Kepada Diana Saya Secara Terbuka Mohon Maaf Atas Apa Saja Kesalahan Farid Kamil Bersyukur Dapat Jumpa Anaknya Muhammad


The Reporter




Dalam siaran Melodi TV3 Ahad, 2 April, pelakon Farid Kamil dikatakan berpeluang berjumpa dengan anak lelakinya, Muhammad, ketika mengambil beberapa barangannya di kediaman keluarganya. 

Walau bagaimanapun, beliau kecewa tidak dapat berjumpa dengan anak perempuannya, Aurora, yang dikatakan masih trauma disebabkan insiden 'petik cili'. 


DAPAT JUMPA MUHAMMAD, TETAPI AURORA MASIH TRAUMA DENGAN INSIDEN PETIK CILI


Berkata kepada Melodi, "Alhamdulillah dapat berjumpa dengan anak saya walaupun seorang, Muhammad. Saya mengikut arahan peguam yang membenarkan saya datang mengambil anak-anak dan juga barang-barang keperluan di rumah kelamin seperti yang tertera di dalam surat ini yang menyatakan saya boleh masuk dan ambil anak-anak.


"Saya nak melihat sendiri adakah mereka masih tinggal di rumah ini. Saya masih lagi tertanya-tanya apakah sebab saya tidak dapat berjumpa mereka semua? Sudah tentulah saya sedikit kecewa. Saya dah datang ke sini tepat pada waktunya, tapi saya dapat surat dari peguam sebelah sana yang kata saya tidak dibenarkan berada di rumah. Saya nak ambil barang-barang saya di rumah kelamin itu, saya ingin berjumpa dengan anak-anak saya. 





"Bila saya dapat surat, hanya Muhammad sahaja boleh jumpa, manakala Aurora tidak bersedia untuk berjumpa kerana masih trauma dengan insiden petik cili dan tergantung. Apakah yang dimaksudkan dengan petik cili?

"Anak saya, Aurora, trauma. Kalau trauma pasal petik cili ini, saya rasa Diana kena jelaskan betul-betul kepada semua orang. Kalau saya nak cerita, ia lebih kepada mengaibkan. Kalau mengaibkan, lebih baik saya tak bercakap di sini," katanya. 



TAK PERNAH NAIK TANGAN PADA ISTERI DAN ANAK-ANAK


Bapa kepada dua anak itu menegaskan, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangganya kerana dia masih menyayangi isteri dan anak-anaknya. Apatah lagi, dia dan Diana sudah 11 tahun bersama melalui suka dan duka.


"Saya masih sayangkan keluarga saya walaupun kecil, dah 11 tahun kita bersama. Tetapi saya tetap ingin hak sebagai suami yang menegakkan hukum hakam Islam di dalam rumah tangga. 


"Saya tidak pernah naik tangan mengasari anak-anak, mahupun isteri, tak pernah memukul mereka. 



CERITA SEBENAR INSIDEN AURORA PETIK POKOK CILI


"Apa yang berlaku adalah, Aurora masuk ke rumah jiran tanpa kebenaran memetik pokok cili. Saya nampak, sebagai ayah saya cakap pada dia, 'Aurora you buat kerja salah. Masuk rumah orang, ambil barang orang, consider mencuri. Jangan buat begini'. 





"Saya tanya dia, 'Baba ajar ke, ibu ajar ke, siapa yang ajar buat seperti itu'. Dia cakap tiada sesiapa yang ajar. Saya suruh kawan dia balik dan saya pun dendalah Aurora. Saya tanya Aurora, nak kena rotan atau stand dekat dinding untuk hukuman denda. Dia pilih untuk pergi ke dinding. 

"Jadi apabila dia tengah menjalani denda tersebut, Diana sampai dan tidak berpuas hati dengan apa yang saya lakukan pada Aurora. 


"Bagi saya di zaman 90'an didikan agama yang ibu bapa saya beri, saya cuba terapkan pada anak-anak saya. Nampak gayanya tidak mendapat persetujuan daripada Diana yang tidak mengetahui kejadian sebenar. 


