Kerjaya Freelance Saya Sebagai Content Creator Rezeki Barakah Dari Rumah

Ramai yang tanya saya, “Emme, sekarang buat apa?”
Jawapan saya mudah saja: Saya seorang freelance content creator yang bekerja dari rumah. Tugasan utama saya antaranya mengurus beberapa Facebook Page klien, selain membina website, berniaga atas talian seperti menjual jam azan dan emas Orodesign. Saya juga seorang blogger yang mendapat pendapatan melalui blog.
Alhamdulillah, walaupun saya seorang suri rumah sepenuh masa, Allah tetap beri peluang untuk saya menjana pendapatan sendiri — dengan cara yang saya suka, dan dalam masa yang sama tak abaikan tanggungjawab saya sebagai ibu dan isteri
Apa Saya Buat Sebenarnya sebagai Freelance Content Creator?
Kerja saya melibatkan:
Merancang konten mingguan atau bulananTulis caption yang mesra audience dan berinformasiDesign visual (poster, infografik)Menjadualkan posting dan urus engagement
Kadang-kadang bantu juga dari segi strategi kempen atau branding asas
Setakat ini, saya urus page untuk usahawan Muslim, NGO dakwah, produk digital, dan juga beberapa servis perniagaan
Macam Mana Saya Mula?
Saya bermula dari blog dan sosial media sendiri. Lama-kelamaan, ada kenalan dan usahawan kecil minta tolong saya bantu mereka urus page. Dari satu klien, Allah buka jalan kepada dua, tiga dan seterusnya
Saya sedar bahawa kepakaran saya mungkin tak setanding agensi besar, tapi saya beri perhatian yang tinggi dan jagakan konten klien macam jaga konten sendiri
Rezeki Yang Datang Dari Tak Disangka
Saya selalu pegang firman Allah ini:
“Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”(Surah At-Talaq: 2-3)
Setiap kali saya rasa risau, takut tak cukup masa atau tak cukup job—ayat ni menjadi penenang. Saya percaya bila kita jaga amanah, jaga waktu, dan niat kerana Allah, rezeki pasti datang, walaupun tak selalu dalam bentuk duit. Kadang datang sebagai idea. Kadang datang sebagai peluang. Kadang datang sebagai tenaga luar biasa walaupun tidur cuma 4 jam
Apa Yang Saya Suka?
Kerja ni fleksibel. Saya boleh pilih waktu kerja saya. Pagi saya urus anak-anak dan rumah dulu. Bila malam sunyi, saya buka laptop dan siapkan konten klien satu demi satu
Saya suka bila lihat page klien makin hidup, ada respon, ada komen positif. Saya rasa puas bila posting yang saya hasilkan bantu jual produk mereka atau sampaikan mesej dakwah mereka dengan baik
Ada Cabaran?
Mestilah. Kadang stuck idea. Kadang susah dapat info dari klien. Ada juga masa saya sendiri rasa burnout—nak jadi supermom dan freelancer dalam masa yang sama bukan senang
Tapi saya selalu ingatkan diri dengan satu hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah suka jika seseorang daripada kamu melakukan suatu pekerjaan, dia melakukannya dengan tekun (itqan).”(HR al-Baihaqi)
Hadis ni beri semangat untuk saya terus buat kerja dengan bersungguh-sungguh, walaupun saya hanya bekerja dari rumah
Saya Bukan Sekadar Buat Konten
Saya anggap kerja ini sebagai satu bentuk khidmat dan dakwah. Bila saya bantu bisnes orang Islam naik, bantu NGO sampaikan mesej mereka—saya percaya itu semua akan jadi saham akhirat juga
Nak Guna Servis Saya?
Kalau anda:
Baru mula bisnes dan tak sempat urus contentNak jaga Facebook Page dengan konsistenMahu naikkan brand Muslim anda di media sosialAtau nak servis yang fleksibel ikut bajet kecil
InsyaAllah saya boleh bantu
Suri rumah pun boleh menyumbang, bukan sahaja kepada ekonomi rumah tangga—tetapi juga kepada ummah. Yang penting: niat, usaha, dan tawakal
Kalau anda pun ada minat nak jadi content creator, mulakan dari sekarang. Tulis, kongsi ilmu, bantu orang, dan bina reputasi sedikit demi sedikit. InsyaAllah, Allah akan buka jalan yang tak disangka-sangka. Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2025/04/kerjaya-freelance-saya-sebagai-content-creator.html