Ismail Sabri Buat Laporan Polis Skmm Isu Artikel Fitnah Kaitkan Dirinya Dengan Serangan Anak Rafizi


Ismail Sabri buat laporan polis, SKMM isu artikel fitnah kaitkan dirinya dengan serangan anak Rafizi
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Foto NSTP KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membuat laporan polis berhubung fitnah mengaitkannya dengan kes serangan anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli pada 13 Ogos lalu.
Beliau berkata laporan polis dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.
Katanya, laporan polis itu juga membabitkan fitnah mendakwa beliau terbabit skandal membabitkan sebuah syarikat swasta, kedua-dua artikel berbaur fitnah itu dimuat naik menerusi sebuah akaun Facebook.
“Pada 18 Ogos 2025 (Isnin), Setiausaha Akhbar saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
“Laporan dibuat terhadap sebuah laman Facebook yang memuat naik dua artikel palsu serta fitnah mengaitkan saya dengan kejadian yang menimpa anak Datuk Seri Rafizi serta skandal membabitkan sebuah syarikat swasta.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien? Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

“Satu laporan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Facebook supaya tindakan segera diambil terhadap laman serta pengendali atau pemiliknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ismail Sabri menegaskan keseluruhan kandungan artikel berkenaan adalah tidak benar serta berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.
“Saya mohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik atau pengendali akaun Facebook ini serta mana-mana pihak yang menyebarkan artikel terbabit,” katanya.
Menurut beliau, tindakan undang-undang juga akan diambil oleh peguamnya.
Menerusi kenyataan sama, Ismai Sabri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rafizi atas penjelasan bahawa bahawa kes serangan itu tiada kaitan dengannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan Game Over Kepada Ahmad Terrirudi Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Terdahulu, media hari ini melaporkan Rafizi menafikan pembabitan Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin dalam kes serangan terhadap anaknya di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, pada 13 Ogos lalu itu.
Rafizi dilaporkan berkata, tindakan mengaitkan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kesihatan itu adalah cubaan jahat mengalihkan perhatian.
Menurutnya, persoalan mengenai siapa dalang di sebalik serangan dan penghantar mesej yang memintanya berdiam mula timbul.
Malah, beliau juga pernah mengesahkan ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai skandal yang sedang ditelitinya seminggu sebelum serangan itu berlaku.
Rafizi sebelum ini turut dilaporkan berkata beliau menolak kemungkinan serangan dibuat terhadap anak lelakinya disebabkan pertemuannya bersama satu kumpulan pendedah maklumat atau ‘whistleblower’ berkait sebuah skandal.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, ia juga cubaan untuk menutup mulutnya mengenai perkara berkenaan.
Beliau mendakwa seorang lelaki mengheret anaknya yang berusia 12 tahun dan mencucuk dengan jarum suntikan secara tiba-tiba ketika mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah itu pada 1.45 tengah hari.
Siasatan berhubung kes itu kini diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ismail Sabri buat laporan polis, SKMM isu artikel fitnah kaitkan dirinya dengan serangan anak Rafizi  
DISYORKAN UNTUK ANDA : Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya? Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

The post Ismail Sabri buat laporan polis, SKMM isu artikel fitnah kaitkan dirinya dengan serangan anak Rafizi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2025/08/21/ismail-sabri-buat-laporan-polis-skmm-isu-artikel-fitnah-kaitkan-dirinya-dengan-serangan-anak-rafizi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Motosikal Suspek Serangan Anak Rafizi Disyaki Guna Nombor Pendaftaran Palsu Polis

Motosikal Suspek Serangan Anak Rafizi Disyaki Guna Nombor Pendaftaran Palsu Polis

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 116 hits
Motosikal Suspek Serangan Anak Rafizi Disyaki Guna Nombor Pendaftaran Palsu Polis KUALA LUMPUR 14 Ogos Motosikal digunakan dua individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ram...
Penjelasan Rafizi Ramli Isu Tuduhan Terkait Kj Dan Ismail Sabri

Penjelasan Rafizi Ramli Isu Tuduhan Terkait Kj Dan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 91 hits
Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ Saya tak selidik atau sentuh kedua duanya ini cubaan jahat mengalihkan perhatian Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu lepas soalan yang ser...
Serangan Terhadap Anak Rafizi Siasatan Polis Temui Petunjuk Positif

Serangan Terhadap Anak Rafizi Siasatan Polis Temui Petunjuk Positif

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 119 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata pihaknya menemukan beberapa petunjuk positif untuk mengesan suspek serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di sebuah pusat beli belah di Putrajaya...
Kes Serangan Anak Rafizi Polis Selangor Serahkan Siasatan Kepada Jsj Bukit Aman

Kes Serangan Anak Rafizi Polis Selangor Serahkan Siasatan Kepada Jsj Bukit Aman

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 97 hits
Kes Serangan Anak Rafizi Polis Selangor Serahkan Siasatan Kepada JSJ Bukit Aman SHAH ALAM 17 Ogos Siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Polis D...
Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 274 hits
Corporate Watch myRafizi Ramli bukan calang calang nama Dari NFC hingga 1MDB dia pernah menggegarkan negara dengan pendedahan skandal berbilion ringgit Kini bisik bisik panas dalam kalangan orang dalam mengatakan ada satu lagi bom di tangan...
Nurul Izzah Kecam Serangan Terhadap Anak Rafizi Desak Tindakan Segera

Nurul Izzah Kecam Serangan Terhadap Anak Rafizi Desak Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 136 hits
PETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengecam sekeras kerasnya serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli yang disifatkannya sebagai satu tindakan keji dan melampau Beliau berkata tiada kanak...
Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 188 hits
Bahaya ada di mana mana Tak kira siapa pun kita anak menteri sekalipun tak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Kejadian di Putrajaya petang semalam membuktikan bahawa keselamatan anak anak sentiasa perlu diberi perhatian walau di temp...
Pemuda Harapan Gesa Siasat Segera Kes Serangan Anak Rafizi

Pemuda Harapan Gesa Siasat Segera Kes Serangan Anak Rafizi

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 130 hits
HarapandailyAugust 14 2025Angkatan Muda Harapan menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarga susulan insiden yang dilaporkan melibatkan anak beliau di Putrajaya tengah hari semalamD...
Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga

Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 145 hits
Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga SHAH ALAM 14 Ogos Polis memperketat kawalan keselamatan terhadap Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarga susulan serangan terhadap anak lelakinya di sebuah pusat beli bela...
Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

The Weekend That Brought Us Back To Simple Joy

Create Your Next Masterpiece With The All New

Lima Remaja Didakwa Guna Perkataan Mencela Terhadap Zara Qairina

Double Jeopardy In Zara Case Lawyer Says It Depends

Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Presbyond Laser Explained The Science Behind Age Related Vision Correction


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Daging Masak Hitam

Your Email Alcatraz77 Apitlanggaq Blogger Com Will Be Blocked

Kacang Panjang Goreng Telur Dan Takdir Allah

Easy Healthy Rotisserie Chicken And Rice Recipes

Unduh Video Youtube Dengan Ssyoutube Solusi Cepat Dan Praktis

Ex Sabah Minister Fails To Secure Retrial Of Forgery Case