Nasi Ayam Mudah Dan Sedap




Pagi ini saya menerima mesej dari La, rakan sekerja saya di Bank Negara.  La memberitahu juga yang adik dan Bonda beliau meninggal selang seminggu pada penghujung Februari dan awal Mac yang lalu. Saya boleh merasakan kesedihan kehilangan orang yang tersayang dalam keadaan seperti La.
Saya terkedu seketika bila mendapat tahu adiknya yang masih muda meninggal selepas 10 hari mendapat suntikan vaksin Booster. Walaupun banyak kes sebegini tapi agak sukar untuk mengaitkan dengan kesan vaksin. 
Kami setuju bahawa umur kami adalah umur bonus. Terasa sedih sebenarnya kerana memang kematian boleh datang tanpa mengira usia tapi yang tua, pastinya ajal lagi menghampiri. Hari ini juga dapat perkhabaran yang sepupu saya di kampung juga telah meninggal. Innaalillaahi wainaa ilaihiroojiuun. 
Dalam hidup ini, apa yang sebenarnya harus kita cari. Apa yang orang bijak dan cerdik cari? Mereka mencari keredaan Allah. Itulah jalan yang lurus jalan orang orang yang diberi petunjuk. 
Saya terharu bila La menyebut, semoga Zie mendapat pahala kerana berkongsi ilmu masakan dengan orang ramai. Aameen mudah mudahan begitulah hendaknya. Semoga Allah terus memberikan keikhlasan pada saya untuk terus berkongsi selagi terdaya. 
Di masa kini, saya memang tidak mampu bersaing dengan orang orang muda yang banyak menghasilkan video masakan yang cantik dan kreatif. Saya tak larat untuk menghabiskan masa yang banyak di dapur untuk menghasilkan video masakan setiap hari. 
Saya perlu fokus juga pada benda benda lain dalam baki hidup ini selagi usia masih ada. Allah telah memberi pelbagai nikmat sepanjang hidup saya yang mungkin tidak pernah saya mimpikan selama ini. Jadi apa lagi yang ingin saya kejar. 
Jika ada yang masih mahu mendapatkan resepi yang saya kongsikan, mereka boleh dapatkannya di blog ini. Saya percaya masih ramai yang mencari resipi di blog seperti saya sendiri. Saya tidak mencari resipi di Instagram atau facebook walaupun ada juga saya menggunakan resipi yang kebetulan singgah di feed facebook saya. Tapi kalau saya mencari, saya pasti google untuk resipi di blog. 
OK sekarang kita masuk pula bab masakan iaitu nasi ayam. Nasi ayam ini terdapat pelbagai versi dan cara menyediakannya. Saya memang suka bereksperimen dengan resipi nasi ayam. Resipi hari. ini adalah juga antara resipi nasi ayam yang mudah dan sedap. 

Nasi ayam adalah kegemaran kami sekeluarga. Jadi bila kekeringan idea untuk menyediakan lauk pauk, pasti nasi ayam yang akan datang dalam fikiran. Senang sekali masak nasi dan ayam dah siap. Tak perlu sediakan pelbagai lauk pauk.
Jom layan resipi nasi ayam saya hari ini. Jangan lupa, jika anda belum lagi follow blog saya, klik lah butang follow blog. Selamat mencuba....


Nasi Ayam SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan Ayam Goreng 
1 ekor ayam - potong 4Sos perapan Lee Kum Kee3 ulas bawang putih - tumbuk
Gaul ayam dengan semua bahan di atas dan ketepikan. Kalau boleh, biarkan selama beberapa jam atau semalaman, lagi sedap. 
Panaskan air dan rebus ayam perap sehingga masak dan lumur garam dan serbuk kunyit. 

Panaskan minyak dan goreng hingga nampak garing dan keperangan.  Jangan terlebih garing supaya ayam kekal rangup di luar dan juicy di dalamnya. 



Bahan Bahan Sup
Ayam 1 biji bawang besar - belah 22 ulas bawang putih - belah 21 inci halia - hiris kasarBatang saderiAkar ketumbar1 kiub pati ayamGaramMinyak bijanSos ikan
Bersihkan ayam dan ketepikan sedikit lemak untuk digunakan semasa memasak nasi. 
Rebus ayam, kaki ayam, tengkuk bersama bersama. semua bahan di atas sehingga mendidih, masukkan kiub pati ayam dan garam. Biarkan ianya merenih atas api perlahan. 
Keluarkan semua bahan dan masukkan sedikit minyak bijan dan sos ikan. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:Air rebusan akan menjadi sup dan digunakan untuk masak nasi.

Nasi Ayam 4 cawan beras6 cawan air rebusan ayam2 sudu besar majerin2 inci halia - hiris kasarLemak ayam1 helai daun pandan
Rendam beras selama 20 minit. Kemudian toskan.
Masukkan majerin ke dalam periuk dan masukkan halia dan lemak ayam. Kacau rata sehingga lemak ayam menjadi kecut. Masukkan daun pandan.

Kemudian masukkan beras yang telah ditos tadi dan goreng beras tersebut.
Masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan beras tadi. Masukkan batang saderi, garam. Nota: saya guna 4 cawan beras dengan 6 cawan air. 
Masak nasi seperti biasa samada di atas dapur atau menggunakan periuk eletrik.


Sambal Cili7 tangkai cili merah - 120 gram5 ulas bawang putih - 30 gram2 inci halia - 10 gram2 biji limau kasturi - perah jus½ cawan air masak3 sudu besar cuka2 sudu besar gula2 sudu kecil garam
Kisar semua bahan di atas dan sedikit kulit limau kasturi yang dibuang biji sehingga halus. Sedia untuk dihidangkan.  

Sos Kicap

Bahan bahan:
2 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos perasa maggi
½ sudu besar sos lea n perrin
½ sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula
1 cawan air
2 sudu besar minyak


Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga keperangan. Masukkan semua bahan lain dan masak sehingga mendidih. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

Lebihan sos perap ayam tadi dicampur dengan sedikit air rebusan ayam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/05/nasi-ayam-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resepi Nasi Goreng Mudah Dan Sedap Untuk Sahur

Koleksi Resepi Nasi Goreng Mudah Dan Sedap Untuk Sahur

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 213 hits
Mesti ramai yang sedang cari resepi nasi goreng kan Jadi disini saya kongsikan 10 jenis resepi nasi goreng yang mudah dan sedap Klik senarai kandungan di bawah untuk anda dibawa terus kepada resepi nasi goreng yang anda mahu cuba Senarai Ka...
Lunch Nasi Ayam Sedap Di Hari Minggu

Lunch Nasi Ayam Sedap Di Hari Minggu

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 433 hits
Lunch Nasi Ayam Sedap Di Hari Minggu Hari minggu pertama di bulan Syawal Esok dah kembali ke pejabat semula kerja seperti biasa Hari minggu yang agak malas malas masak malas lipat kain baju malas nak tengok TV semuanya malas dah Semalam men...
Resepi Nasi Lemak Paling Mudah Dan Semestinya Sedap

Resepi Nasi Lemak Paling Mudah Dan Semestinya Sedap

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 169 hits
Berikut saya kongsikan resepi nasi lemak paling mudah dan semestinya sedap yang patut anda cuba sendiri di rumah Resepi Nasi Lemak Paling MudahBahan Untuk Nasi 3 cawan beras3 hiris halia3 ulas bawang merah hiris1 cawan santan3 cawan air bol...
Resipi Rendang Ayam Mudah Tak Ada Bawang Putih Tapi Sedap Kebabom

Resipi Rendang Ayam Mudah Tak Ada Bawang Putih Tapi Sedap Kebabom

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 140 hits
Rendang adalah yang paling mudah disediakan Walaupun bahan bahannya agak banyak namun cara membuatkan amatlah mudah Resipi rendang kali ini berbeza kerana tanpa bawang putih begitu dengan rempah ratus lain Macam mana rasanya Lain dari yang ...
Resepi Ayam Paprik Paling Mudah Sedap

Resepi Ayam Paprik Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 197 hits
Berikut saya kongsikan resepi ayam paprik atau cara untuk masak ayam paprik yang paling mudah dan semestinya sedap Resepi Ayam PaprikBahan bahan 2 ketul isi ayam bahagian dada dipotong kecil4 Ulas bawang merah dihiris halus4 ulas bawang put...
Malam Raya Kalut Peniaga Ayam Tak Sempat Suap Nasi Pelanggan Call Tak Henti2

Malam Raya Kalut Peniaga Ayam Tak Sempat Suap Nasi Pelanggan Call Tak Henti2

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 129 hits
Selepas pengumuman hari raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada 2 Mei 2022 pasti ramai yang termenung sebentar bagi mencerna kenyataan yang lebaran akan disambut lebih awal dari jangkaan mengikut kalender Jika mereka yang memang membuat persia...
Resipi Daging Masak Asam Menu Mudah Sedap Wajib Cuba

Resipi Daging Masak Asam Menu Mudah Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 138 hits
Wow Menu Masak Asam ni memang nampak menyelerakan Sesuai sangatlah kalau sediakan untuk sajian keluarga pada bila bila masa Mudah tak perlu masa yang banyak dan paling penting sangat membuka selera Bagi anda yang masih berfikir menu cubalah...
Resepi Nasi Ayam Penyet

Resepi Nasi Ayam Penyet

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 148 hits
Assalamualaikum hai semua Kali Kak Sue nak kongsi Resepi Nasi Ayam Penyet pula dengan korang Selalu kami beli atau tapau aja kat kedai kali nie Kakak anak dara Kak Sue cakap nak cuba masak kat rumah pula Biasa lah kalau masak kat rumah nie ...
Buat Sendiri Baru Puas Makan Resipi Cendol Mudah Sedap Untuk Berbuka

Buat Sendiri Baru Puas Makan Resipi Cendol Mudah Sedap Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 168 hits
Sedapnya kalau dapat makan Cendol sejuk sejuk terutamanya setelah sehari berpuasa Mudah sahaja caranya untuk membuat minuman ini secara homemade Bukan tidak boleh dibeli tetapi andai dibuat sendiri rasanya lebih enak dan puas makan Anak ana...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran