Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi Pm Anwar


Kes Zara Qairina: Siasatan Telus, Tiada Siapa Dilindungi – PM Anwar
KOTA BHARU, 9 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan secara telus tanpa melindungi sesiapa.
Beliau berkata kes tersebut tidak boleh dipandang ringan, terutamanya memandangkan pelbagai dakwaan yang timbul termasuk mangsa terjatuh, ditolak serta dibuli.
“Anak kita di Sabah meninggal dunia ada kata jatuh, ada kata tolak, ada kata sebab buli. Kita tidak pandang ringan dan kita tidak mahu ia dijadikan bahan politik.
“Arahan kita jelas tiada tolak ansur, tidak kira anak siapa sekalipun, anak menteri atau sesiapa sahaja, saya tidak peduli,” katanya pada Program Rancakkan MADANI Kelantan di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau sendiri telah menghubungi Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan siasatan dilaksanakan seadilnya.
“Saya tanya, apakah ada kesilapan (siasatan Zara Qairina) ? Kalau ada, ambil tindakan. Ini satu kematian, tidak kiralah anak orang miskin atau anak kaya, di gunung, di darat atau di laut, kita ambil tahu kerana siasatan mesti dijalankan secara telus. Saya sedih kerana ini mungkin anak atau cucu saya.
“Oleh kerana terdapat syak wasangka, Jabatan Peguam Negara  (AGC) telah mengarahkan supaya kubur digali semula untuk bedah siasat kedua.
Beliau berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar juga telah diarahkan turun ke Sabah bagi memantau sendiri siasatan agar tidak timbul persepsi pihak tertentu dilindungi.
“Ini kerajaan MADANI, kita tidak akan melindungi pembunuh,” katanya.
Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Zara Qairina secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian pelajar itu susulan arahan AGC semalam.
Semalam, AGC dalam kenyataan memaklumkan mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.
Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai lepas.
Sumber: Bernama
The post Kes Zara Qairina: Siasatan Telus, Tiada Siapa Dilindungi – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/09/kes-zara-qairina-siasatan-telus-tiada-siapa-dilindungi-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 120 hits
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution KUANTAN 2 Ogos Polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin N...
Fahmi Minta Mcmc Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

Fahmi Minta Mcmc Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 117 hits
Fahmi Minta MCMC Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina KUALA LUMPUR 7 Ogos Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Polis Diraja Malaysia agar memastikan tiada g...
Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 175 hits
Kes Zara Qairina AGC Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis PUTRAJAYA 6 Ogos Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir kepa...
Tiada Perlindungan Kepada Pihak Terlibat Kematian Zara Qairina Pm Anwar

Tiada Perlindungan Kepada Pihak Terlibat Kematian Zara Qairina Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 120 hits
KOTA KINABALU Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada hukuman sekiranya terbukti terlibat dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan kejadian buli baru baru ini Men...
Bella Astillah Luah Sedih Harap Kes Zara Qairina Tidak Berulang Jangan Kita Diam

Bella Astillah Luah Sedih Harap Kes Zara Qairina Tidak Berulang Jangan Kita Diam

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 139 hits
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah luah sedih dan marah susulan insiden menyayat hati melibatkan remaja perempuan Zara Qairina 13 yang meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Sabah baru baru ini Instagram ...
Kpn Gesa Semua Pihak Berhenti Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Kes Zara Qairina

Kpn Gesa Semua Pihak Berhenti Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 94 hits
KPN Gesa Semua Pihak Berhenti Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Kes Zara Qairina KUALA LUMPUR 6 Ogos Polis Diraja Malaysia menggesa semua pihak menghentikan tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat yang belum disahkan berkaitan kes ke...
Hiburan Kes Zara Qairina Audio 44 Saat Disahkan Sahih Rakaman Sebenar Peguam

Hiburan Kes Zara Qairina Audio 44 Saat Disahkan Sahih Rakaman Sebenar Peguam

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 161 hits
Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan bahawa rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular di media sosial memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan seorang individu digelar Kak M adalah...
Hiburan Pmx Bertegas Tiada Perlindungan Bagi Pelaku Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Pmx Bertegas Tiada Perlindungan Bagi Pelaku Dalam Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 141 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan tidak akan melindungi mana mana individu yang terlibat dalam kes kematian tragis Zara Qairina Mahathir pelajar yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama baru baru ini...
Kes Zara Qairina 60 Saksi Dirakam Keterangan Polis Sabah

Kes Zara Qairina 60 Saksi Dirakam Keterangan Polis Sabah

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 143 hits
Kes Zara Qairina 60 Saksi Dirakam Keterangan Polis Sabah KOTA KINABALU 31 Julai Polis merakam keterangan kira kira 60 saksi terdiri daripada pelajar ibu bapa dan pihak sekolah berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir 13 kata Pe...
Lirik Lagu Kopi Nazu Fahimi

Break The Chain Of Corruption

Manfaat Lengkuas Bagi Kesihatan Badan Dan Oral

Ideavault Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

Tragedi Zara Qairina Selepas Tiga Minggu Ini Arahan Jabatan Peguam Negara

Basahkan Tekak Di Dekori Premium Cafe Keningau Sabah Pola Tidur Berubah

Senarai Negara Dengan Umur Pencen Tertua Hingga Termuda

Top Blockchain Trends In Business For 2025 You Can T Ignore


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Silent Death Langgar Kl Selepas 8 Tahun

Pdrm Dpmm Fc Kongsi Mata Di Selayang Utusan Malaysia

Rakam Video Hubungan Intim Peras Ugut Puluhan Wanita Thailand Akhirnya Rakyat Malaysia Ini Ditangkap

Polis Giat Kesan Dua Suspek Pergaduhan Bersenjata Di Brickfields

Leo James Tepuruk Chord

Indigenous Groups Seek Recognition To Land Rights Leadership Role