Bonda Rozita Biodata Ringkas Keluarga Kerjaya
Jika anda merupakan pengguna tegar media sosial, pastinya anda mengenali sosok figura hebat yang dikenali sebagai Bonda Rozita, yang merupakan pemilik syarikat kosmetik Sendayu Tinggi dan juga ibu kepada Dato Sri Aliff Syukri.
Bagi anda yang tidak mengenali beliau, anda boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini, untuk mengetahui lebih lagi, tentang sosok ini.
Biodata Ringkas
Puan Rozita Ibrahim atau Bonda Rozita merupakan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor, Malaysia. Beliau ini dilahirkan pada 8 Jun 1970 dan usia beliau sekarang baru sahaja mencecah 55 tahun.
Berikut adalah ringkasan biodata beliau bagi memudahkan anda untuk mengenali figura ini:
Nama penuh : Rozita binti Ibrahim
Nama popular : Bonda Rozita
Tarikh lahir : 8 Jun 1970
Usia : 55 Tahun
Tempat lahir : Sungai Besar, Selangor, Malaysia
Suami : Ustaz Khairul (Abang Sulung Rebecca Nur Islam)
Anak : 6 orang, termasuk Dato’ Aliff Syukri, usahawan terkenal
Adik-beradik : Anak sulung daripada enam beradik
Latar belakang keluarga : Bapa seorang guru sekolah agama, ibu suri rumah sepenuh masa

Sejarah Keluarga Bonda Rozita
Seperti yang dinyatakan di biodata ringkas di atas, Bonda Rozita atau Rozita Ibrahim merupakan anak sulung daripada enam beradik. Beliau bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang senang, sebaliknya, ayahnya hanyalah seorang guru agama, dan ibu beliau pula ialah suri rumah sepenuh masa.
Seawal usia 18 tahun, beliau telah dinikahkan dengan lelaki pilihan keluarga, namun perkahwinan tersebut tidak bertahan lama. Penceraian tersebut menyebabkan beliau disisihkan keluarga. Beliau terpaksa meninggalkan anak dan berpindah bagi mengubah taraf hidup beliau dan anak-anak.
Setelah berpindah beliau berjaya membina nama dan kerjaya, namun perkahwinan kedua, ketiga dan keempat beliau juga telah diuji. Kini usahawan wanita terkenal ini bahagia bersama suami barunya yang juga merupakan seorang ustaz dan abang kepada seorang pelakon wanita terkenal, bersama-sama lima orang anak dan cucu-cucunya.
Berikut merupakan nama 6 orang anak-anak Rozita Ibrahim:
Noor Hayati Kamarzaman
Dato Sri Aliff Syukri
Aiman Hazim
Azizah
Nur Ain Sufiya
Maryam Nur Amani
Bonda bersama anak, menantu dan cucunya

Bonda bersama anak dan cucunya
Bonda bersama suami, Ustaz Khairul
Karier & Sendayu Tinggi
Sebelum menjadi Bonda Rozita yang anda kenali sekarang, beliau telah menghadapi pelbagai cabaran, dari penceraian, kemiskinan dan yang paling meninggalkan kesan, kehilangan anak tersayang akibat tidak mempunyai wang untuk mendapatkan rawatan.
Kehidupannya yang susah itu telah membentuk jati diri yang kuat di dalam diri Bonda Rozita Ibrahim. Pengalaman yang diperoleh sewaktu menjadi pekerja kilang, penoreh getah, peniaga nasi lemak, penyambut tetamu dan eksekutif promosi digunakan sebaik mungkin untuk membentuk empayarnya.
Bagi meyakinkan para pelanggannya, Bonda Rozita Ibrahim sendiri yang mencuba produk herba itu dan menjadi testimoni pertama produknya. Maka, beliau menggemukkan badan sebanyak 3 kali dan memakan produk herba tersebut sehingga memberikan hasil yang memuaskan.
Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Rozita Ibrahim akhirnya dapat memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang kian popular, Sendayu Tinggi.
Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi yang dahulunya Sendayu Tinggi Corporation sudah pun mempunyai 9 anak syarikat di bawahnya:
Sendayu Tinggi Holdings Sdn.Bhd.
Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn.Bhd.
Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn.Bhd.
ST Advertising Agency Sdn.Bhd.
C Max Exhibition & Promotion
Ethnique Food Industries Sdn.Bhd.
Sendayu Tinggi Properties & Maangement Sdn.Bhd.
Sendayu Tinggi Logistic (M) Sdn.Bhd.
Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn.Bhd.
Kini Sendayu Tinggi yang diuruskan Bonda Rozita ini, memiliki lebih dari 400 jenis produk pelbagai pilihan dari herba, penjagaan wajah dan tatarias diri di dalam sebuah butik ekslusif. Sendayu Tinggi mereka cipta produk termasuk dari formulasi produk, design, idea dan pemasaran hingga kepada pengguna.

Sumber: JRM Holistik Terengganu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/bonda-rozita/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bonda-rozita