Camping Di Amba Waterfall Campside



Saya dan empat teman camping di Amba Waterfall Campside 3 hari 2 malam pada awal September 2025. Hari pertama setelah mendirikan khemah, kami mandi di sungai dan masak untuk makan malam.



Amba Waterfall Campside bersih terjaga di dalam dusun durian tepi sungai. Terdapat berbagai saiz dan jenis tapak di sini. Harga tapak juga berbeza. Ada tapak yang dibina pelantar, batu kerikil dan pondok.



Hari kedua, sebelah pagi saya dan seorang teman pergi mendaki Bukit Liman Kati. Jarak  Amba Campside ke starting point Bukit Liman Kati sekitar 13 kilometer. Selesai mendaki Bukit Liman Kati kami menziarahi teman lama saya yang tinggal di sekolah pondok di Kuala Kangsar tidak berapa jauh dari Bukit Liman Kati.

Dalam perjalanan pulang ke Amba Waterfall Campside, kami singgah di Kampung Labu Kubong. Kampung ini viral di media sosial kerana suasana damai kampung yang dikelilingi sawah padi dan tali air yang jernih tempat anak-anak kampung mandi manda

 

Petang hari kedua kami menghabiskan masa mandi manda, masak, makan dan bercerita hingga lewat malam di campside. 


Hari ketiga, selepas sarapan kami trekking ke Bukit Batu Ampar View Peak. Dari Amba campside kami trekking sekitar 20 minit ke Ampar View Peak ini. Sebenarnya Ampar View Peak terletak di dalam kawasan kebun persendirian Paya Lintah Hillside. Semasa kami masuk ke kawasan Paya Lintah Hillside, kami menyapa pemilik kebun dan meminta kebenaran ke Ambar View Peak seperti adat orang berkunjung




Pemilik Paya Lintah Hillside memberi kami sepotong nangka hasil kebun mereka. Kami berbual seketika. Menurut mereka, ambar view point terletak dalam kawasan kebun mereka dan tiada bayaran dikenakan untuk ke sana. Namun menjaga kebersihan amatlah dititik berat. Di Paya Lintah Hillside juga terdapat beberapa buah pondok untuk bermalam. Mereka juga mempelawa kami bermalam di tempat mereka bila tiba musim durian nanti. Setelah berehat seketika di Ambar View Peak, kami kembali semula ke tapak khemah, makan, mengemas barang dan mandi sebelum pulang. 
Contact Amba Waterfall Campside: 019 8503952Contact Paya Lintah Hillside:0198633659



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2025/10/camping-di-amba-waterfall-campside.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao