Penganggur Dituduh Kelar Leher Isteri Bakar Kenderaan Mentua Layak Dibicara
Penganggur dituduh kelar leher isteri, bakar kenderaan mentua layak dibicara
Mohamad Khairul Azmi (tengah) dikawal polis ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar, hari ini. – NSTP/Alias Abd Rani
MUAR: Mohamad Khairul Azmi Ithnin, penganggur berusia 32 tahun yang dituduh membunuh dengan mengelar leher isteri serta membakar sembilan kenderaan milik keluarga mentuanya pada Jun lalu, layak dibicara bagi kedua-dua kesalahan itu.
Perkembangan itu dimaklumkan pihak pendakwaan kepada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Tangkak pada prosiding berasingan hari ini, hasil laporan psikiatri yang dikeluarkan oleh Hospital Permai, Johor Bahru, semalam.
Laporan berkenaan merumuskan tertuduh layak untuk didakwa mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan serta membuat pengakuan.
Terdahulu, tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak bagi sebutan kes bunuh isterinya, Iecah Junus, 34, di sebuah rumah di No 18, Jalan Cahaya, Taman Cahaya, Serom, di sini, antara jam 3.30 hingga 5.30 petang, 2 Jun lalu.
Mahkamah kemudian menetapkan 6 Oktober ini untuk sebutan semula selepas pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Amirah Sapian memberitahu bahawa pihaknya belum menerima laporan forensik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Di Mahkamah Sesyen pula, tertuduh yang sebelum ini mengaku bersalah terhadap enam daripada sembilan pertuduhan, menukar pengakuan kepada tidak bersalah bagi pertuduhan melakukan khianat membakar kenderaan milik arwah isteri dan abang iparnya.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak hasil perkahwinan pertama itu didakwa membakar sembilan kenderaan terdiri pacuan empat roda dan motosikal selain sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong dan Kebun Durian Kampung Teratai 2, Sagil, antara jam 4.36 hingga 6.46 pagi, 3 Jun lalu.
Bagi semua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan di Mahkamah Sesyen dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 2 Oktober ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.
Pada 10 Jun lalu, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar tertuduh dirujuk ke Hospital Permai bagi menjalani pemeriksaan psikiatrik selari dengan Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.
Penganggur dituduh kelar leher isteri, bakar kenderaan mentua layak dibicara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
The post Penganggur dituduh kelar leher isteri, bakar kenderaan mentua layak dibicara appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2025/09/05/penganggur-dituduh-kelar-leher-isteri-bakar-kenderaan-mentua-layak-dibicara/