Ketahui Rahsia Nombor Tarikh Lahir Anda


Sudah lama kami tidak berkongsikan dengan anda artikel mengenai Personaliti Cinta. Jadi kali ini, kami ingin berkongsikan mengenai satu topik yang menarik di mana anda akan mengetahui rahsia tarikh kelahiran anda.


Peringatan: Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata. Jika ada sifat yang dinyatakan di sini sama dengan sifat anda, itu hanyalah kebetulan.

Secara asasnya, ianya adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir anda. Daripada nombor itu, anda akan dapat mengenali potensi diri dan tahu apa kekuatan anda dan ianya adalah hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir

Sebagai contoh, kami ambil tarikh bayi yang lahir pada 21 Mac 2012, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.

Contoh:
21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2
Nombor yang terhasil adalah, 2. Apakah maksud nombor ini?

Maksud Nombor Tarikh Lahir

Rujuk perenggan di bawah bagi mengetahui maksud nombor kelahiran tersebut:

Nombor Tarikh Lahir: 1

Kekuatan: Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.

Kelemahan: Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik

Perkara yang perlu dipelajari:
Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.Berfikirlah secara terbuka.Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1: Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan

Nombor Tarikh Lahir: 2

Kekuatan: Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan: Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Perkara yang perlu dipelajari:
Percayalah kebolehan diri sendiri.Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2: Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna

Nombor Tarikh Lahir: 3

Kekuatan: Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadangkala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.

Perkara yang perlu dipelajari:
Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3: Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby

Nombor Tarikh Lahir: 4

Kekuatan: Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan: Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Apa yang perlu dipelajari:
Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lainBersikap dan berfikiran lebih terbukaBerterus teranglah dalam sesuatu perkara
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4: Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

Nombor Tarikh Lahir: 5

Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa fokus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistik, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.

Apa yang perlu dipelajari:
Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecilMelihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5: Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears

Nombor Tarikh Lahir: 6

Kekuatan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor 6 mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor 6 akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.

Kelemahan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.

Perkara yang harus dipelajari:
Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnyaBuat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diriKurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6: Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver

Nombor Tarikh Lahir: 7

Kekuatan: Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejar kemahsyuran dan tuah.

Kelemahan: Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:
Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7: Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson

Nombor Tarikh Lahir: 8

Kekuatan: Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan: Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:
Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lainJangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8: Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda

Nombor Tarikh Lahir: 9

Kekuatan: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

Kelemahan: Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perkara yang harus diperbaiki:
Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mataJangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halanganKurangkan sifat emosional
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9: Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley

Hasil Pengiraan dan Potensi Diri

Daripada penerangan di atas, bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, mempunyai Nombor Tarikh Lahir, 2. Mereka adalah dari golongan yang mahir dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Mereka dilahirkan sebagai seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan.

Malangnya kelemahan mereka adalah mereka mendengar nasihat, tetapi tidak dikuti. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah. Walau bagaimanapun yang bagusnya ialah kelemahan seperti ini boleh diperbaiki dengan mempelajari cara untuk meningkatkan keyakinan diri kerana orang-orang hebat seperti Adi Putra, Bill Clinton dan Madonna adalah orang dari golongan nombor 2.

Bagaimana pula dengan anda? Dari pengiraan Rahsia Nombor Tarikh Lahir Anda di atas, anda berada dalam golongan selebriti terkenal yang mana satu? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.

BACA INI JUGA:
Rahsia Bulan Kelahiran Anda Menurut Kajian Dr. Fadhilah KamsahPerkara Biasa Yang Sebenarnya Luar Biasa
sumber: tentangcinta



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/03/ketahui-rahsia-nombor-tarikh-lahir-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lahir Pada Tarikh Sama Cuma Beza Comelnya Dua Dua Tok Ti Rai Serentak Birthday Aafiyah Afwa

Lahir Pada Tarikh Sama Cuma Beza Comelnya Dua Dua Tok Ti Rai Serentak Birthday Aafiyah Afwa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 162 hits
Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza baru baru ini mengisi masa dengan meraikan ulang tahun dua permata hatinya Aafiyah dan Afwa yang masing masing kini genap empat dan satu tahun Apa yang menarik Siti atau mesra disapa Tok Ti mended...
Lahir Tarikh Sama Pandai Pilih Tarikh Dato Siti Nurhaliza Sambut Birthday Anak Serentak

Lahir Tarikh Sama Pandai Pilih Tarikh Dato Siti Nurhaliza Sambut Birthday Anak Serentak

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 257 hits
Bila anak dilahirkan pada tarikh yang sama mak ayahlah orang yang paling gembira kerana dapat menyambutnya secara serentak Senang Penyanyi nombor satu negara Dato Siti Nurhaliza juga turut sama meraikan sambutan hari lahir kedua anaknya Aaf...
Anwar Minta Fahmi Atur Tarikh Masa Debat Dengan Najib

Anwar Minta Fahmi Atur Tarikh Masa Debat Dengan Najib

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 157 hits
Najib Razak sebelum ini mengalu alukan perdebatan dan meminta pasukan Anwar Ibrahim serta Rafizi Ramli mengaturkan dengan media jika berhasrat mahu diadakan secara langsung PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sudah meminta Ahli Pa...
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2022

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2022

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 261 hits
Tarikh bayaran dan amaun Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 untuk pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan persekutuan Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaika...
Muhyiddin Mahu Pm Runding Dengan Pn Tarikh Bubar Parlimen

Muhyiddin Mahu Pm Runding Dengan Pn Tarikh Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 143 hits
Muhyiddin mahu PM runding dengan PN tarikh bubar parlimen Pengerusi Perikanan Nasional Muhyiddin Yassin mengingatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa gabungan parti itu perlu dilibatkan dalam rundingan bagi menentukan tarikh pembu...
Tarikh Akhir Hantar Borang Nyata Cukai 2021 Pada 30 April E Filling 15 Mei

Tarikh Akhir Hantar Borang Nyata Cukai 2021 Pada 30 April E Filling 15 Mei

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 122 hits
Tarikh akhir hantar Borang Nyata Cukai 2021 pada 30 April e Filling 15 Mei Tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan secara manual ialah pada 30 April depan manaka...
Jawatan Kosong Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah Tarikh Tutup 27 April 2022

Jawatan Kosong Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah Tarikh Tutup 27 April 2022

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 227 hits
Jawatan Kosong Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah Tarikh Tutup 27 April 2022 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengamb...
Tarikh Sidang Khas Kedua Ruu Lompat Parti Perlu Ditetapkan 11 April Ini

Tarikh Sidang Khas Kedua Ruu Lompat Parti Perlu Ditetapkan 11 April Ini

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 172 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengulangi pendirian tegas kami bahawa meluluskan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama di dalam Perjanjian Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik Amatlah je...
Tarikh Bayaran Bkm Fasa 2 2022 Semak Jadual Pembayaran

Tarikh Bayaran Bkm Fasa 2 2022 Semak Jadual Pembayaran

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 373 hits
Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 2022 Semak Jadual Pembayaran Status Semak tarikh bayaran BKM Fasa 1 2022 untuk bujang b40 semakan jumlah bantuan hasil dan jadual pembayaran bulan Mac dapat berapa duitTahniah diucapkan kepada mana mana yang berjay...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman