Garisan Takdir


Telapak tangan direnung dan dibelek lama. Terimbau segala dialog suara yang pernah cuba menilik takdir melalui garisan halus padanya…
“Garis kau begini ini, kau akan jadi si pemboros. Bukaan garis begini membuatkan kau …”
Dan suara itu hilang. Bukan saja dia tidak fokus mendengarnya. Bahkan tika itu, untuk mempercayainya juga suatu syirik khafi…Dan malam ini dia termenung, merenung telapak yang kian ketara segala garisannya.
“Eh…kenapa tangan kamu macam orang tua? Hahahaha” laju dia menyorok tangannya apabila rakan mengejek seolah tangannya tidak sepadan dengan usia tika itu…
Ya…tangan ini jualah yang tidak pernah luka tika memegang parang menetak ayam dalam keadaan yang rabun…Tipis dia senyum. Ah, peristiwa lalu..seperti semalam semua ejekan itu dia terima…
Apa lagi yang direnung pada telapak ini?
Untuk melihat kemana halanya kemudian? Atau benarkah setiap orak yang dia kemudi? Tanpa sedar terasa irisnya berkaca… Ah…hembusan berat memuntahkan segala rasa yang dia sendiri tiada tafsir meneka…
Iya…garisan takdir itu dia cuba selusuri tanpa sebarang tekaan atau tebakan. Hanya laluinya dengan hati yang kental dan jiwa yang tekad…
Alah…takdir, takdir, takdir…benda boleh ubah kot. Ada hati nak salahkan takdir. Menyampah…
Ya, mungkin itu jawapan enteng pada sesetengah pihak..
Ha ha ha ha…dia hanya mampu gelak sumbing. Iya…aku jua sepertinya itu dahulu. Kala tidak mengerti langit tinggi rendah, tanah tidak bertapak…sekarang, kau juga terjerumus menelan segala kata sendiri. Itulah…orang dah kata…jangan pernah rasa setiap ujian itu kita dah rasa…Jangan…
Ya…fiksyen olahan dia buat penyedap rasa. Seperti masakan yang tidak percaya pada garam dan gula lantas ditambah serbuk aji serta perasa lainnya…cendawanlah…serbuk bawang putihlah…kemudian ia tidak lagi sekadar terikat pada garam dan gula…bahkan tanpa keduanya juga tidak mengapa…
Ah…bahaya ini.
Tak lama lagi, tiada lagi teriakan deruan enjin keretapi yang menjadi peneman, jam alam semesta yang menjadi penanda aras waktu buat dia…
Tiada jua pemandangan itu ini yang tidaklah dia rindui tapi sudah terpahat sebagai memori. Pada bayangan senja pohon lidah buaya kala hari suram. Pada warna jingga…yang sentiasa mencuba menyerikan ruang gelap baitnya…
Baiti Jannati…hahahaha ye ye je kau kan…
Kawasan yang dulunya lengang kini sudah berwarna warni gemilang. Ya…semuanya indah selepas dia tiada.
Garisan takdir setakat ini katanya….ada aturan lain lebih baik buat kita bisiknya…insyaAllah…
Kenapa kamu menangis teman?
Akukan masih disini, menemani setiap harimu…tanpa jemu…kenapa aku teresak itu? Sekalah air matamu kawan…
Ya aku tahu….ada jiwa telah tertumbuh pada kehidupan yang kita sudah tekad untuk tidak punya rasa padanya.
Bagaimana boleh menumbuh jika sudah tekad?
Kehidupan berlaku…kehidupan harian, rutin nan selesa. Membuah segala rasa sayang…
Ah…sudahlah, tiada apa yang kekal. Pada akhirnya kita tidak juakan berpasak pada satu tempat. Hijrahlah teman, hijrahlah demi kebaikan…
“Ia…tiada bertempat…kerana tempat Dia yang menjadikan…
Dia memberi tiada mengambil manfaat, kerana dia tiada berhajat…
Tiada didahului oleh tiada, zatNya tidak dapat difikirkan,
Bagaimanapun dibayangkan
Itu semua mainan setan
(Bila dia Zat Yang Maha Agung)….”
Ada satu sudut itu, masih terpahat benar setiap suatu yang dia belajar tanpa sedar. Selagimana ia menjadi tali keledar hidupnya, selagi itulah dia tidakkan lekang dari mengingatinya…
Garisan takdir…
Siapa pun tidak tahu selusurnya bagaimana.
Siapa pun tidak pernah tahu aturannya itu samakah dengan kehendak ingin kita.
Kadang, terasa seperti sudah elok pada jalanNya…
Itu semua rasa semata. Tiada yang hakikat…
Yang tahu hanya Dia….
Kita? Berdasarkan logik dan emosi, imbalannya sudah menjauh…
Cuma doanya…semoga kita husnul khatimah…
Apa jua kehadapan, semoga ditabahkan jiwa dengan redha….
Senyumlah teman…garisan jalan kita masih belum selesai…perit bagaimana sekalipun, tetaplah tersenyum…
Ah…dongengan palsu rekaan syahdu nyata menyiat jiwa yang sedang sendu…
Sudah…usah terlalu difikir. Serahkan segala pada Takdir.
Persiaga juga segala mungkir.

The post Garisan Takdir… first appeared on Sofie Adie.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sofieadie.com/garisan-takdir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=garisan-takdir

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berdamailah Dengan Takdir Wahai Hati Takdir Itu Bukan Musuhmu

Berdamailah Dengan Takdir Wahai Hati Takdir Itu Bukan Musuhmu

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 70 hits
Duhai Hati Berdamailah dengan TakdirPernah tak rasa hidup ni macam tak adil Kita dah usaha Kita dah doa Kita dah tunggu Tapi yang kita harapkan tetap tak jadi milik kita Orang lain yang dapat Kita Duduk termenung tanya diri Apa lagi yang ku...
Saya Maafkan Pemandu Ini Takdir Bapa Pelajar Upsi Maut Nahas Bas

Saya Maafkan Pemandu Ini Takdir Bapa Pelajar Upsi Maut Nahas Bas

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 76 hits
Tangisan yang tak pernah reda Rindu yang tak pernah padam Pemergian anak tersayang bagaikan mimpi ngeri yang tak sudah Namun di sebalik semua duka itu seorang bapa memilih untuk redha dan memaafkan walau jiwanya remuk dan hati tak terubat B...
Kenapa Butang Power Ada Simbol Bulat Dan Garisan Ini Penjelasannya

Kenapa Butang Power Ada Simbol Bulat Dan Garisan Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 67 hits
Kita mungkin sudah biasa melihat simbol ini setiap hari tetapi pernahkah kita terfikir kenapa simbol ini kelihatan seperti itu Dahulu peranti elektronik hanya menggunakan tulisan ON dan OFF sahaja sebagai tanda peranti itu hidup atau mati T...
Lepas Tragedi Baru Ada Garisan Tengah

Lepas Tragedi Baru Ada Garisan Tengah

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 76 hits
Fathi Atis OmarKeajaiban garisan berkembar di selekoh tempat nahas bas yang mengorbankan 15 nyawa pelajar UPSI dan 33 orang lagi cedera Hari ini tersebar rakaman video kawasan itu sedang dicat garisan berkembar putih Kon di tengah jalan sew...
Beli Tudung Di Muaz Kl

Galakan Berpuasa Di Bulan Muharram

Kerajaan Rangka Strategi Bangunkan Industri Jagung Bijian Tempatan

Kl Convention Centre Turns 20 Here S How It S Shaping The Future

Lunch Bubur Nasi Segera

Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Effective Solutions For Stubborn Breakouts Exploring Acne Injection In Malaysia

Kawan Racun Beli Anas Lipmatte Masa Sale

Can A Single Light Upgrade Make You Fall In Love With Your Bike Again

Inilah Komputer Riba Pertama Di Dunia Yang Menjadi Asas Kepada Laptop Moden

Suami Gembira Hubungan Isteri Pertama Amp Kedua Akrab Seperti Adik Beradik Rupanya Dalam Diam Jalin Hubungan Sejenis

Rafizi Sedia Bakar Dan Beri Pencerahan Kerana Tidak Lagi Terikat