"Saya harap insiden petik cili di mahkamah nanti, kita boleh percepatkan untuk mendengar justifikasi Diana sendiri apa yang dia maksudkan," katanya. 





Sejak dari awal kemelut rumah tangganya, Farid memaklumkan sudah hampir 30 hari nombor telefonnya disekat oleh Diana, termasuk akaun media sosial dan membantutkan usahanya untuk menghubungi keluarga sendiri. 
'KITA BUKAN ORANG SENANG'
Dalam pada itu, Farid dalam nada yang sebak meluahkan rasa bersyukur dapat berjumpa dengan Muhammad, walaupun tidak berpeluang berjumpa dengan Aurora. 


"Saya rasa terhina sangat apabila diperlakukan seperti ini.. Apa salah saya? Saya curang dengan perempuan lain ke? Saya buat apa? Apa dosa besar yang saya buat? Tolonglah jelaskan dan jangan drag benda-benda kecil macam (isu) petik cili (dibawa) ke mahkamah dan ini akan mengambil masa yang lama dan duit kita yang sangat banyak. Kita bukan orang senang.


"Kenapalah benda-benda kecil seperti ini nak diperbesarkan tanpa sebab yang munasabah? Cukup-cukuplah kesengsaraan yang saya alami daripada 2017 tu. Cukup-cukuplah.. 2023 ini adalah masa untuk kita kembali ke landasan. Takkanlah nak ambil 2017 punya kecelakaan, yang terjadi kepada saya itu bawa sampai sekarang. Takkan nak menyusahkan family lagi. 


INSIDEN DI TANAH SUCI, DORONG FARID KAMIL PERTAHANKAN RUMAH TANGGA


"Semua orang terkejut tetapi apa yang berlaku di tanah suci Mekah itu, saya tak boleh nak bercerita di sini. Bila dah berlaku (sesuatu) di tanah suci Mekah itu, ia dah memberi gambaran sebenar apa yang akan terjadi di depan. Saya tak boleh nak menerima benda itu. 


"Saya akan berjuang (pertahan rumah tangga) sebab saya tahu saya ada anak-anak. Anak-anak adalah kekuatan saya. 


"Kepada Diana Danielle, saya secara terbuka saya memohon maaf atas apa sahaja kesalahan yang saya dah buat. Sampai ke hari ini saya masih cuba lagi untuk pulihkan keadaan. Nampak gayanya semakin lama keadaan semakin menekan. 


@melodiberapi Akhirnya pelakon Farid Kamil dapat berjumpa dengan anaknya iaitu Muhammad.. Nak tahu cerita selanjutnya jangan Lupa saksikan laporan penuh sebentar sahaja lagi.. 🔥🔥 #meloditv3 #faridkamil #ceritaartismalaysia #dianadanielle #fypシ゚viral #panas #sensasi #tv3 #fypシ゚viral🖤tiktok ♬ original sound - Melodi

"Saya berharap awak bersabar dan percayalah cakap saya, semuanya akan baik-baik saja. Aurora, kalau Aurora dengar ini, Aurora be strong okay? I love you so much and I'll never hurt you, I really miss you so much dear. Kalau Aurora rindu Baba, call lah," katanya tanpa dapat menahan tangisan di mata. 


Farid berharap netizen dan para peminatnya mendoakan rumah tangganya dapat diselamatkan serta tidak membuat sebarang cerita negatif lebih-lebih lagi tentang isteri dan anak-anaknya. 


Sumber: Melodi TV3


April 02, 2023 at 06:24AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2023/04/kepada-diana-saya-secara-terbuka-mohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Terhadap Farid Kamil

Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Terhadap Farid Kamil

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 140 hits
Terkini Pelakon Diana Danielle dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Farid Kamil pada awal bulan ini Menurut laporan Diana memfailkan permohonan cerai itu dengan alasan tiada lagi persefahaman di antaranya bersama F...
Ini Jawapan Farid Kamil Ada Tanya Punca Sebenar Diana Danielle Minta Cerai

Ini Jawapan Farid Kamil Ada Tanya Punca Sebenar Diana Danielle Minta Cerai

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 345 hits
Aktor dan pengarah sensasi Farid Kamil kini berdepan kemelut rumah tangga selepas isterinya Diana Danielle membuat tuntutan cerai pagi ini
Bunga Ini Untuk Diana Farid Kamil Tiba Di Mahkamah Bawa Sejambak Bunga Untuk Pujuk Isterinya Diana Danielle

Bunga Ini Untuk Diana Farid Kamil Tiba Di Mahkamah Bawa Sejambak Bunga Untuk Pujuk Isterinya Diana Danielle

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 519 hits
Pagi Selasa pelakon Farid Kamil hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling perlantikan Jawatankuasa Pendamai untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan Diana Danielle nbsp 10 Mac lalu Diana telah memfailkan permohonan cerai terhadap ...
Kepada Farid Kamil Kita Dah Tua Bro Apa Kau Nak Buat Game Budak Budak Aku Jumpa Kau Di Mahkamah Kata Syamsul

Kepada Farid Kamil Kita Dah Tua Bro Apa Kau Nak Buat Game Budak Budak Aku Jumpa Kau Di Mahkamah Kata Syamsul

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 262 hits
nbsp Aku jumpa kau di mahkamah Itu pesanan oleh pengarah dan pelakon Syamsul Yusof apabila ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Farid Kamil yang mendakwa lelaki terbabit pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun ...
Kalau Dah Jumpa Di Mahkamah Mesti Aku Saman Kau La Syamsul Yusof Nak Settle Dengan Farid Kamil Di Mahkamah

Kalau Dah Jumpa Di Mahkamah Mesti Aku Saman Kau La Syamsul Yusof Nak Settle Dengan Farid Kamil Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 184 hits
Dua minggu lalu pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya Syamsul Yusof sekitar 2020 yang menjadi antara punca dia keluar daripada rumah nbsp Serentak dengan pendedahan itu pelakon Farid Kamil pula tampil mendedahkan...
Hiburan Farid Kamil Akhirnya Jumpa Anak Siap Bawak Pergi Masjid Jangan Kita Biarkan Kezaliman

Hiburan Farid Kamil Akhirnya Jumpa Anak Siap Bawak Pergi Masjid Jangan Kita Biarkan Kezaliman

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 159 hits
Sebelum ini pelakon mendakwa dia sudah hamipr sebulan tidak dapat berjumpa dengan anak anaknya selepas berita mengenai perpisahannya dengan isteri Diana Danielle tular di media sosial Namun baru baru ini Farid memuat naik hantaran video di ...
Farid Kamil Dihalang Masuk Rumah Tak Dapat Berjumpa Dengan Anak Anaknya

Farid Kamil Dihalang Masuk Rumah Tak Dapat Berjumpa Dengan Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 112 hits
nbsp Pengacara syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili pelakon Diana Danielle telah mengesahkan bahawa Farid Kamil tidak dibenarkan memasuki rumah pasangannya sejak awal bulan ini Walau bagaimanapun alasan sebenar mengapa dia dihala...
Sejambak Bunga Ros Buat Diana Danielle Di Mahk4mah Langkah Pertama Farid Kamil Pujvk Isteri

Sejambak Bunga Ros Buat Diana Danielle Di Mahk4mah Langkah Pertama Farid Kamil Pujvk Isteri

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 130 hits
PELAKON Farid Kamil hadir muncul di Mahk4mah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari Shah Alam pada pagi Selasa membawa sejambak bunga ros merah dengan harapan dapat menjernihkan kembali hubungannya dengan isteri Diana Danielle Farid 42 berk...
Diana Danielle Minta Farid Kamil Ceraikan Dia Tapi Farid Tidak Mahu Lafaz Talak Rupanya Ini Sebab Kenapa

Diana Danielle Minta Farid Kamil Ceraikan Dia Tapi Farid Tidak Mahu Lafaz Talak Rupanya Ini Sebab Kenapa

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 230 hits
Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Farid Kamil pada awal bulan ini
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11