Mejah Dan Jerayawara Pn


 
Tempoh hari Hadi Awang mencadangkan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat dikaji semula. Alasan presiden PAS itu ialah banyak peraturan mesyuarat dibuat secara spontan sehingga bercanggah prinsip demokrasi. Tidak ketinggalan banyak peraturan didakwanya dimanipulasi penyokong kerajaan bagi mengganggu ucapan dan perbahasan wakil pembangkang.
Ramai boleh menonton daripada siaran langsung sidang Parlimen atau daripada rakaman videonya bagi menilai sendiri apakah hujah timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berasas atau sebaliknya. Tapi sekurang-kurangnya kita hormati apa yang berkaitan sidang Dewan Rakyat dibangkitkan Hadi dalam sidang Dewan Rakyat jua.
“Mengenai kebebasan bersuara, saya minta peraturan-peraturan Parlimen ini dikaji semula. Banyak ‘standing order’ (peraturan mesyuarat) di samping yang tertulis, yang dibuat secara spontan. Bila pembangkang tegur, siapa tegur, kita nak marah, buat peraturan tak boleh bercakap.
“Ini bercanggah dengan amar makruf nahi mungkar, bercanggah prinsip demokrasi…tidak boleh. Kecuali kata-kata lucah, kata-kata kesat, ini tak apa (disekat). Ini tak boleh bercakap kerana nak selamatkan diri, tak tahan marah.
“Nabi sebut dalam hadis orang yang hebat ni bukan orang yang cepat marah tak tahan, orang yang dapat menahan diri bila dia marah, ini orang yang hebat. Ini bila kritik tak tahan diri, bangun buat peraturan tak boleh bercakap,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat pada 18 Feb lalu.
Itu baru ‘gentleman’ tapi berlawanan pula dengan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin atau dipanggil ‘Mejah’ dalam loghat Perak, yang kini diangkat selaku timbalan pengerusi PN – setaraf dengan kedudukan Hadi seperti diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada 9 Dis lalu.
Kata Mejah pada 20 Feb, pembangkang akan menganjurkan siri jelajah atau jerayawara ke seluruh negara bagi membawa suara rakyat dan menyampaikan pandangan mereka jika tidak boleh dilakukan dalam Parlimen – mendakwa pembangkang kini tidak lagi bebas bersuara, sebaliknya dilayan seperti budak sekolah dengan dikenakan pelbagai sekatan.
Kita faham beliau bermaksud kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang dicalonkan kerajaan sebagai sering didakwa bersikap berat sebelah di sebalik bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu banyak juga memberi ruang kepada pembangkang.
Sebagai perbandingan Azhar Azizan Harun selaku speaker (Julai 2020-Disember 2022) selepas dicalonkan kerajaan terdahulu kerap juga menimbulkan sungutan. Pendek kata, tiada seorang speaker pun yang dapat memuaskan hati semua Ahli Parlimen.
“Bila timbul isu perintah larangan (berhubung titah adendum tahanan rumah Najib Razak) dan sebagainya, kita kadang-kadang merasakan Parlimen sepatutnya bebas kerana kita adalah penggubal undang-undang tapi hari ini, kita bukan lagi penggubal undang-undang tapi jadi budak sekolah.
“Yang ada bukan ‘monitor’ (ketua kelas) lagi tapi pengetua yang tegas (yang berkata) jangan cakap, duduk dalam kelas, jangan tanya, cikgu hanya ada beberapa minit saja,” katanya pada sidang media di Parlimen, Khamis lalu.
Kata Mejah lagi, disebabkan pelbagai sekatan dikenakan Johari, maka pembangkang akan turun ke bawah dengan menganjurkan ‘roadshow’ agar rakyat dapat diberi penjelasan.
Sebagai penggubal undang-undang seperti dikatakannya, apakah pembangkang tiada keperluan untuk mematuhi peraturan mesyuarat sedangkan tugas speaker hanya menguatkuasakannya.
Sebelum ini, pembangkang mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) memohon perintah larangan bersuara berhubung semakan kehakiman titah adendum.
Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, berkata permohonan berkaitan titah adendum yang dibawa Najib di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah persoalan fakta dan bukan persoalan undang-undang, justeru beliau mempersoalkan kewajaran AGC memfailkan rayuan itu.
Namun, Johari pada 4 Feb lalu memutuskan isu berkaitan titah adendum tidak dibenarkan dibangkitkan pada sesi Dewan Rakyat kali ini kerana masih di peringkat mahkamah, namun perkara itu terus dibangkitkan pembangkang pada sesi perbahasan.
Barangkali ia bukanlah sangat berkisar kepada titah adendum tahanan rumah Najib – seperti dikatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa pembangkang cuba menjadi ‘juara’ – tapi lebih kepada pembangkang sudah kehabisan modal antara isu yang boleh dan tidak boleh dibangkitkan mengikut peraturan Dewan.
Seperti dijelaskan perdana menteri dalam sidang pada 10 Dis lalu, beliau tidak boleh hendak menjawab soalan berkenaan titah adendum sebagai menghormati mahkamah selain ia ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan.
Atau apa-apa saja yang kerajaan dapat diperburukkan di mata rakyat biasa, maka pembangkang akan beria-ia. Besar sangatkah isu adendum berbanding perkara-perkara yang boleh membawa manfaat secara langsung kepada rakyat seperti ditekankan Yang di-Pertuan Agong yang mahu Parlimen membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.
“Saya dengar ucapan dia (Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan) berapi-api mengecam Najib habis-habisan, dari rambut sampai kaki, sekarang hendak menjadi hipokrit. Saya boleh jawab (tapi) bagi masa lepas (keputusan) mahkamah,” kata Anwar.
Apa pun, Johari pada Jumaat sudah memberi amaran tidak akan membenarkan pembangkang membangkitkan soalan berkaitan isu sama berulang kali dan soalan tidak relevan yang hanya membuang masa berharga Dewan Rakyat.
“Saya tegas jika mereka membuang masa Dewan (Rakyat). Tiada masalah jika mereka mengemukakan soalan yang relevan atau mengikut peraturan mesyuarat,” katanya.
Dengan Ramadan yang kian menjelang disusuli sambutan Aidilfitri, pembangkang mungkin menjadikan agenda ‘roadshow’ mereka sebagai bualan semata-mata. Lebih praktikal, seperti dikatakan Mejah, untuk pembangkang mengadakan sidang akhbar mingguan setiap Khamis bagi membangkitkan isu-isu di Parlimen.
Itu pun mereka kesuntukan masa kerana mesyuarat pertama Parlimen ke-15 bagi penggal keempat ini bermula 3 Feb lalu, akan berakhir pada 6 Mac.
Elok rasanya mereka tunggu saja kempen PRK DUN Ayer Kuning di mana PN pastinya mahu mengelakkan kekalahan hatrik selepas Nenggiri dan Mahkota.
Sambil itu, Mejah patut mengikuti nasihat Hadi bahawa ‘orang yang dapat menahan diri bila dia marah, ini orang yang hebat’. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/mejah-dan-jerayawara-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya

Beli Tudung Di Muaz Kl

Galakan Berpuasa Di Bulan Muharram

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025

Lunch Bubur Nasi Segera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Paling Lengkap Dalam Al Qur An Dunia Bahagia Akhirat Selamat

Garisan Takdir

Petua Berkesan Pulihkan Tenaga Dalaman Anda

Interaksi Antara Betaserc Dan Ubat Darah Tinggi

Nutox Moisturizer Harga Murah Guardian Member Price

Late Lunch Di Richiamo Coffee Kpj Tawakkal Kl Specialist Hospital