Keluang Man Wonda Fun Run Menghimpunkan Lebih 7 000 Peminat


Assalammualaikum semua! Pada 18 Mei 2025 telah berlangsung acara larian 5KM Keluang Man WONDA Fun Run di Datararan DBKL. Acara ini julung kali diadakan di Kuala Lumpur bersama barisan pelakon filem Keluang Man. Seawal 4 pagi kami sekeluarga bersiap dan terus memandu ke lokasi acara.
Sejak pengumuman tentang Keluang Man WONDA Fun Run pada 23 April 2025, pendaftaran dari para peserta mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara Larian sejauh 5 kilometer ini bermula seawal 5.00 pagi dan dijayakan bersama program Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) anjuran DBKL. 
Menariknya, peserta larian boleh tampil dengan gaya tersendiri bertemakan Keluang Man. Nak lagi best, 1,000 peserta terawal yang telah mendaftar akan menerima jersi eksklusif dan merchandise Keluang Man secara PERCUMA! 
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

Acara larian ini adalah PERCUMA sepenuhnya. Walaupun percuma, acara dilaksanakan secara terkawal seperti acara larian berbayar. Booth untuk pemberian pakaian jersey ditambah kepada 2000 peserta terawal. Seawal 3 pagi peserta sudah mula beratur. Selain jersey, kami menerima lapel pin Keluang Man Wonda, topeng kertas dan borang cabutan bertuah. Persediaan lokasi yang luas dan selesa. Ada ruang untuk bergambar bersama backdrop Keluang Man.  
Sepanjang 5KM larian, kami sekeluarga sangat gembira berlari di kawasan Kuala Lumpur. Walaupun ini merupakan tahun ke-12 penganjuran Car Free Morning oleh DBKL. Ini adalah kali pertama Ruby hadir bersama seisi keluarga. Bila lagi nak berlari di Kuala Lumpur kan? Semasa Flag-Off, kami dihiburkan oleh Pancaragam DBKL, siap ada gendang! Kemudian kami dapat tengok Unit Berkuda DBKL juga! Teruja betul! 

Gaya hidup aktif perlu diteruskan agar kesihatan kita lebih terjaga. Laluan Jalan Raja Laut. laluan kami ulang alik pergi kerja dan laluan meriah dengan kesesakan trafik semasa bulan Ramadan. Hari ini, kami boleh berjalan dan berlari dengan tenang. 5KM ni agak mencabar untuk pelari pasif macam kami. Bawa anak-anak sebagai pembakar semangat untuk terus berlari. Hehehe. 
KELUANG MAN WONDA FUN RUN



Bagi menambahkan lagi keterujaan penonton sebelum filem live-action Keluang Man ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, Astro Shaw membawakan pengalaman filem tersebut menerusi acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, larian superhero Original Pertama Malaysia. Acara itu menandakan kerjasama pertama Keluang Man dan Wonda Kopi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena program Car Free Morning.

‘Keluang Man WONDA Fun Run’ yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur bermula di Dataran DBKL dengan penyertaan lebih 7000 peserta yang meliputi semua lapisan peringkat umur. Larian sejauh 5 km bermula 6.45 pagi dengan sesi memanaskan badan dan kemudiannya berlangsung pelepasan flag-off pada jam 7.00 pagi yang disempurnakan oleh Karakter Keluang Man, Maskot BeBe, dan wakil dari DBKL, YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif Datuk Bandar Kuala Lumpur. 

Bersempena Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) edisi 18 Mei 2025, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah meluangkan masa bagi melepaskan peserta-peserta KLCFM pada pagi ini

Pelepasan telah dilaksanakan melibatkan penyertaan daripada peserta Keluang Man Wonda Fun Run. Penganjuran edisi kali ini turut menyerlahkan semangat kolaborasi antara pelbagai pihak merangkumi sektor awam, pihak swasta, masyarakat sivil dan komuniti tempatan. Pendekatan 4P – Public, Private, People, Partnership yang diterapkan membuktikan bahawa kejayaan sesuatu inisiatif bandar raya bergantung kepada penglibatan menyeluruh semua pihak

KLCFM bukan sekadar aktiviti riadah dan fizikal, malah menjadi medium advokasi penting ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang sihat, mesra alam, lestari dan berdaya huni untuk semua

Uniknya larian ini menyaksikan peserta tampil dengan memakai topeng Keluang Man dan mereka yang bertuah turut mendapat jersi eksklusif edisi terhad. Tambah mengujakan, ia turut disertai barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Sham Sunder, Razzuan Rosli, penyanyi lagu tema Keluang Man, Krisya dan kumpulan S.O.G.

Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kami amat berterima kasih atas sokongan teguh peminat Keluang Man serta para peserta larian, dan juga rakan kerjasama Wonda Kopi dan DBKL yang telah merealisasikan acara larian ‘Keluang Man WONDA Fun Run’ hari ini. Acara ini bukan sekadar meraikan kemunculan filem Keluang Man di pawagam pada 29 Mei nanti, tetapi satu usaha membawa dunia Keluang Man lebih dekat kepada masyarakat. Keluang Man mencerminkan keberanian, kekuatan dan ketangkasan, jadi kami mahu nilai dan semangat tersebut mampu menyuntik inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk kekal aktif dan cergas, sekali gus percaya bahawa setiap daripada kita mampu menjadi superhero dalam kehidupan seharian.”

Terdapat juga aktiviti-aktiviti di booth untuk disertai para peserta seperti sesi bertemu dan bergambar dengan barisan pelakon Keluang Man dan maskot watak BeBe, persembahan oleh penyanyi Krisya dan S.O.G, cabutan bertuah, jualan ‘merchandise’ Keluang Man, siaran luar oleh radio nombor 1 paling legit di Malaysia, ERA dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menikmati sampel Wonda Kopi Kluang, Wonda-ful Keluang Man burger, dan tawaran menarik daripada Iconic Animation Studio, Fung Keong dan Abstrax.

Dalam pada itu, Keluang Man melangkaui layar perak apabila kolaborasi bersama Wonda Coffee dalam menghasilkan air minuman ‘Wonda Kopi Kluang’ berjaya mencatat jualan luar biasa melebihi 2 juta tin dalam tempoh lapan bulan.

Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions. Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.

Bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, treler rasmi terakhir telah pun dilancarkan semalam selepas trailer rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform Tik Tok @astroshawofficial. Keluang Man mengisahkan tentang Borhan, seorang pesakit psikiatri, sering melarikan diri dari hospital di malam hari. 
Apabila sejarah lamanya kian menghantuinya, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula menuju ke arah dendam, dan tanpa sengaja, dalam proses ini Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. 

Terima kasih Astro Shaw, Keluang Man, Wonda dan Decathlon


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/05/keluang-man-wonda-fun-run-menghimpunkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 192 hits
NOR AINNA HAMZAHKeadaan kebakaran membabitkan ladang ternakan ayam telur berkeluasan lebih kurang 10 ekar di Ladang Bukit Bertam Jalan Linggi Lubuk Cina di sini pagi tadi IHSAN POLISREMBAU Sebanyak 11 kandang ayam telur yang diperbuat darip...
Filem Keluang Man Superhero Og Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025

Filem Keluang Man Superhero Og Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 142 hits
Filem Keluang Man Superhero OG Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025 Assalamualaikum semua Siapa sangka dari siri animasi ke layar perak Keluang Man kini muncul semula dalam versi filem Kalau korang membesar dengan siri animasi...
Lebih 285 000 Kes Kad Pengenalan Hilang Setengah Daripadanya Milik Golongan Belia Mereka Cuai

Lebih 285 000 Kes Kad Pengenalan Hilang Setengah Daripadanya Milik Golongan Belia Mereka Cuai

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 115 hits
Sebanyak 142 535 kes kehilangan kad pengenalan direkodkan tahun lalu membabitkan 50 peratus daripada keseluruhan 285 568 kes dan majoritinya melibatkan golongan belia berumur antara 15 hingga 30 tahun Memetik laporan Berita Harian Menteri B...
Filem Keluang Man Akan Gagal Di Pawagam

Filem Keluang Man Akan Gagal Di Pawagam

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 150 hits
Keluang Man Bakal Terima Tentangan Hebat dari Ejen Ali Jika ia Mahu Bersaing Dalam Genre Adiwira yang Serius dan Dark Setelah bertahun menunggu dan berharap diacah dengan pelbagai poster dan gambaran tak jadi akhirnya kita bakal menerima na...
Boleh Peluk Cium Dia Ke Tiket Konsert G Dragon Di Kl Dijual Semula Sampai Cecah Rm28 000

Boleh Peluk Cium Dia Ke Tiket Konsert G Dragon Di Kl Dijual Semula Sampai Cecah Rm28 000

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 98 hits
Sejak G Dragon mengumumkan konsert solo bermensch di Malaysia sudah ramai yang bersedia untuk menyertai peperangan tiket Artikel Berkaitan Sudah pun mula dijual sejak beberapa hari lalu mengikut peringkat keutamaan siapa sangka ia akan meni...
Masjidil Haram Kini Dilengkapi 8 000 Pembesar Suara Dan Sistem Audio Tercanggih

Masjidil Haram Kini Dilengkapi 8 000 Pembesar Suara Dan Sistem Audio Tercanggih

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 56 hits
Masjidil Haram di Makkah kini dilengkapi sistem audio tercanggih dengan 8 000 pembesar suara yang meliputi kawasan seluas 650 000 meter persegi termasuk di dewan solat laman dan jalan sekitarnya Sistem ini memastikan azan khutbah dan solat ...
Fitnah Hannah Yeoh Guna Buku Untuk Sebar Ajaran Kristian Pensyarah Kanan Diarah Bayar Saman Rm400 000

Fitnah Hannah Yeoh Guna Buku Untuk Sebar Ajaran Kristian Pensyarah Kanan Diarah Bayar Saman Rm400 000

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 62 hits
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff perlu membayar ganti rugi berjumlah RM400 000 kepada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berikutan dua hantaran berunsur fitnah yang...
Konsert Jessc Meriah Berjaya Pukau 5 000 Penonton Di Arena Of Stars Genting Highlands

Konsert Jessc Meriah Berjaya Pukau 5 000 Penonton Di Arena Of Stars Genting Highlands

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 102 hits
Hi Korang PENYANYI JessC berjaya memukau 5 000 penonton yang hadir bagi menyaksikan konsert Jessie Chung World Tour 2025 yang diadakan di Arena Of Stars Genting Highland pada malam Selasa Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu menyaji...
Counterfeit Bags Shoes Worth Over Rm250 000 Seized Near Border

Counterfeit Bags Shoes Worth Over Rm250 000 Seized Near Border

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 71 hits
The Kedah branch of the domestic trade and cost of living ministry seizes the goods in two lorries near the Bukit Kayu Hitam border checkpoint the Call Centre at 1 800 886 800 email to or by contacting the Kedah domestic trade and cost of l...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi

Maksud Tanggungjawab

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Awis Spin Harapan Palsu Chord

Penyediaan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1