Percutian Pertama Selepas Cuti Panjang
Percutian pertama selepas "cuti panjang" | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik untuk diri dan keluarga, syukur alhamdulilah. Baik! Kerajaan telah membenarkan pergerakan rentas negeri! Ini bermakna, jalan raya akan kembali sesak! Kawasan-kawasan tumpuan umum akan kembali sesak dan yang lebih memeritkan adalah, Melaka akan kembali sesak! Arhh! Memang perit sebenarnya buat penduduk Melaka namun ianya juga adalah suatu petanda baik buat peniaga-peniaga di negeri Melaka ini.
Aku tak mahu ulas panjang mengenai hal tersebut, tapi apa yang aku nak ceritakan pada kali ini adalah Percutian pertama selepas "cuti panjang". Al kisahnya, sepanjang berdepan dengan wabak yang sememangnya tak akan pernah hilang ini, anak-anak dah mula bosan berkurung di dalam rumah.
Jangan katakan anak-anak, kita orang dewasa ini pun bosan kan? Jadinya, dah macam-macam aktiviti yang telah dibuat, namun tak juga menghilangkan rasa bosan mereka. Namun, dalam banyak-banyak kebosanan yang melanda, ada 1 permintaan yang kerap kali aku dengar daripada mereka, iaitu “nak tidur hotel”.
Kisahnya, aku ni bukanlah jenis yang kerap bawa keluarga tidur dekat hotel pun. Rasanya ada la sekali dua. Anak yang sulung dah berumur 8 tahun. Jadinya nampak sangat jenis tak suka bawa anak tidur hotel kan? Hahaha.
Tapi mungkin sebab bapa sedara, mak sedara mereka ni suka sangat checkin hotel, jadinya mereka bercerita dengan anak-anak aku, jadi anak-anak pun nak jugak tidur hotel, mahu tak mahu, aku bawakan juga. Memandangkan dah lama sangat berkurung dalam rumah kan, kita cuba ubah suasana sekejap.
Percutian keluarga di swiss garden hotel Melaka! Baik! Bila sebut hotel di Melaka, hotel pertama yang aku nampak adalah swiss garden hotel Melaka. Ada banyak sebab kenapa hotel ini yang menjadi pilihan pertama aku, di antaranya adalah:
Swimming pool kanak-kanak dia menarikLokasi dalam bandar (senang nak bergerak ke mana-mana lokasi)Hotel baru (kalau bab cari hotel, ini antara yang jadi pilihan utama aku) kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel yang ada di Melaka.Harga murah (ini pun kena tengok juga, dengan keadaan semasa kita sekarang ini, simpanan kewangan kenalah kukuh, jadi hotel ini pada aku murah)Pilihan keluarga ( disebabkan selalu sangat kami sekeluarga lalu dekat sini, jadinya bila sebut hotel, terus semua nak duduk sini).
Pandangan peribadi selepas menginap selama 3 hari 2 malam di swiss garden hotel Melaka.
1) Ok, pertama sekali, urusan untuk check in semua sangat mudah (mungkin sewaktu kami masuk, pergerakan rentas negeri masih belum dibenarkan) jadi yang datang bercuti semua orang Melaka je. Cuba lah tengok minggu ni, rasa memang penuh hotel ni, hehehe.
2) Kemudian kami dapat bilik di tingkat 12, bilik no 28. Mulanya aku ada request nak bilik yang menghadap kolam, tapi dapat bilik menghadap bandar. Nak bilik menghadap kolam tu sebab rasa macam cantik je waktu malam, tapi alhamdulilah, rupanya bilik yang menghadap bandar ni sebenarnya lagi cantik. Hehehe.
Permandangan dari bilik kami. Menghadap Kampung Morten Melaka
Permandangan waktu malam Menghadap Kampung Morten Melaka
3) Bilik yang aku dapat ni menghadap ke arah kampung morten Melaka. Jadinya suasana waktu malam tu memang meriah betul. Dengan kita boleh nampak bot persiaran yang lalu dekat sungai Melaka lagi, memang cantik betul la!
4) Tujuan utama percutian kali ini memang lebih kepada anak-anak. Jadinya memang focus utama adalah mereka. Hari pertama sahaja dah ajak turun mandi kolam. Macam yang aku ada sebutkan tadi, waktu aku datang ke swiss garden hotel Melaka ni, pergerakan rentas negeri masih belum dibenarkan.
Jadinya tak berapa ramai sangat orang dekat swimming pool. Jadi boleh la rasa seronok melayan anak-anak mandi.
5) Bercuti di dalam Melaka, memang tumpuan lebih kepada percutian dalam hotel sahaja. Sebabnya kalau kata nak pergi makan yang menarik-menarik, memang dah tak tahu nak pergi mana. Hehehe.
Kerusi yang mengecewakan. Uhuk. Uhuk.
6) Cumanya aku nak cerita pasal bilik yang aku dapat. Waktu pertama masuk bilik, aku dah kecewa sebenarnya. Sebabnya aku nak kan sofa bed, tapi dapat sofa biasa je. Adeh! Yelah, sofa bed tu tempat aku nak tidur la, anak-anak dengan wife, biar mereka tidur atas tilam empuk hotel tu.
Cermin ni sepatutnya telus. Tapi dah bertutup, jadi tak nampak luar.
7) Kemudian aku ambil bilik yang boleh tembus nampak bilik air. Function supaya aku mudah nak tengok anak-anak dalam bilik air tu. Tapi kecewa kali kedua sebab cermin tu dah tiada! Aduh, kecewa la hai.
Bilik air macam ini bagus. Tak perlu berebut. Hehehe
8) Masuk dalam bilik air, pada aku susunan dalam bilik air ni bagus! Tapi yang penting, ada bath tub. Anak-anak memang suka betul main air. Tapi alahai! Kecewa lagi, lock penutup air rosak. Kita puas lah tahan air, tak mahu juga penuh. Rupanya air keluar walaupun kita dah tutup. Ish!
9) Tapi hal kecil macam tu semua sebenarnya tak menganggu pun percutian ni. Sebab anak-anak sebenarnya lagi teruja nak mandi swimming pool je. Jadinya emosi memang tak ke laut dalam pun. Hehe.
10) Apa pun, apa yang boleh aku rumuskan, swiss garden hotel Melaka ni memang terbaik. Memang rasa berbaloi bercuti dekat sini. Dengan segala kemudahan yang lengkap dan dekat, hotel ini sememangnya seharusnya menjadi pilihan utama korang yang ingin datang bercuti ke negeri Melaka.
Perancangan seterusnya, mungkin kita akan cuba hotel biasa-biasa pula. Yelah, mungkin ada yang tak punya bajet besar atau mungkin ada yang mencari hotel-hotel biasa sahaja kalau punya rancangan percutian ke Melaka, betul tak? Hehehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/10/percutian-pertama-selepas-cuti-panjang.html