Percutian Pertama Selepas Cuti Panjang


 


Percutian pertama selepas "cuti panjang" | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik untuk diri dan keluarga, syukur alhamdulilah. Baik! Kerajaan telah membenarkan pergerakan rentas negeri! Ini bermakna, jalan raya akan kembali sesak! Kawasan-kawasan tumpuan umum akan kembali sesak dan yang lebih memeritkan adalah, Melaka akan kembali sesak! Arhh! Memang perit sebenarnya buat penduduk Melaka namun ianya juga adalah suatu petanda baik buat peniaga-peniaga di negeri Melaka ini.

Aku tak mahu ulas panjang mengenai hal tersebut, tapi apa yang aku nak ceritakan pada kali ini adalah Percutian pertama selepas "cuti panjang". Al kisahnya, sepanjang berdepan dengan wabak yang sememangnya tak akan pernah hilang ini, anak-anak dah mula bosan berkurung di dalam rumah.

Jangan katakan anak-anak, kita orang dewasa ini pun bosan kan? Jadinya, dah macam-macam aktiviti yang telah dibuat, namun tak juga menghilangkan rasa bosan mereka. Namun, dalam banyak-banyak kebosanan yang melanda, ada 1 permintaan yang kerap kali aku dengar daripada mereka, iaitu “nak tidur hotel”.

Kisahnya, aku ni bukanlah jenis yang kerap bawa keluarga tidur dekat hotel pun. Rasanya ada la sekali dua. Anak yang sulung dah berumur 8 tahun. Jadinya nampak sangat jenis tak suka bawa anak tidur hotel kan? Hahaha.

Tapi mungkin sebab bapa sedara, mak sedara mereka ni suka sangat checkin hotel, jadinya mereka bercerita dengan anak-anak aku, jadi anak-anak pun nak jugak tidur hotel, mahu tak mahu, aku bawakan juga. Memandangkan dah lama sangat berkurung dalam rumah kan, kita cuba ubah suasana sekejap.

Percutian keluarga di swiss garden hotel Melaka! Baik! Bila sebut hotel di Melaka, hotel pertama yang aku nampak adalah swiss garden hotel Melaka. Ada banyak sebab kenapa hotel ini yang menjadi pilihan pertama aku, di antaranya adalah:




Swimming pool kanak-kanak dia menarikLokasi dalam bandar (senang nak bergerak ke mana-mana lokasi)Hotel baru (kalau bab cari hotel, ini antara yang jadi pilihan utama aku) kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel yang ada di Melaka.Harga murah (ini pun kena tengok juga, dengan keadaan semasa kita sekarang ini, simpanan kewangan kenalah kukuh, jadi hotel ini pada aku murah)Pilihan keluarga ( disebabkan selalu sangat kami sekeluarga lalu dekat sini, jadinya bila sebut hotel, terus semua nak duduk sini).
Pandangan peribadi selepas menginap selama 3 hari 2 malam di swiss garden hotel Melaka.

1) Ok, pertama sekali, urusan untuk check in semua sangat mudah (mungkin sewaktu kami masuk, pergerakan rentas negeri masih belum dibenarkan) jadi yang datang bercuti semua orang Melaka je. Cuba lah tengok minggu ni, rasa memang penuh hotel ni, hehehe.

2) Kemudian kami dapat bilik di tingkat 12, bilik no 28. Mulanya aku ada request nak bilik yang menghadap kolam, tapi dapat bilik menghadap bandar. Nak bilik menghadap kolam tu sebab rasa macam cantik je waktu malam, tapi alhamdulilah, rupanya bilik yang menghadap bandar ni sebenarnya lagi cantik. Hehehe.



Permandangan dari bilik kami. Menghadap Kampung Morten Melaka



Permandangan waktu malam Menghadap Kampung Morten Melaka
3) Bilik yang aku dapat ni menghadap ke arah kampung morten Melaka. Jadinya suasana waktu malam tu memang meriah betul. Dengan kita boleh nampak bot persiaran yang lalu dekat sungai Melaka lagi, memang cantik betul la!

4) Tujuan utama percutian kali ini memang lebih kepada anak-anak. Jadinya memang focus utama adalah mereka. Hari pertama sahaja dah ajak turun mandi kolam. Macam yang aku ada sebutkan tadi, waktu aku datang ke swiss garden hotel Melaka ni, pergerakan rentas negeri masih belum dibenarkan.

Jadinya tak berapa ramai sangat orang dekat swimming pool. Jadi boleh la rasa seronok melayan anak-anak mandi.

5) Bercuti di dalam Melaka, memang tumpuan lebih kepada percutian dalam hotel sahaja. Sebabnya kalau kata nak pergi makan yang menarik-menarik, memang dah tak tahu nak pergi mana. Hehehe.



Kerusi yang mengecewakan. Uhuk. Uhuk.
6) Cumanya aku nak cerita pasal bilik yang aku dapat. Waktu pertama masuk bilik, aku dah kecewa sebenarnya. Sebabnya aku nak kan sofa bed, tapi dapat sofa biasa je. Adeh! Yelah, sofa bed tu tempat aku nak tidur la, anak-anak dengan wife, biar mereka tidur atas tilam empuk hotel tu.



Cermin ni sepatutnya telus. Tapi dah bertutup, jadi tak nampak luar.
7) Kemudian aku ambil bilik yang boleh tembus nampak bilik air. Function supaya aku mudah nak tengok anak-anak dalam bilik air tu. Tapi kecewa kali kedua sebab cermin tu dah tiada! Aduh, kecewa la hai.



Bilik air macam ini bagus. Tak perlu berebut. Hehehe
8) Masuk dalam bilik air, pada aku susunan dalam bilik air ni bagus! Tapi yang penting, ada bath tub. Anak-anak memang suka betul main air. Tapi alahai! Kecewa lagi, lock penutup air rosak. Kita puas lah tahan air, tak mahu juga penuh. Rupanya air keluar walaupun kita dah tutup. Ish!

9) Tapi hal kecil macam tu semua sebenarnya tak menganggu pun percutian ni. Sebab anak-anak sebenarnya lagi teruja nak mandi swimming pool je. Jadinya emosi memang tak ke laut dalam pun. Hehe.

10) Apa pun, apa yang boleh aku rumuskan, swiss garden hotel Melaka ni memang terbaik. Memang rasa berbaloi bercuti dekat sini. Dengan segala kemudahan yang lengkap dan dekat, hotel ini sememangnya seharusnya menjadi pilihan utama korang yang ingin datang bercuti ke negeri Melaka.

Perancangan seterusnya, mungkin kita akan cuba hotel biasa-biasa pula. Yelah, mungkin ada yang tak punya bajet besar atau mungkin ada yang mencari hotel-hotel biasa sahaja kalau punya rancangan percutian ke Melaka, betul tak? Hehehe.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2021/10/percutian-pertama-selepas-cuti-panjang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Jumpa Selepas Lahir Bapa Zahirah Macwilson Menangis Pelvk Cucu

Pertama Kali Jumpa Selepas Lahir Bapa Zahirah Macwilson Menangis Pelvk Cucu

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 371 hits
Rumah tangga pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza dilihat semakin bahagia apabila lahirnya cahaya mata pertama mereka pada 5 Januari 2021 di Perth Australia Beberapa bulan sebelum melahirkan zur1at pasangan berkenaan t...
Kuala Lumpur Pilihan Percutian Selepas Pkp

Kuala Lumpur Pilihan Percutian Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum w b t Percutian Pilihan Selepas Dibenarkan Untuk Rentas Negeri Kuala Lumpur pilihan percutian selepas PKP ditamatkan setelah diumumkan oleh Kerajaan bahawa dibenarkan merentas negeri Kini Malaysia berada dalam fasa 3 dan 4 f...
Isteri Pertama Buat Surprise Dekat Butik Selepas Tengok Suami Syok Cuba Baju Nikah Dengan Bakal Bini Baru

Isteri Pertama Buat Surprise Dekat Butik Selepas Tengok Suami Syok Cuba Baju Nikah Dengan Bakal Bini Baru

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 305 hits
Baru baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita membuat kejutan dengan memberikan sebiji kek sempena ulang tahun kelahiran suaminya
Awani Global 13 Tahun Selepas Kehilangan Batu Puteh

Awani Global 13 Tahun Selepas Kehilangan Batu Puteh

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 169 hits
Pada 8 Oktober yang lalu kerajaan telah membuat keputusan untuk suatu semakan semula undang undang berkenaan kes Pedra Branca Pulau Batu Puteh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2008 menyatakan Batu Puteh menjadi milik Singapura sementara ...
Selepas Siti Saleha Muncul Pula Kes Perceraian Artis Indonesia Popular Ini

Selepas Siti Saleha Muncul Pula Kes Perceraian Artis Indonesia Popular Ini

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 743 hits
Semalam dikejutkan dengan berita perceraian pelakon popular Siti Saleha setelah dia memfailkan perceraian terhadap suaminya Ahmad Lutfi Azhar 35 Siapa sangka perkahwinan mereka hanya bertahan hanya 4 tahun dan mereka belum dikurniakan cahay...
Melaka River Cruise Terima 10 000 Pengunjung Selepas Dibuka Semula

Melaka River Cruise Terima 10 000 Pengunjung Selepas Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 169 hits
MELAKA Melaka River Cruise menerima kira kira 10 000 pengunjung dalam tempoh 14 hari selepas sektor pelancongan negeri itu dibuka kepada pelancong tempatan susulan peralihan Melaka ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara mulai 1 Oktober lalu Ke...
Selepas Helikopter Hairul Hanis Naik Kapal Layar Mewah Milik Tan Sri Vincent Tan Pula

Selepas Helikopter Hairul Hanis Naik Kapal Layar Mewah Milik Tan Sri Vincent Tan Pula

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 695 hits
Jika sudah dinamakan rezeki pasti tidak salah alamat Begitulah halnya yang berlaku kepada pasangan selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha Selepas memilih menaiki helikopter untuk bercuti di sebuah resort di Pulau Redang mereka me...
Lelaki Lari Bersembunyi Dalam Hutan Akibat Masalah Rumah Tangga Pulang Kerana Lapar Selepas 4 Hari

Lelaki Lari Bersembunyi Dalam Hutan Akibat Masalah Rumah Tangga Pulang Kerana Lapar Selepas 4 Hari

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 199 hits
Anggota Bomba dan Penyelamat menyertai SAR mencari lelaki Orang Asli di dalam hutan di Kampung Kundang yang ditamatkan hari ini FOTO MOHD RAFI MAMAT Lari dalam hutan akibat masalah rumah tangga Muadzam Shah Lelaki Orang Asli bersembunyi di ...
Maut Kereta Terbabas Selepas Langgar Gajah

Maut Kereta Terbabas Selepas Langgar Gajah

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 177 hits
KLUANG Seorang lelaki maut manakala tiga lagi termasuk seorang kanak kanak cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas selepas melanggar seekor gajah di Jalan Pinang Hala Bukit Tongkat di sini pada Sabtu
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment