Kari Daging Dengan Ubi Kentang



Saya selama ini tidak pernah menulis secara terang terangan yang saya berkhidmat di Bank Negara Malaysia. Ramai yang tahu kerana pernah melihat gambar saya menghadiri majlis makan malam atau family day yang menpunyai logo BNM. 

Saya merupakan pemegang biasiswa Bank semasa menuntut di Universiti Malaya. Jadi selepas tamat pengajian, saya terus diambil berkhidmat. Insya Allah dalam masa dua minggu lagi saya akan bersara dari perkhidmatan. 

Jadi sepanjang minggu perintah kawalan pergerakan ini, seolah fasa sebelum persaraan. Saya mula belajar menyesuaikan diri dengan suasana baru. Berada dalam suasana badan yang sentiasa berpeluh dan melekit.

Tiada lagi dalam aircond walaupun di rumah saya menpunyai banyak aircond tapi bukan centralised aircond. Saya cuba untuk tidak berada dalam aircond sepanjang masa. Kan melambung pula bil elektrik setiap bulan. Kena belajar berhemah dalam berbelanja kerana selepas ini, tiada lagi gaji bulanan.

Rupanya berada di rumah ini, masa bergerak sangat pantas. Nak cari masa untuk mengaji juga, sangat mencabar. Selepas habis tugas di dapur, saya dah berpeluh dan kepenatan. Kalau di pejabat, saya banyak duduk di ruang kerja saya atau menghadiri mesyuarat di bilik mesyuarat sahaja. Tapi di rumah kena bergerak pantas ke sana ke mari. Itu pun Hubby masih ada di rumah kerana PKP, jadi dia membantu juga saya apa yang patut. 

Doakan agar saya dapat menyesuaikan diri di rumah dengan baik dan gembira. Kalau tidak, terpaksa lah mencari khidmat seorang pembantu rumah. Tapi kalau ada maid, bukan ada banyak kerja di rumah ini. 

Sekarang kita masuk pula bab resepi. Hari ini resepi kari daging. Mungkin resepi biasa pada ibu ibu tapi mungkin bermanafaat untuk anak anak yang baru belajar memasak atau baru berjinak jinak di dapur.

Selain dimakan dengan nasi putih, saya juga makan kari daging ini dengan homemade roti canai di SINI. Kalau makan dengan roti canai, kuah lebih sedap jikanya dibuat agak pekat pekat sedikit. Selain itu, masa di kampung dulu kami biasa makan kari atau kami panggil sebagai gulai daging dengan roti bata. Memang sedap. 

Memasak daging lebih cepat bila saya merebus daging menggunakan periuk tekanan. Dalam 20 minit dah lembut sebab saya tak suka daging yang terlalu lembut. Nanti dah tak terasa seperti daging lah pulak. 

Sementara daging direbus, saya menyediakan bahan bahan termasuk menumis. Untuk menyediakan kari yang sedap, bahan tumis hendaklah benar benar masak. Tumis lama lama dengan api yang perlahan. 

Cara saya, bila menumis rempah, saya akan masukkan rempah kering dan dikacau dengan cepat sebelum dimasukkan air. Dengan cara ini, rempah kari akan wangi dan lebih garing. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Cara biasa sahaja tapi mungkin teknik memasak yang membezakan cara memasak antara seorang dengan seorang yang lain. Selamat mencuba...


Kari Kambing Dengan Ubi KentangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:700-800 gram daging2 biji ubi kentang4-5 ulas bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hiris1 inci halia - hirisRempah penumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga2 tangkai daun kari3 sudu besar rempah kari daging 
Sedikit serbuk cili/cili kering kisar 250 ml santan kotak½ sudu kecil pes asam jawa1 sudu besar kerisikGaramSedikit gula Melaka
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang bawang, halia yang dihiris serta daun kari. Tumis sehingga naik bau. 
Masukkan rempah kari serbuk dan serbuk cili. Kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit. Kemudian, baru masukkan sedikit air. Biarkan ianya mendidih dan pecah minyak. Nota: jangan bancuh rempah kari dengan air, biarkan kering.
Setelah itu, dimasukkan ubi kentang dan daging. Terus masak sehingga daging empuk. Nota: saya rebus daging dengan periuk tekanan selama 20 minit. 

Setelah daging hampir empuk, masukkan santan, air rebusan daging secukupnya. Biarkan ianya masak dan daging empuk dan kuah benar benar terbit minyak. 

Akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam, kerisik dan gula melaka secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/kari-daging-dengan-ubi-kentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kurma Daging Dan Telur

Kurma Daging Dan Telur

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 422 hits
Ini adalah lauk semalam Lauk hari ke6 lockdown Memang bukan full lockdown hanya perintah kawalan pergerakan Tapi tak apalah dah ramai yang familiar dengan istilah lockdown kita guna jer lah lockdown Jangan ada lak yang nak mengomen itu ini ...
Batang Ubi Kayu Bantu Kawal Penularan Covid 19

Batang Ubi Kayu Bantu Kawal Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 261 hits
PENEMUAN SENSASI Batang ubi kayu diyakini boleh mencegah dari merebaknya wabak Covid 19 dalam musim PKPCaranya penyediaannya 1 Ambil batang ubi kayu yang sudah matang 2 Bersihkan dengan buang daun yang ada 3 Potong sekurangnya satu meter be...
Ini Steak Non Daging Pertama Di Dunia Yang Dibuat Dengan Teknologi 3d Printing

Ini Steak Non Daging Pertama Di Dunia Yang Dibuat Dengan Teknologi 3d Printing

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 316 hits
Ada steak non daging yang dibuat dengan teknologi 3D printing lho Seperti ini penampilannya
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 543 hits
Daging Salai Masak Lomak Cili Api Resepi Turun Temurun Mak Den Kalau orang nogori tak pandai masak lomak cili api memang nak kono ni tapi bukanlah kono penampar yo tapi kono ajar sampai pandai jo hehehe Tak berani den nak tampar anak The po...
Kalau Boleh Hidup Makan Ikan Kering Jangan Cemburu Orang Yang Nak Makan Daging

Kalau Boleh Hidup Makan Ikan Kering Jangan Cemburu Orang Yang Nak Makan Daging

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 408 hits
Masih hangat diperkatakan isu artis meminta dana khusus untuk penggiat seni sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan nampaknya perkara itu menjadi semakin panas apabila ianya mencetuskan perbalahan antara netizen dan segelint...
Pulih Dari Corona Dan Dibuka Kembali Pasar Wuhan Jual Daging Kelelawar Lagi

Pulih Dari Corona Dan Dibuka Kembali Pasar Wuhan Jual Daging Kelelawar Lagi

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 292 hits
Setelah dua bulan alami lockdown kini pasar Huanan di Wuhan China mulai beroperasi dan kembali menjual hewan liar Seperti yang diketahui bahwa pasar seafood Huanan di Wuhan China merupakan tempat pertama kali di mana virus corona muncul pad...
Foto Orang Zimbabwe Berpestakan Daging Gajah

Foto Orang Zimbabwe Berpestakan Daging Gajah

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 363 hits
Foto foto dibawah memaparkan seekor gajah yang telah mati di Zimbabwe Tidak lama kemudian penduduk kampung di sekitar beramai ramai datang mengurumuni gajah yang tidak bernyawa itu lalu memotong motong dagingnya untuk di jadikan santapan me...
Ubi Kayu Goreng Berempah Ratus

Ubi Kayu Goreng Berempah Ratus

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 283 hits
Bahan bahan diperlukan 500 gram ubi kayu Garam secukup rasa 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 sudu makan udang kering 3 sudu makan minyak masak 3 tangkai daun kari 1 sudu makan serbuk kari 1 sudu teh serbuk kunyitCara menyediakan da...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16