Myra Senja Memperkenalkan Unit Kediaman Luas Yang Dilengkapi Dengan Perkakas Rumah Panasonic
Myra Senja Memperkenalkan Unit Kediaman Luas Yang DiLengkapi Dengan Perkakas Rumah Panasonic
Selangor, Disember 1: Myra, segmen kediaman Oriental Interest Bhd (OIB), telah menjalin kerjasama dengan Panasonic Malaysia untuk melengkapkan setiap unit jualan dari pasaran terbuka pembangunan Myra Senja dengan pakej peralatan asas cekap tenaga yang dipilih dengan teliti.
Inisiatif ini menyokong aspirasi Myra untuk meningkatkan tahap penawaran kediaman di Subang 2 dengan menyediakan rumah yang dilengkapi keperluan moden bagi memudahkan proses pindah masuk serta memenuhi aspirasi pembeli rumah masa kini.
Myra Senja, kediaman servis yang moden, pelbagai guna, menawarkan unit-unit luas bermula daripada 1,101 kaki persegi hingga 1,409 kaki persegi, dengan harga yang bermula dari RM658,000 hingga RM988,200 bergantung kepada jenis, susun atur dan aras kediaman.

Terletak di kawasan pinggir bandar yang semakin matang di Subang 2, pembangunan yang merangkumi 3 menara kediaman ini memenuhi keperluan pelbagai lapisan pembeli, baik keluarga muda hingga golongan profesional, sampai ke golongan pembeli yang ingin menaik taraf melalui ruang yang lebih besar serta praktikal.
Melalui perkongsian ini, setiap unit kediaman akan dilengkapi dengan perkakas penting yang direka untuk menjimatkan masa, kos, dan keperluan koordinasi yang biasanya diperlukan semasa pengubahsuaian dan pemasangan baru.
Unit standard akan dilengkapi dengan empat unit sistem penyaman udara inverter, pemanas air elektrik, dan dapur induksi bersaiz 90 cm yang dipadankan dengan hud (penyedut asap/wap) berbentuk T berwarna hitam.
Sebagai promosi terhad, unit kediaman lebih luas empat bilik tidur, dengan susun atur dua bilik air akan dilengkapi dengan mesin basuh muatan depan dwifungsi yang juga memberikan kombinasi pencuci-pengering pakaian, selain dari peti sejuk pelbagai pintu.
Wendy Lim, Ketua Pegawai Operasi (Wilayah Tengah) di Myra, berkata, “Pembeli rumah hari ini menghargai lebih daripada sekadar unit kosong. Mereka mahukan kemudahan moden yang membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih mudah, tanpa kerumitan mencari perkakas, menanggung kos pemasangan atau renovasi yang tinggi, atau menghadapi isu teknikal semasa pemasangan.”

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Ketua Pegawai Operasi (Wilayah Tengah) Myra, Wendy Lim (kanan) dan Pengarah Bersekutu Panasonic Malaysia, Seelan Kandasamy (kiri) di Galeri Myra Senja.
Beliau menambah bahawa kolaborasi dengan Panasonic, jenama Jepun yang telah beroperasi di Malaysia lebih daripada 49 tahun dan memiliki warisan global melebihi satu abad, telah menunjukkan kesepaduan nilai dalam menyediakan ciri-ciri menawan dan yang boleh dihasilkan dalam meningkatkan gaya kualiti kehidupan pembeli rumah.
Beliau berkata, “Kerjasama ini mencerminkan peralihan berterusan kami ke arah pembangunan yang dibentuk berdasarkan reka bentuk teliti dan yang mengambil kira keperluan gaya hidup moden. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan kediaman yang mengambil kira setiap aspek penggunaan harian, sekaligus menambah nilai kepada kualiti kehidupan penghuni rumah.”
Seelan Kandasamy, Pengarah Bersekutu Panasonic Malaysia, berkata, “Sebagai pembekal peralatan dan teknologi rumah terkemuka, kami gembira dapat bekerjasama dalam mengekalkan kediaman dengan produk elektrik berkualiti tinggi. Dengan teknologi pintar dan cekap kami, para penghuni dapat menikmati gaya hidup yang lebih baik, pilihan perkakas yang unggul, serta keselesaan yang optimum di kediaman mereka sendiri.”
Seelan menambah, “Memenuhi keperluan dan gaya hidup unik setiap pengguna sentiasa menjadi fokus utama kami. Berpandukan slogan jenama baharu kami, ‘Create Today. Enrich Tomorrow.’, Panasonic kekal komited dalam meningkatkan kesejahteraan menyeluruh serta membangunkan produk mesra alam yang bukan sahaja meningkatkan gaya hidup, tetapi juga menyumbang kepada dunia yang lebih lestari dan mesra alam.”

Gambar kumpulan (dari kiri): Shinichi Tsuda, Pengurus Besar Pemasaran Panasonic Malaysia;
Seelan Kandasamy, Pengarah Bersekutu Panasonic Malaysia; Wendy Lim, Ketua Pegawai Operasi (Wilayah Tengah) Myra; Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra; dan Emidoyo Phang, Pengurus Besar Unit Perniagaan Luxe di Myra.
Dengan lokasi strategik di kawasan Subang 2 yang kian membangun, serta dikelilingi oleh pembangunan yang sudah dikenali seperti Kota Damansara, Ara Damansara, Kwasa Damansara, dan Elmina, Myra Senja juga berdekatan dengan kemudahan pendidikan, peruncitan, dan perkhidmatan kesihatan, selain mudah diakses melalui Lebuhraya DASH.
Pembangunan ini menampilkan konfigurasi berkepadatan rendah, dengan hanya 12 unit setiap tingkat, disokong oleh pelbagai kemudahan berfokuskan keluarga termasuk podium landskap, kolam renang sepanjang 25 meter, kawasan permainan air, bilik bacaan, gelanggang badminton dan ruang senaman luar
Ruang runcit di aras bawah turut menambahkan kemudahan, sekali gus mewujudkan persekitaran kediaman yang selesa dan eksklusif untuk para penghuni.

Kepada yang berminat terhadap Myra Senja, pendaftaran kini dibuka. Bakal pembeli rumah boleh layari http://www.myra.com.my/ atau ikuti @myrahomes dan @_askmyra di Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut.
The post Myra Senja Memperkenalkan Unit Kediaman Luas Yang DiLengkapi Dengan Perkakas Rumah Panasonic appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/01/myra-senja-memperkenalkan-unit-kediaman-luas-yang-dilengkapi-dengan-perkakas-rumah-panasonic/