Hebat Dron Kamikaze M Sia Disekat As Mengapa


 
Foto Bernama

1.'Todak' - dron 'kamikaze' buatan pertama Malaysia, berfungsi serang tepat musnahkan sasaran
KUALA LUMPUR: Dron amunisi musnah sendiri atau 'kamikaze' buatan pertama Malaysia yang juga ciptaan dirintis syarikat tempatan Mindmatics, bakal dikomersialkan tidak lama lagi. Dinamakan sebagai 'Todak', dron inovatif itu mengambil masa setahun untuk dibangunkan dan kini masih dalam proses kajian dan pembangunan lebih lanjut yang dijangka selesai enam bulan lagi.Memperkenalkan senjata itu pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di sini, Pengurus Projek Azman Ahmad, berkata dron terbabit berfungsi menyerang dengan tepat untuk memusnahkan sasaran yang dikehendaki."Sebelum ini, kami telah membangunkan dron pemantauan tetapi kali ini, kami maju selangkah lagi dengan dron 'kamikaze' untuk objektif dan tujuan khusus."Terdapat beberapa agensi menunjukkan minat terhadap produk ini, dan kami melihat ada potensi pasaran dalam kalangan agensi penguat kuasa tempatan serta wilayah," katanya kepada Bernama di reruai Mindmatics pada pameran itu yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC), di sini.'Todak' yang direka bentuk sebagai amunisi risikan dalam industri pertahanan, turut dilengkapi algoritma kawalan Kecerdasan Buatan (AI) serta Unit Kawalan Api (FCU) bersaiz kecil.Azman berkata, dron itu dikuasakan dengan bateri litium-besi pepejal 25.5 voltan dengan masa operasi hingga 40 minit, selain berupaya terbang serta menyerang sasaran pegun atau bergerak tanpa memerlukan input"'Todak' berukuran dua meter (m) panjang dengan kelebaran sayap 1.35m dan berat pelepasan maksimum 12 kilogram (kg). Ia mampu membawa beban seberat 3kg dan mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dengan kaedah pelancaran menggunakan lastik (catapult)," katanya. – BERNAMA
2. Amerika kenakan sekatan ke atas firma Malaysia, Indonesia susulan program dron Iran
Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan sekatan keatas sepuluh entiti dan empat individu di Iran, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. Dron yang dapat dilihat di satu lokasi yang tidak didedahkan di Iran, dalam imej yang diedarkan oleh Tentera Iran pada 20 April 2023.
Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan ke atas empat firma di Malaysia dan satu di Indonesia, yang mana ianya dilihat sebagai salah satu langkah baharu dalam mengekang program dron Iran.
Washington menuduh Iran membekalkan dron berbahaya kepada proksi pengganas di Timur Tengah dan juga kepada Rusia untuk digunakan di Ukraine.
Menurut Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, pihaknya telah menyasarkan sepuluh entiti dan empat individu di beberapa buah negara – Iran, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia- yang dipercayai terlibat dengan rangkaian yang memudahcara perolehan komponen yang bernilai ratusan ribu dolar bagi kegunaan Pertubuhan Jihad Sara Diri Pasukan Kor Aeroangkasa Pengawal Revolusi Islam (Islamic Revolutionary Guard Corps Aerospace Force Self Sufficiency Jihad Organization).
Terdahulu, Amerika telah mengarahkan dua siri sekatan yang menyasarkan pengeluaran dron “Shahed” oleh pihak Pengawal Revolusi yang bercirikan serangan sehala dilengkapi dengan kepala peledak dan kupayaan memusnahkan diri sendiri, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut pada Selasa.
“Pihak Amerika Syarikat, dalam kerjasama rapat dengan rakan dan sekutu kami, akan terus menggunakan sepenuh keupayaan dan kuasa untuk membantutkan rangkaian perolehan haram ini, selain memastikan individu dan entiti yang menyokong mereka dipertanggungjawabkan,” kata Setiausaha Bahagian Keganasan dan Perisikan Kewangan Brian Nelson.
Sementara itu, Amerika telah mendakwa seorang warga Iran Hossein Hatefi Ardakani atas tuduhan mengetuai rangkaian tersebut yang dikatakan menjalankan operasi melalui beberapa entiti syarikat di Asia dan Timur Tengah.
Entiti berkenaan mengeksport teknologi sensitif merangkumi barangan seperti servo motor, pam minyak elektrik dan antena- di mana kebanyakan daripada barangan itu dikategorikan sebagai teknologi dwi kegunaan yang mana ianya boleh digunakan samaada untuk tujuan orang awam mahupun ketenteraan.
Senarai entiti Malaysia yang dikenakan sekatan oleh Pejabat Kawalan Aset Luar Negeri Jabatan Perbendaharaan AS adalah Arta Wave, Integrated Scientific Microwave Technology, Nava Hobbies dan Skyline Advanced Technologies.
Manakala firma Indonesian yang tersenarai dalam sekatan tersebut adalah Surabaya Hobby, yang mengiklankan dirinya sebagai penjual sah dron DJI buatan China.
Sekatan dikenakan ke atas firma terbabit kerana membantu penghantaran sekurang-kurangnya 100 servo motor ke sebuah lagi syarikat Iran yang disekat, Pishgam Electronic Safeh.
Dalam masa yang sama, pemilik kepada Surabaya Hobby, Agung Surya Dewanto, turut dikenakan sekatan secara individu ekoran penglibatannya dalam pengurusan penghantaran, tambah jabatan tersebut.
Impak arahan sekatan ke atas individu atau syarikat secara langsung menghalang pihak terlibat dari sebarang akses aset-aset dalam Amerika Syarikat selain menghalang warganegara tersebut atau institusi kewangan dari berurusan dengan mereka.
Sehubungan dengan sekatan baharu itu, Jabatan Kehakiman AS mengumumkan pendakwaan terhadap Ardakani dan seorang warga China, Gary Lam, yang turut dikenali sebagai Lin Jinghe, atas kesalahan berkaitan perolehan haram selain aktiviti mengeksport teknologi sensitif dan dwi kegunaan buatan Amerika kepada Iran.
“Langkah yang diambil hasil kerjasama dengan Jabatan Perbendaharaan pada hari ini menunjukkan komitmen Jabatan Kehakiman dalam memastikan peralatan ketenteraan tidak jatuh ke tangan rejim Iran,” kata pembantu peguam negara Matthew G. Olsen dari bahagian Keselamatan Negara Jabatan Kehakiman.
Iran telah lama menjadi sasaran sekatan Amerika Syarikat sejak tahun 1979, ekoran insiden pelajar Iran radikal bertindak menjadikan pekerja di Kedutaan AS sebagai tebusan di Tehran.
Ili Shazwani Ihsan di Kuala Lumpur turut menyumbang dalam laporan ini.


3. Permintaan terhadap dron 'kamikaze' buatan Iran meningkat - Pakar 
Dron Shahed-136. - Foto AGENSI


TEHRAN: Walaupun Israel dan Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya menembak jatuh sebahagian besar dron 'kamikaze' dalam serangan dilancarkan baru-baru ini, namun ia dijangka tidak akan menjejaskan minat pelbagai negara terhadap dron buatan Iran itu.
Dron 'kamikaze' bukanlah sesuatu yang baharu dan ia juga dibekalkan AS kepada Ukraine dalam peperangan yang berterusan dengan Russia.
Dron ini adalah pesawat kecil tanpa pemandu yang penuh dengan bahan letupan yang boleh diterbangkan terus ke kereta kebal atau sekumpulan tentera. Apabila mengenai sasaran, ia terus meletup.
Nama 'kamikaze' itu berasal daripada juruterbang kamikaze Jepun era Perang Dunia I yang digeruni, apabila melakukan serangan berani mati dengan sengaja merempuh pesawat berisi bahan letupan mereka ke sasaran musuh.
Seorang pakar teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem tanpa pemandu sebuah badan pemikir di Washington, Samuel Bendett, berkata kebanyakan negara yang bercadang memperoleh dron buatan Iran tidak akan berhadapan dengan sistem pertahanan udara yang canggih seperti sistem pertahanan tercanggih Israel yang digelar Iron Dome (Kubah Besi).
"Pada negara-negara ini, dron buatan Iran adalah amat berkesan jika digunakan terhadap musuh-musuh mereka.
" 'Kejayaan Israel mematahkan serangan dron Iran baru-baru ini tidak akan membantutkan jualan dron Iran.Negara-negara yang mahu dasar politik dan ketenteraan yang bebas daripada pengaruh AS akan tetap membeli dron buatan Iran," katanya.
Penggunaan dron 'kamikaze' buatan Iran dalam konflik di Ukraine dan Asia Barat melonjakkan minat pelbagai negara yang dilaporkan 'berlumba-lumba' untuk memulakan rundingan dengan Tehran bagi memperoleh dronn buatan negara itu.
Maklumat dan data yang diperoleh daripada Institute of Peace, AS menyatakan selain kumpulan proksi seperti Hizbullah dan di Iraq serta Syria, Tehran turut mengeksport dron keluarannya kepada sekurang-kurangnya tujuh negara.
Tujuh negara itu, termasuk Tajikistan dan Venezuela, malah agensi berita Reuters juga mengatakan dron buatan Iran kini turut digunakan dalam konflik yang sedang berlaku di Sudan.
"Sasaran potensi bagi eksport dron Iran selepas ini termasuk Bolivia dan Belarus, tetapi kita juga boleh menjangkakan lebih banyak dron Iran digunakan di negara-negara di Afrika dan juga Amerika Selatan," menurut seorang penganalisis.
Pada ketika ini, dron buatan Iran digunakan di empat benua daripada Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
Pada Februari lalu, Russia dilapor bersetuju untuk membelanjakan AS$1.75 billion dalam usahanya untuk menghasilkan kira-kira 6,000 dron 'kamikaze' Shahed-136 keluaran Iran untuk digunakan oleh tenteranya untuk membedil sasaran di Ukraine. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Malaysia sudah mula bergerak selangkah ke depan, buat dron sendiri.. Bolehkah ikut dron Iran atau pun dron Israel?
Sekian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/05/hebat-dron-kamikaze-msia-disekat-as.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 120 hits
Solat merupakan ibadah yang penting istimewa dan unik Solat dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung Solat juga merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia Dari segi amalan ...
Pegawai Sekatan As Akan Lawat M Sia Isu Dana Ke Iran Hamas

Pegawai Sekatan As Akan Lawat M Sia Isu Dana Ke Iran Hamas

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 66 hits
Malaysiakini nbsp Terdapat peningkatan jumlah dana yang mengalir ke Iran dan proksinya termasuk Hamas melalui sistem kewangan Malaysia menurut satu laporan Memetik sumber yang enggan namanya disiarkan Reuters berkata pegawai tertinggi sekat...
Euro Perlu Menyerah Penentangan Adalah Sia Sia

Euro Perlu Menyerah Penentangan Adalah Sia Sia

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 65 hits
Pada hari Isnin kenaikan harga EUR USD cuba meningkat dengan bantuan dari komen agresif oleh pejabat Bank Pusat Eropah data inflasi dari Spanyol dan khabar angin tentang gencatan senjata antara Israel dan Hamas Namun pertumbuhan yang semaki...
Lirik Hello Kaamatan Ika Manda Dabra Sia

Lirik Hello Kaamatan Ika Manda Dabra Sia

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 89 hits
verse berdebar debar jantungku inibila tiba sudah bulan 5koling mamakoling bapasaya mahu pulang sudahlangadon oku ih tambalutkukopiruba soira ku kogulimanau panaumansau ansaukano tokou mamaramaibridgekau dan aku bersama sama rumamaikau dan ...
Dokumen Dedah Lebih 300 Warga M Sia Ada Hartanah Di Dubai

Dokumen Dedah Lebih 300 Warga M Sia Ada Hartanah Di Dubai

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 106 hits
BONGKAR DUBAI l Dengan gemerlapan bangunan pencakar langit kediaman mewah dan pusat beli belah berjenama Dubai menarik begitu ramai golongan kaya dan terkenal di seluruh dunia Pelabur sama ada yang sah atau meragukan turut tertarik dengan p...
Anak Korea An Dan Kim Bersinar Dengan Hasil Yang Hebat Di Top 5

Anak Korea An Dan Kim Bersinar Dengan Hasil Yang Hebat Di Top 5

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 114 hits
PEMAIN GOLF DARI SELATAN KOREA Byeong Hun An dan SH Kim membuat minggu itu menjadi kenangan yang berharga dengan menduduki tempat keempat bersama di The CJ Cup Byron Nelson pada hari Ahad dengan Taiga Semikawa dari Jepun juga tersenyum ceri...
Nak Tau 5 Langkah Menjadi Insan Hebat

Nak Tau 5 Langkah Menjadi Insan Hebat

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 110 hits
Nak tau 5 langkah menjadi insan hebat Kredit image to Google 1 Imej diri Letakkan mindset saya nak jadi hamba allah yang taat sebab level tertinggi adalah dengan menjadi hamba Allah yang taat 2 Aqidah Iaitu kepercayaan dan keyakinan kita ke...
Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 120 hits
Saya sering ditanya tentang makanan yang patut atau tidak patut diambil pada masa yang sama Ada sesetengah individu berpendapat bahawa dengan tidak menggabungkan protein dan karbohidrat dalam sajian yang sama mereka dapat mengurangkan berat...
Fuhhhh Hebat

Fuhhhh Hebat

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 56 hits
HarakatdailyPemilik Darsa anggap ayam goreng dua ketul RM17 tidak mahal Target market kami mereka yang suka harga barang naik ujarnya lagi
13 Ditahan Serang Restoran Kfc

Petronas Still Most Valuable Malaysian Brand Maybank Slips In Brand Finance Rankings

Pyan Habib Dan Yang Pertama

Lelaki Maut Tertimbus Tar Dalam Kemalangan

Chinese Parents Aren T Opposing Bm S National Language Status Only Want Science Maths Continue To Be Taught In English

Jualan Vivo 6 6 Hadir Dengan Potongan Harga Sehingga Rm400

Ngo Urges Authorities To Probe Alleged Conversion Of Teens Into Islam

Drama Terjerat



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kiblat Ke Syurga Astro Ria

Siapa Teme Abdullah Ini Biodata Penulis Buku Yang Sering Mengaburkan Mukanya Ini

Biodata Sofea Shra Personaliti TikTok Terkenal

10 Fakta Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah 2024 Yang Ramai Tak Tahu Gandingan Pelakon Erysha Emyra MK K Clique Siaran TV3 Malaysia Tonton

5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan


Purple Garden Restaurant By Ldp Interior Design In Hangzhou China

Hadiah Hari Jadi Yang Lewat Tiba

Nik Fatin Jodoh Temuwe Chord

Daftar Dron Caam Uas Tm

Mca Gerakan Slam Govt Over Dlp Circular

Man Claims Trial To Charge Of Throwing Cat Into River