Muka Je Muda Umur Tenaga Dah Tua Keluarga Bahagia Rahsia Datin Anne Ngasri Awet Muda
Bagi Datin Anne Ngasri, setiap fasa dalam hidup datang tanpa skrip. Tiada perancangan rapi, tiada jangkaan besar. Tapi bila jodoh sampai dan keputusan untuk berkahwin dibuat, beliau tahu — mental dan fizikal kena bersedia sepenuhnya untuk zuriat yang bakal hadir. Datin Anne, dengan penuh ketenangan, mengakui dia sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab itu walau usianya masih muda.
Menjadi Ibu Seawal 21 Tahun
Anak pertama hadir ketika usianya baru 21 tahun, diikuti anak kedua pada 23 dan anak ketiga pada usia 26. Dalam tempoh itu, bukan sekadar membesarkan anak, tapi beliau turut melalui fasa ujian rumah tangga yang bukan mudah tapi itulah proses yang mematangkan seorang wanita bernama Anne. Ujian yang mengajar erti kekuatan sebenar seorang ibu muda.

Nama Anak, Simbol Syukur
Tiga nama yang begitu dekat di hati — Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah — adalah sumber kekuatan utama dalam hidupnya.
“Mungkin muka je yang nampak muda tapi sebenarnya umur dan tenaga tu dah tua. Alhamdulillah, ramai yang kata saya nampak muda sedangkan saya dah tua tapi tu semua izin Allah SWT.”
Anne tak pernah berhenti bersyukur atas kehadiran mereka dalam hidupnya.Setiap anak, bagi Anne, adalah hadiah dan peluang untuk menjadi versi dirinya yang lebih baik.
“Bila diizinkan Allah SWT untuk sentiasa ada untuk melihat anak-anak membesar dan sentiasa di sisi, saya sentiasa mensyukuri nikmat itu.”
Cinta Kedua, Harapan Baru
Selepas melalui fasa sebagai ibu tunggal selama tiga tahun, Anne menemui bahagia bersama Dato’ Mohd Sumali Reduan. Mereka bernikah pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Sufi Harraz dan Nefa Naura.
Kehidupan baru ini bukan saja menambah keceriaan dalam hidupnya, tapi juga memperkukuhkan semangatnya sebagai ibu kepada lima permata hati.
Masa Berlari, Hati Semakin Dalam
Bila melihat anak-anak yang semakin membesar, Anne mengaku hatinya mudah tersentuh. Masa berlalu terlalu cepat. Dari ribut kecil di dapur, ke gelak tawa di ruang tamu, tiba-tiba anak-anak dah besar panjang.
Saat itu, dia sedar… dia pun dah semakin berusia. Tapi sebagai ibu, setiap detik itu adalah kenangan yang tak ternilai — satu perjalanan penuh air mata, pelukan dan cinta yang tidak pernah pudar.
Tonton video ini;
@pama.my Mari dengarkan sedikit curhat Datin Anne Ngasri ketika menjalani kehidupan sebagai ibu pada usia muda. #majalahpama #annengasri #ibu ♬ original sound – Pa&Ma
The post “Muka Je Muda, Umur & Tenaga Dah Tua.” Keluarga Bahagia Rahsia Datin Anne Ngasri Awet Muda appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/muka-je-muda-umur-tenaga-dah-tua-keluarga-bahagia-rahsia-datin-anne-ngasri-awet-muda/