shuhaimee selaku Pengarah Program berkata, “PPOBM Award & Grand Dinner 2023 telah dirancang sejak 2018. Namun ia tergendala kerana Pandemik Covid-19 menimpa seluruh dunia. Tahun 2023 adalah tahun paling sesuai untuk kami melancarkan acara ini dengan jayanya. 
Pada malam tersebut, kami akan meraikan OKU Penglihatan bersama tetamu kehormat. Malah ada persembahan dari penyanyi kegemaran OKU Penglihatan iaitu Hafiz Suip dan Adira Suhaimi. Selain dari persembahan dua penyanyi popular, persembahan dari PPOBM juga turut diadakan. 
Program ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana dan ingin masyarakat tahu kewujudan PPOBM. PPOBM sentiasa ingin membantu OKU Penglihatan walau di mana mereka berada. Semoga dengan cara ini, ramai tampil memberi sumbangan dengan membeli pakej yang kami sediakan

Selain dari berhibur, kami juga akan memberi penganugerahan kepada OKU Penglihatan. Sebanyak 7 anugerah akan diberikan. Ia terdiri dari Anugerah OKU Cemerlang dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, atlit yang mewakili negara, sukarelawan yang menderma dan pencapaian lain. Hadiah yang bakal diterima adalah Trofi Braille. Buku Braille. Wang Tunai RM 1000. 
Semoga acara ini memberi semangat kepada OKU Penglihatan untuk terus berusaha terus cemerlang. Setiap sumbangan yang diberikan dari hasil PPOBM Award & Grand Dinner 2023 akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Semoga acara ini diberkati. Untuk butiran acara boleh baca di sini https://qrco.de/bdgpIm” 


Menurut Encik Muhammad Huzaifah, Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) , “Setelah menamatkan pengajian di Tokyo, Jepun. Saya mula tertanya-tanya tentang bacaan dalam Braille untuk OKU Penglihatan. Bahan bacaan sangat terhad. Hanya beberapa naskah sahaja yang ada, itu pun banyak yang sudah tidak dalam kondisi baik. 
Saya juga bersekolah Pendidikan Khas semasa di Sekolah Kebangsaan. Hanya buku teks mengikut subjek sahaja ada dalam Braille. OKU Penglihatan tercicir dari segi pendidikan kerana kekurangan bahan bacaan Braille. Kos untuk menghasilkannya sangat tinggi. Di Tokyo, buku bacaan Braille diperluaskan sejak kanak-kanak. Di Malaysia, buku tersebut sangat kurang. 
Untuk mahir membaca Braille, OKU Penglihatan perlu selalu belajar Braille, agar sensitiviti jari lancar. Apabila kita mahu berjaya dalam sesuatu bidang, kita memulakan dengan banyakkan bahan bacaan. Rasulullah s.a.w juga menerima wahyu dari Malaikat Jibril a.s

Sewaktu Baginda Rasulullah s.a.w di dalam Gua Hira' maka datang kepadanya Malaikat Jibril a.s, lalu ia berkata: “Iqra'! (Bacalah)”. 
OKU Penglihatan juga terkesan semasa pandemik Covid-19, kami di PPOBM bantu meringankan beban mereka dengan menghantar sumbangan seperti barangan dapur. Semasa PKP juga, kami menyediakan insentif membantu membayar bil bulanan mereka.  
Ramai OKU Penglihatan yang kehilangan sumber pendapatan memandagkan pekerjaan yang mereka lakukan perlu keluar dan bertemu orang. Di antara pekerjaan OKU Penglihatan di Malaysia adalah sebagai tukang urut dan terapi. Ada juga bekerja sebagai Operator Panggilan. Namun, peluang pekerjaan ini semakin berkurang kerana telah digantikan oleh mesin automatik menjawab panggilan. 
Saya harap, ramai pihak menyertai PPOBM Award & Grand Dinner 2023 agar dapat membantu kami mengumpul dana untuk komuniti OKU Penglihatan seluruh Malaysia.”
Encik Mohammad Huzaifah merupakan Setiausaha Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Pulau Pinang yang ditubuhkan sejak 2003. Selepas Pengerusi sebelum ini meninggal dunia, Encik Mohammad Huzaifah menyandang jawatan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Orang Malaysia sehingga sekarang. 
HASIL PENGUMPULAN DANA ADALAH UNTUK PEMBANGUNAN GOLONGAN OKU PENGLIHATAN DI MALAYSIA
Dari kutipan dana yang anda semua berikan, ia akan dimanfaatkan dalam banyak perkara. 
1. PENUBUHAN PUSAT PERCETAKAN BRAILLE HOUSE
Wujudkan Braille House iaitu pusat percetakan buku bagi menambah pilihan bahan bacaan. Di Malaysia, PTS memberi kebenaran kepada PPOBM mencetak buku dalam bentuk Braille. Manakala di dunia, The Marrakesh Treaty telah dibincangkan. 
Perjanjian Marrakesh ialah satu set peraturan yang dicadangkan yang direka oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia, bahagian PBB yang membantu mengurangkan isu IP rentas sempadan. 
Marrakesh akan membuat pengecualian kepada undang-undang hak cipta, membenarkan pengeluaran semula karya dalam format yang boleh diakses seperti Braille, audio atau e-buku, dan melonggarkan sekatan untuk menghantar karya tersebut di antara negara. Alhamdulillah


2. PELUANG UPGRADING SKILL OKU PENGLIHATAN YANG CEMERLANG DALAM PENDIDIKAN ATAU KEMAHIRAN
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) mengambil pendekatan ‘penambah-baikkan berterusan’ ataupun ‘continous improvement’ bagi memastikan posisi komuniti OKU Penglihatan adalah selari dengan kemajuan pengetahuan, sosial dan ekonomi

3. SUMBANGAN PEK RAMADAN, BANTUAN MAKANAN, BANTUAN KEWANGAN KEPADA OKU PENGLIHATAN DI SELURUH MALAYSIA
PPOBM juga menghulurkan bantuan dengan memberi produk bahan-bahan dapur kepada OKU Penglihatan. Selain itu, mereka turut membawa OKU Penglihatan ke Majlis Berbuka Puasa dan acara istimewa

4. AKTIVITI RIADAH BERSAMA OKU PENGLIHATAN
OKU Penglihatan juga ada keinginan untuk melakukan aktiviti lasak. Sebelum Pandemic Covid-19, beberapa aktiviti telah dilakukan seperti White Water Rafting dan Meneroka Gua. Seramai 30 orang OKU Penglihatan menyertai aktiviti ini di Gopeng, Perak

Pada tahun 2018 Jelajah Tandem Bike turut diadakan. Bahagian hadapan yang mengayuh adalah orang normal yang boleh melihat dan di belakang adalah OKU Penglihatan. Mereka akan kayuh bersama-sama. PPOBM merancang untuk ingin mengadakan kayuhan Merdeka 2023. Laluan bermula dari Utara ke Kuala Lumpur. 
5. MENYOKONG ATLIT OKU PENGLIHATAN
Di dalam sukan juga terdapat penyertaan OKU Penglihatan. PPOBM akan menyokong dan membantu untuk mereka terus berjaya sehingga ke persada antarabangsa. 
PERSEMBAHAN ISTIMEWA HAFIZ SUIP DAN ADIRA SUHAIMI
Majlis tersebut akan diadakan pada 22 Februari 2023, 8 malam, di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor. Tetamu bakal dihiburkan oleh penyanyi Hafiz Suip dan Adira Suhaimi. Bagi syarikat atau individu yang ingin memeriahkan majlis tersebut sambil menderma


DIANTARA PEMBANGUNAN YANG BERJAYA DILAKSANAKAN OLEH PPOBM
LABEL UBAT MESRA OKU PENGLIHATAN
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata usaha Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan inisiatif baharu iaitu 'Label Ubat Mesra OKU Penglihatan' yang dicetak dalam tulisan Braille adalah bagi memudahkan orang kurang upaya (OKU) Penglihatan mendapat maklumat tepat mengenai ubat dan preskripsi ke atasnya


Buat permulaan, inisiatif ini akan dilaksanakan di 250 klinik kesihatan di seluruh negara yang akan memanfaatkan seramai 55,000 OKU Penglihatan

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/01/1048261/kkm-perkenal-inisiatif-label-ubat-mesra-oku-penglihatan-yang-dicetak
AHLI PPOBM ADALAH SEMUA PEMEGANG KAD OKU PENGLIHATAN
Pasti ramai tertanya-tanya berapa ramai ahli PPOBM? Hakikatnya semua OKU Penglihatan merupakan ahli secara automatik sejak mereka memiliki KAD OKU yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPM-005-07-08062003)Tingkat 1, 19, Jalan Tun Sambanthan 4, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur03-2274 1212
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di aplikasi whatapps +6011 6219 7914 atau layari laman sesawang https://dinner.ppobm.org.my/ 
PPOBM | FACEBOOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/02/ppobm-award-grand-dinner-2023-rai-oku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantu Golongan Muflis Sebelum 2017 Harian Metro 31 01 2023

Bantu Golongan Muflis Sebelum 2017 Harian Metro 31 01 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 160 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan dan Jabatan Insolvensi Malaysia memandang serius nasib mereka yang disahkan muflis sebelum 2017 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata ia k...
Fix Problem Affecting Those Declared Bankrupt Prior To 2017 New Straits Times 31 01 2023

Fix Problem Affecting Those Declared Bankrupt Prior To 2017 New Straits Times 31 01 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 106 hits
KUALA LUMPUR The Malaysian Muslim Consumers Association has urged the government and Insolvency Department to address the issue of those who were declared bankrupt prior to 2017 PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan said the amendments to ...
Tambah Baik Akta Insolvensi Utusan Malaysia 31 01 2023

Tambah Baik Akta Insolvensi Utusan Malaysia 31 01 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 117 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan menambah baik pindaan Akta Insolvensi 1967 pada 2017 untuk membela nasib golongan yang dihukum bankrap Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata setakat November tahun lalu ...
Filem Malaysia 2023

Filem Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 145 hits
Berikut senarai filem tempatan termasuk supertele ditayangkan di pawagam Astro First dan platform penstriman seperti Viu dan Neflix Filem Malaysia 2023 FilemTarikh Tayangan5 JanuariSilence Of The 17712 Januari19 JanuariLittle Sunshine19 Jan...
23 Senarai Syarikat Pengendali Jemaah Haji Yang Sah Untuk Musim Haji 2023

23 Senarai Syarikat Pengendali Jemaah Haji Yang Sah Untuk Musim Haji 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 459 hits
Tabung Haji baru je keluarkan senarai Pengendali Jemaah Haji untuk musim haji tahun 2023 Jadi hanya syarikat travel ini SAHAJA boleh bawa jemaah haji guna pakaj swasta Biasanya dioarang keluarkan harga pakej selepas keputusan Panggilan Haji...
Di Awal 2023 Penguatan Mata Uang Ri Lebih Baik Dibanding Malaysia Dan Filipina

Di Awal 2023 Penguatan Mata Uang Ri Lebih Baik Dibanding Malaysia Dan Filipina

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 189 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan nilai tukar rupiah di awal 2023 menguat 3 89 persen dibandingkan dengan level akhir Desember 2022
Boost Your Sales In 2023

Boost Your Sales In 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 176 hits
12 Effective Business Strategies to Boost Your Sales in 2023 Growth and advancement are always at the forefront of your thoughts when running a business To keep the needle moving it s beneficial to have some broad sales targets for your bus...
Kenapa Tidak Dihapuskan Bankrap Sebelum 2017 Kenyataan Media Ppim 31 01 2023

Kenapa Tidak Dihapuskan Bankrap Sebelum 2017 Kenyataan Media Ppim 31 01 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 107 hits
KUALA LUMPUR 31 Januari 2023 Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius nasib mereka yang dihukum bankrap sebelum tahun 2017 yang seolah olah dinafikan hak mereka berikutan langkah penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi pada t...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal