Menara Kl Dari Konsesi Ke Pengkhianatan

Apa yang berlaku di Menara Kuala Lumpur bukan sekadar soal pertukaran konsesi. Ia kisah bagaimana kerajaan gunakan janji untuk memancing sebuah syarikat Bumiputera, hanya untuk tinggalkan mereka dengan hutang sambil aset dan keuntungannya diserahkan kepada syarikat yang muncul entah dari mana.
Dan lebih mengejutkan, semua ini berlaku dengan kelulusan rasmi kerajaan.
Babak Pertama Janji Diberi
Ketika Telekom Malaysia mahu keluar dari Menara KL, Kementerian Komunikasi melantik Hydroshoppe Sdn Bhd sebagai penyelamat. Hydroshoppe setuju ambil alih 100 peratus saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan menanggung segala liabiliti, termasuk tuntutan timbang tara bernilai RM314 juta.
Sebagai balasan, kerajaan janji akan berikan konsesi ke-3 selama 15 tahun. Janji ini disahkan dalam memo UKAS, diluluskan oleh PM9 dan dipersetujui oleh kabinet.
Babak Kedua Hydroshoppe Bayar Harga
Tanpa menunggu satu sen daripada kerajaan, Hydroshoppe mula bertindak. Mereka kekalkan pekerja, siapkan VMlab, dan belanjakan lebih RM1.5 juta setiap bulan demi memastikan Menara KL terus beroperasi.
Mereka buat semua itu dengan satu keyakinan bahawa janji kerajaan akan ditepati.
Babak Ketiga Janji Dikhianati
Selepas PRU15, kerajaan baru ambil alih. Dan tiba-tiba, janji konsesi itu lenyap. Kementerian Komunikasi beri konsesi kepada syarikat baharu bernama Lim Seong Hai Service Master Sdn Bhd (LSHSM).
Masalahnya?
Syarikat ini tidak wujud pun semasa tender ditutup. Ia hanya didaftarkan selepas semua cadangan dihantar. Tapi entah bagaimana, mereka muncul sebagai pemenang dan terus jadi tuan punya Menara KL.
Babak Keempat Aset Dirampas
Walaupun kes masih di mahkamah, penguat kuasa diarahkan ambil alih Menara KL. Aset-aset milik MKLSB bernilai RM34.3 juta ditinggalkan kerana hanya diberi 7 hari untuk dikeluarkan. Tidak logik. Tidak waras.
Dan lebih memalukan, aset itu kini digunakan oleh LSHSM secara percuma.
Babak Kelima Pekerja Lama tak dijaga
LSHSM kata semua staf lama ditawarkan semula. Menteri ulang kenyataan sama. Tapi realitinya, 96 bekas pekerja kini menyaman bekas majikan mereka tuntutan mencecah RM2.48 juta.
Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur sendiri sahkan kes ini serius. Mereka yang berkhidmat puluhan tahun, kini terpaksa bertarung di mahkamah untuk tuntut hak mereka.
Babak Keenam Sejarah Negara Dihapus
Plak kapsul masa Wawasan 2020 yang dipasang oleh Tun Dr Mahathir pada 1996 ditanggalkan. Ruangnya disimen. Diganti dengan lukisan pokok. Plak itu kini diletak di belakang bangunan, seolah-olah sejarah negara sesuatu yang memalukan.
Ini bukan kebetulan. Ini mesej yang sangat jelas legasi lama mahu dipadam.
Jadi, Siapa Untung? Siapa Rugi
Hydroshoppe ditinggalkan dengan hutang dan tekanan
Pekerja lamatak dijaga dan difitnah
Aset negara dirampas tanpa proses yang adil
Warisan negara disorok demi “penjenamaan baru”
Yang rugi adalah rakyat
Yang untung
Syarikat yang hanya lahir selepas tender ditutup
Dan seperti biasa, yang berkuasa kekal senyap.
Admin Malaysia Today
The post MENARA KL : DARI KONSESI KE PENGKHIANATAN appeared first on Malaysia Today.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysia-today.net/2025/06/12/menara-kl-dari-konsesi-ke-pengkhianatan/