Majikan Aetna Ini Bayar Elaun Rm1200 Kepada Pekerja Yang Kuat Tidur Sehingga 12 Jam Sehari


MESKIPUN tabiat tidur dikaitkan dengan sifat malas, masih tidak dapat dinafikan mendapatkan tidur berkualiti mempunyai banyak manfaat kesihatan fizikal, mental dan juga emosi.

Kesihatan yang baik berhubungkait dengan produktiviti seseorang.

Menyedari hakikat ini, sebuah syarikat insurans yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Aetna memperkenalkan sebuah dasar syarikat untuk menggalakkan pekerja mendapatkan tidur yang mencukupi.

Untuk setiap 20 malam pekerja mereka tidur untuk tujuh jam atau lebih, Aetna memberi ganjaran RM100, dengan jumlah maksimum RM1200 bagi tempoh 12 bulan.

“Hadir di tempat kerja dan membuat keputusan yang baik merupakan antara asas perniagaan kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aetna, Mark Bertolini.

“Anda tidak akan bersedia sekiranya separuh mengantuk (di tempat kerja).”

Dasar syarikat ini mula digunapakai sejak tahun 2014.

Tahun lalu mencatatkan penyertaan kira-kira 12,000 pekerja daripada jumlah 25,000 keseluruhan dalam firma tersebut.

Masa tidur pekerja direkodkan menggunakan aplikasi dan peranti kecergasan seperti jam tangan dan sebagainya. Pekerja juga boleh merekodkan secara manual.

Tempoh tidur terbaik bagi orang dewasa seperti yang dicadangkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat adalah antara 7 hingga 8 jam, bagi mengelakkan kesan-kesan sampingan negatif akibat kurang tidur.

Kekurangan tidur yang berterusan boleh meningkatkan risiko beberapa masalah kesihatan kronik. Ia juga memberi kesan kepada kebolehan berfikir, bertindak balas, bekerja dan belajar.

Maka, dalam usaha untuk mewujudkan tenaga kerja yang lebih positif dan produktif, kepentingan tidur tidak boleh diabaikan.

Satu kajian Harvard Medical School baru-baru ini, dengan responden dalam kalangan pemimpin kanan mendapati, 96 peratus dilaporkan mengalami sekurang-kurangnya beberapa tahap keletihan.
Satu pertiga menggambarkan keadaan itu sebagai “ekstrim”.

Hasil kajian mendapati, antara faktor tekanan adalah keperluan untuk sentiasa bersedia dalam budaya bekerja 24 jam sehari, dan ramai yang mengorbankan tidur demi mencapai kejayaan.

Harvard Business Review sebelum ini mengesyorkan syarikat untuk menggalakkan pekerja mendapatkan tidur yang berkualiti dengan memperkenalkan program pembelajaran mengenai kepentingan tidur, dan menilai semula dasar syarikat sejajar dengan matlamat tersebut

Sumber: chamais


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.pelbagaimacam.com/2016/07/majikan-aetna-ini-bayar-elaun-rm1200.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Kanak Kanak Kecil Berdengkur Kuat Ketika Tidur Malam

Punca Kanak Kanak Kecil Berdengkur Kuat Ketika Tidur Malam

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 335 hits
Punca Kanak kanak Kecil Berdengkur Kuat Ketika Tidur MalamPunca Kanak kanak Kecil Berdengkur Kuat Ketika Tidur Malam Anak saya daripada lahir dia memang tidur berdengkur Masa umur 2 tahun dia baru ada 2 perkataan yang dia pandai sebut 2 tah...
Kalau Nak Anak Tidur Jam 9 Malam Tak Boleh Ubah Ubah Jadual Tidur Lewat Jejaskan Perkembangan Anak

Kalau Nak Anak Tidur Jam 9 Malam Tak Boleh Ubah Ubah Jadual Tidur Lewat Jejaskan Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 347 hits
Apabila anak anak sudah dididik sejak kecil tidur awal akan memudahkan ibu bapa kelak apabila anak kena bangun pagi untuk ke tadika Memang masalah anak anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa Apabila anak tidur lewat berjaga mak...
Ramai Pekerja Malaysia Tidur Di Kaki Lima Singapura

Ramai Pekerja Malaysia Tidur Di Kaki Lima Singapura

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 272 hits
RAMAI PEKERJA MALAYSIA TIDUR DI KAKI LIMA SINGAPURA JOHOR BAHRU 111020 Jika sebelum ini kita sering mendengar kisah warga asing tidur bergelimpangan di kaki lima kerana dihimpit kos sara hidup di negara mereka namun hakikat sama juga menimp...
Tidur Dalam Kereta Masa Sarat Tak Mampu Bayar Bil Bersalin Sedih Tengok Bayi Comel Ni

Tidur Dalam Kereta Masa Sarat Tak Mampu Bayar Bil Bersalin Sedih Tengok Bayi Comel Ni

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 301 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya Begitulah nasib yang menimpa ibu bapa muda ini Walaupun dalam keadaan susah mereka tetap berusaha mencari rezeki Perkongsian sayu ini dikongsi oleh cikgu yang juga penggerak Pertubuhan Ke...
Cara Semak Penyata Kwsp Secara Online 24 Jam Sehari Senang Boleh Print Terus

Cara Semak Penyata Kwsp Secara Online 24 Jam Sehari Senang Boleh Print Terus

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 368 hits
Alahai dalam dokumen ni mintak kepilkan sekali penyata KWSP Mana nak dapat ye Dah lama aku kerja tak pernah check pun penyata KWSP Boleh ke kalau check online je
Amlife Memperkenalkan Deepzleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

Amlife Memperkenalkan Deepzleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 297 hits
AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental Assalamualaikum semua Sejak penularan Pandemik Covid 19 melanda keadaan dah tak seperti dulu Semakin ramai yang dijangkiti dan tak kurang juga ada yang kehilanga...
26 Tanda Gangguan Jin Ketika Tidur

26 Tanda Gangguan Jin Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 638 hits
26 TANDA GANGGUAN JIN KETIKA TIDUR 1 Sukar tidur malam 2 Terlampau banyak tidur atau kerap mengantuk terutama pada waktu waktu dilarang tidur 3 Mimpi melihat binatang berbisa 4 Mimpi bayi atau menyusukan bayi 5 Mimpi kanak kanak 6 Mimpi ter...
Tip Pilih Cadar Bilik Tidur

Tip Pilih Cadar Bilik Tidur

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 286 hits
Bilik tidur adalah ruang khusus untuk merehatkan badan dan minda yang kepenatan setelah seharian bekerja Pemilihan cadar yang sesuai adalah penting bagi mendapatkan suasana tidur yang tenang dan selesa Pemilihan cadar bilik tidur Gambar kre...
Ini Keutamaan Berwudhu Sebelum Tidur

Ini Keutamaan Berwudhu Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 229 hits
Membersihkan diri dengan berwudhu sebelum tidur akan membuat tubuh menjadi rileks dan nyaman saat beristirahat Ini salah satu sunah yang dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam Tidur dalam keadaan suci akan dijaga oleh malai...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand