Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey



Assalamualaikum kepada semua follower saya tidak kira di mana berada. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang akan disambut esok di Malaysia. 
Saya doakan agar anda semua dipermudahkan segala urusan dan selamat dalam perjalanan, terutama mereka yang balik beraya di kampung halaman. 

Saya memasak kuah kacang ini pada hari raya Aidil Adha untuk dimakan pada hari raya. Saya tidak dapat menyediakan sebelumnya kerana Nana bekerja. Hanya pada pagi raya, kami dapat keluar ke Tesco di Surrey Quays untuk mencari bahan bahan yang diperlukan untuk memasak. 
Nak beli barang banyak terus, tak muat pulak peti ais sebab peti ais di sini terutama di bahagian freezer memang kecil jer. Cukup untuk masuk makanan kegemaran Ammar dan Aliya. 
Balik dari Tesco saya terus masuk ke dapur dan mula sangai kacang tanah dan menyediakan bahan bahan lain. Kacang tanah kat sini, punya lah sedap. Sambil sangai atas dapur, sambil saya meratah makan. Kacang tanah jenis kulit berwarna merah gelap. Bukan kacang tanah yang kat tempat kita.
Siap jer masak, saya terus makan seorang diri kerana Nana keluar untuk temujanji. Serious lah, sedap sungguh sambal kacang ni. Aduhaai masuk bakul angkat sendiri. Tapi sebelum keluar, saya minta Nana merasa dulu. Maklum di sini, gulanya tak semanis gula di tempat kita. Saya pulak suka manis, takutkan terlebih manis anak menantu tak suka pula. Begitu juga garamnya.  
Jangan lupa untuk mencuba resipi kuah kacang istimewa saya ini. Kalau dapat daging korban, bolehlah guna untuk kuah kacang ini. Dah lebih 30 tahun, saya menggunakan resipi ini yang saya belajar dari guru Al Quran saya, Kak Kamariah ketika beliau masih bekerja di Bank Negara Malaysia. Selain menggunakan daging, boleh juga menggunakan ayam. Tapi saya lebih suka daging.
Kuah kacang ini dihidangkan dengan nasi impit jer. Saya memang bawa nasi impit ni dari Malaysia. Plannya nak makan nasi impit dengan rendang. Saya sediakan rendang ayam menggunakan pes rendang Azie Kitchen. Mudah dan cepat, cuma tambah santan dan daun kunyit jer. 


Hanya pagi ini, baru Nana minta disediakan sekali kuah kacang. Lagi pulak kuah kacang adalah makanan kegemaran Ammar. Apa apa pun, Alhamdulillah bila ada kuah kacang, nasi impit dan rendang, barulah rasa macam beraya. 
Di rumah KD pula, Mia menyediakan rendang juga menggunakan pes rendang Azie Kitchen dan ayam masak merah. Juita memang beritahu saya yang dia nak masak rendang tapi Juita tak dapat discharge awal dari Sunway Medical Centre. Doakan semoga Juita dipermudahkan segala urusan beliau.  
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Kuah Kacang Istimewa Azie Kitchen Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan1 kg daging - potong kecil dan rebus500 gram kacang tanah½ cawan cili kisar - 3 sudu besar½ sudu kecil pes asam jawa1 cawan gula pasir1 ketul gula Melaka1-2 sudu kecil garam halus3/4 - 1 cawan minyak mazola
Bahan kisar:2 biji bawang besar - 10 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas4 batang serai
Cara cara:Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven atau air fryer 160C selama 40 minit. Buang kulit dan dikisar. Ketepikan sedikit untuk ditumbuk supaya tidak terlalu hancur.


Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan cili kisar, tumis lagi sehingga bahan tumis benar benar masak dan terbit minyak. Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang beberapa kali proses ini.
Masukkan daging yang telah direbus dan kacau rata. Setelah mendidih, masukkan sedikit air rebusan daging, pes asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Akhir sekali, masukkan kacang tanah. Masak atas api perlahan supaya kuah kacang bertukar warna gelap, nampak berminyak di permukaan dan pekat, barulah sedap.
Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Setelah sejuk, kuah akan menjadi pekat. Kalau pekat, tambah air panas. 

Nota:Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.
Boleh dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang.
Nota:Boleh masukkan dalam bekas bertutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/kuah-kacang-istimewa-di-bermondsey.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap Lembut Juicy Dan Dimakan Bersama Nasi Himpit Dan Kuah Kacang

Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap Lembut Juicy Dan Dimakan Bersama Nasi Himpit Dan Kuah Kacang

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap lembut Juicy dan Dimakan bersama Nasi Impit dan Kuah Kacang Hari ini sudah bermula cuti pertengahan penggal persekolahan Cukuplah tempoh lebih kurang seminggu lebih ni bu...
Kerabu Taugeh Kacang Botol

Kerabu Taugeh Kacang Botol

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 117 hits
Bila ada menu kerabu ni memang tak pandang lauk lain pembuka selera Silap silap punah diet haha Ada orang buat ratah gitu je pun sedap kan Kerabu taugeh kacang botol Kerabu taugeh kacang botol Bahan bahan 2 cawan taugeh 5 batang kacang boto...
Resipi Sup Tulang Dan Daging Padu Rasa Tak Puas Hirup Kuah

Resipi Sup Tulang Dan Daging Padu Rasa Tak Puas Hirup Kuah

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 56 hits
Resipi sup tulang dan daging ini tak pernah gagal menaikkan selera lebih lebih lagi bila dimakan panas panas dengan sambal kicap nasi putih atau bihun Tapi nak dapat sup yang betul betul padu begini memang kena ada teknik dan kesabaran Anta...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan