Birthday Party Zafirah 7 Tahun


Assalamualaikum...


Rasa macam baruuuu je lepas buat birthday party yang ke-2 tahun, tiba² ehh 7 tahun pulak? How time flies 

Tak plan pun nak buat birthday party sebenarnya. Kitorang dah nekad, celebrate besar²an masa umur anak² 2 tahun je. Lepas tu kita celebrate antara kita anak beranak je. Campur la atok nenek sekali dah kata aku duk serumah dengan parents aku. lol~

Tapiii, Zafirah request nak ajak kawan² sekolah baru diaaa. Nak ajak cikgu² 

More reason, adik aku balik! yayy! Then mak aku cakap nak gather semua adik beradik dia untuk buat doa selamat & tahlil ringkas, mendoakan adik aku berjaya kecapi apa yang dia impikan dan lulus viva dengan cemerlang. Pastu ayah aku pun nak jugakkk ajak adik beradik dia. haha~  Baiklahh. Lebih meriah ramai².


Macam biasa lah aku dengan e-invitation. hihi~ Untuk kawan² sekolah and cikgu² Zafirah aku print bagi by hand. Eh Zafirah la yang bagi kat dorang. Parents dilarang masuk kawasan sekolah kayy


Actually ajak kawan² rapat dia je. Geng satu tadika ABIM dulu. Ada 6 orang yang satu sekolah dengan Zafirah (lain² kelas). Then ajak juga cikgu² kelas (ada 10 orang cikgu - tapi sorang pun tak datang. kahh!). Saja taknak jemput satu kelas. Ada 40 murid oii. Pastu bukannya kenal semua orang. Yelahh baru bulan Februari, sesi ice breaking tak habis lagi. huhu~


Tapi masa distribute kad kat cikgu², Zafirah cakap penolong ketua darjah bagitau dia nak datang party Zafirah. Sebab kitorang dah jumpa and berkenalan since hari pendaftaran, so dia kata dia nak la datang. Aku cakap ajak je la dia. Bagi 1 kad kat dia jugak. Memang aku print lebih invitation tu. Alamat semua lengkap dah situ so boleh waze je. Nombor fon aku lupa letak. lol~  Nasib la semua jumpa kat mana rumah. haha~

Aku memang alu-alukan sangat sesiapa yang nak datang birthday party anak aku. Cuma nak menjemput sampai satu kelas tu idak lerr. Eh penolong kelas tu je satu² nya kawan kelas dia yang di-invite. bahahaha!

Relatives pulak ajak adik beradik mak ayah and cousins. Pastu jiran² terdekat. Jiran wajib jemput ye. Kitorang siap pasang khemah kot kat porch. Tu pun dah lebih 100 orang. pfft! Laki aku konfiden cikgu takkan datang punya, and bukan semua yang dijemput tu boleh datang. So dia suruh ajak je kawan² kitorang. Risau makanan banyak lebih. Mak aku order katering untuk 100pax. Oke lah, aku ajak geng yang tak pernah mengecewakan jemputan aku. Kiranya kalau ajak dorang ni tak pernah tak datang lahh. hahahaha~

Meja potong kek + meja bergambar. gituhh~  Syukur jugak adik aku balik, banyak kerja yang dia tolong buat. Especially bab preparation. Deko² semua tu guna apa ada je. Ada jugak yang beli pagi sebelum start majlis. Mr DIY depan rumah je oke. Apedehal? Kedai bukak pukul 10am dah boleh terus terjah topap apa² yang tak cukup. hahaha~  Thank you mak belanja decorations!!   Backdrop tu guna langsir lama je wakk. Pakukan je kat dinding. Habis majlis cabut. Setel


Cake birthday by @yanamib.cuisine . Wohoaa!! Tahun lepas aku ada buat kek birthday untuk Zafran. Zafirah nampak je terus dia cakap, "birthday kaklong nanti mama buat kek macam ni jugak k"~  Almost setiap bulan jugak dia remind aku pasal kek dia tu. Bila nak dekat tarikh birthday aku saja tanya nak tema apa? Dia request nak Little Pony. Allahu~  Ingat 7 tahun dah matang sikit. lol~

Aku buat kek coklat moist je. Tuang ganache as topping. Setel. Adik aku suggest letak cookies and cream kat tengah² cake. Tapi tunggu kek masak pun berejam. Yelahh aku takde pengukus saiz besar sampai 13". Bila dah kukus sejam lebih, kek tak masak² lagi, aku masukkan dalam oven pulak. Bakar dalam 30 minit. Buat waktu malam pulak tu. Udahnya tengah malam baru siap. adehh~
Coklat ganache and topping strawberry tu aku buat pepagi. Lepas subuh terus bersilat kat dapur. pfft


Mainan² Pony tu semua beli kat Yummie Bakery, Bangi. 1 set tu dia jual RM12.90. Bunga² putih tu pun beli kat kedai bakery. Yang cucuk² tu print dari Pinterest. Korang search je printables Little Pony birthday theme. Rambang mata nak pilih gambar. haha~

Bukan tu je kek yang ada. wahh~  Mak aku pun nak order kek jugak. kahkah


Kek durian gaiss. Sponge cake with durian filling. auch! Aku pernah beli kek yang sama masa akikah Zafran. Tah apa mimpi mak aku tiba² teringin kek ni lagi. RM160 sebiji. Boleh tengok ig @nininadira. Bangi only


Mercun kek tu pun Zafirah request sebab dia tengok Zafran hari tu dapat mercun tu masa celebrate kat tadika. hahaha~  Baiklahh kaklong, baiklahh. Spray kaler² tu semua beli kat Mr. DIY. 3 botol mak aku beli. Habis semua kazen² spray kat dinding. Lepas gian ke apa? hahaha~  Sabar je lah


My kesayangan. Tq sudi meriahkan majlis. Bagi hadiah hensem². ehhh


Valentine's baby. Amboi.   Zafirah masih demam hari tu. Sehari sebelum tu memang dia mc pun, tak larat nak pergi sekolah. Panas je badan sepanjang hari. Ate kad dah distribute kan? Takkan nak cancel? hihi~

Kek mama tu moist je ok. Awat macam potong kayu je gaya? 

With Aisya dan Aisyah. Belah kiri tu dua pupu dia, asal jumpa memang berkepit je berdua. haha~  Belah kanan besfren dari tadika, 1 sekolah rendah pulak cuma lain kelas je. Time rehat, balik sekolah memang sentiasa together berdua. ecece~  Kitorang pun dah dah selalu sangat jumpa mama papa Aisyah


Dalam 7 orang kawan yang dia invite, 4 orang jugak yang datang. Penolong ketua darjah yang beria nak datang tu pun memang ayah dia bawak datang hari tu. Datang berdua je dengan ayah dia. Yay! Aku hargai sangat²! Sporting lah memasing sudi layan anak² nak pergi birthday party kawan. auch! 

Haa ni lah geng² yang setakat ni tak pernah mengecewakan jemputan aku. bahaha~  Ada sorang lagi sebenarnya. Tapi dia hantar sedara dia pergi umrah kat KLIA. Balik tu ramai kazen² dia naik kereta sekali dengan dia so dia jadi segan nak datang. Huk alohh datang je patutnya. Food banyakkk. hihi~

Family belah ayah aku. Thank youuu for coming!! 

With maksu. yay! Ni lah insan yang jadi punca terjadinya birthday party ni. Dalam menyambut birthday anak aku, kami happy dapat jumpa adik. 3 tahun sekali je aku jumpa dia. sobss! Dia memang balik semata nak celebrate birthday Zafirah je ok. hahaha~

Alkisah, dari last year Zafirah duk berzikir, maksu TAK PERNAH celebrate birthday dia. Bila aku check² balik album birthday dia even yang umur setahun, memang takde maksu! Nampak tak betapa lamanya maksu duk London? Nasib la tak jumpa jodoh orang London. Jenuh la nak pergi sana. Currency mahal ok. 

"kaklong nak 7 tahun nanti, mesti maksu dah balik kan mama, boleh la celebrate birthday kaklong dengan maksu"

Lebih kurang gitu la ayat² Zafirah. Terkesan jugak kat jiwa maksu. Gigih maksu siap kan thesis dia cepat², submit cepat². Nak celebrate birthday anak buah yang seberang benua ni punya pasal! hahaha~  Leff u to the moon and back maksu! 

Walaupun balik 10 hari je, jadi lah buat lepas rindu. Tak sempat nak gaduh pun. adehh~

Pak Acir & acik Mimah


Dah malam pun ada lagi orang datang. Sedara mara aku jugak. Dorang ada kerja siang tu, so terpaksa datang malam. Ada yang kena tunggu anak tuisyen. Hujan lebat gila petang tu. Zafirah tu lepas kawan² dia balik, dia bantai mentido sampai nak dekat Maghrib. Time orang datang pun dia kejap² baring atas sofa. Memang tak larat sangat. alolo~

The present!! Alhamdulillah murahhh sangat rezeki Aimy Zafirah   Aku perasan Zafirah ni macam magnet rezeki tau. Selalu dapat hadiah best² and banyakkk. Orang macam tak berkira dengan dia. Ouh btw plastik poslaju tu, hadiah dari uwo dia. Mak aku lah! hahaha~  Mak aku gila shopping Lazada. Pokok pun dia beli online. Mampu?? Tu hadiah train set. Kemain seronok anak² aku dapat train set. Dengan baby pun teruja tengok mainan train tu. Thank you uwo!

Lepas dah bukak semua pembalut. Train set mak aku beli dorang tengah main masa ni. Tak kuasa lah aku nak susun. huhu~  Buku cerita semua best²! Tapi aku yang baca buku² cerita tu. kahkah! Habis tu papa suruh dorang tidur awal waktu malam. Aku je terkebil² duk jaga baby yang susah nau nak tidur malam  Baik aku baca buku cerita. Dapat jugak ilmu. lol~

Ada jugak seketul selfie dengan birthday girl. Alaa aku pakai SoBella warna Sugar Plum nampak garang pulak. Makcik tak garang tauu. Makcik pemalu dan lembut orangnya 

K tu je nak cerita. Tata





Terima kasih sudi membaca!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ctliyana86.blogspot.com/2019/02/birthday-party-zafirah-7-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Compilation Syafi Dan Kek Birthday Dari Setahun Hingga 11 Tahun

Compilation Syafi Dan Kek Birthday Dari Setahun Hingga 11 Tahun

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 441 hits
Tiba tiba hari ini mama tergerak hati nak tepek gambar kenangan Compilation Syafi Dan Kek Birthday dari Setahun hingga 11 tahun Untuk tatapan mama sendiri Sebab mama sendiri pun tak ingat kek apa yang pernah ditempah dibeli sepanjang birthd...
Kylie Jenner S One Year Old Daughter Stormi Treated To Chanel And Gucci Gifts For Birthday After Lavish Party

Kylie Jenner S One Year Old Daughter Stormi Treated To Chanel And Gucci Gifts For Birthday After Lavish Party

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 298 hits
Kylie Jenner showed off her daughter Stormi s lavish gifts Kylie Jenner showed off her daughter Stormi s birthday presents as the tot celebrates turning one after a lavish birthday bash last week The Keeping Up With The Kardashians star tol...
Rezeki Tahun 2019 Dan 5 Sebab Kenapa Umi Kembali Bekerja

Rezeki Tahun 2019 Dan 5 Sebab Kenapa Umi Kembali Bekerja

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 415 hits
2019 Rezeki Dan Tanggungjawab Besar Serta Amanah Yang Dipikul Alhamdulillah 11 Februari 2019 tarikh yang cukup indah untuk UF kenang dan hari ni cukup seminggu UF balik bekerja selepas hampir setahun menternak lemak dan menjadi surirumah se...
Depresi Empat Tahun Ditinggal Istri Warga Di Sumedang Kapak Tetangga Saat Salat Isya

Depresi Empat Tahun Ditinggal Istri Warga Di Sumedang Kapak Tetangga Saat Salat Isya

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 226 hits
Hal ini berawal dari keinginan pelaku yang hendak salat sunah namun warga sudah bersiap menunaikan salat Isya Karena merasa tak digubris pelaku pulang ke rumah dan mengambil kapak
55 Aplikasi Ditolak Dan 66 Aplikasi Digantung Di Play Store Sepanjang Tahun 2018

55 Aplikasi Ditolak Dan 66 Aplikasi Digantung Di Play Store Sepanjang Tahun 2018

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 284 hits
Tahun lepas 13 aplikasi hasad yang menyamar sebagai permua telah dibuang oleh Google di Play Store Kemudian 23 aplikasi yang menghabiskan bateri peranti turut dibuang dan aplikasi aplikasi yang mengakses log SMS dan panggilan akan Google bu...
Istana Perintah Batal Sambut Tahun Baru Cina Di Masjid

Istana Perintah Batal Sambut Tahun Baru Cina Di Masjid

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 411 hits
Sambutan dikatakan dianjur MAIS dan LZS dipindahkan ke lokasi lain10 Jamadilakhir 1440H Jumaat Satu majlis bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang dirancang di Masjid Sirajuddin Al Anuar As Salam Klang pada 17 Februari ini dibatalkan da...
Mau Kunjungi Makam Nabi Muhammad Leher Bocah 6 Tahun Digorok

Mau Kunjungi Makam Nabi Muhammad Leher Bocah 6 Tahun Digorok

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 311 hits
Leher bocah berusia enam tahun bernama Zakaria al Jaber digorok dengan pecahan kaca di depan ibunya sendiri Insiden itu terjadi ketika Zakaria Al Jaber sedang naik taksi untuk mengunjungi tempat suci makam Nabi Muhammad di Madinah Dilansir ...
Penyedap Makanan Tanpa Garam Anak 1 Tahun Ke Atas Bagus Untuk Pencernaan

Penyedap Makanan Tanpa Garam Anak 1 Tahun Ke Atas Bagus Untuk Pencernaan

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 714 hits
Pemakanan untuk bayi tidak dibenarkan untuk meletak perasa seperti garam dan ajinomoto Garam atau ajinomoto boleh digantikan dengan beberapa jenis herba dan rempah dalam makanan bayi yang berumur satu tahu ke atas sahaja Bagi bayi yang beru...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Vivo Y200i Smartphone Specifications And Prices

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb