Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah Cepat Betul Ke
Anak pertama lambat nak bersalin, yang kedua pula lancar, mudah dan cepat. Betul ke? Sememangnya proses melahirkan bayi akan menjadi lebih cepat serta mudah untuk kelahiran kedua dan seterusnya.
Malahan pada peringkat awal proses kelahiran (latent labour), akan lebih cepat dan peningkatan intensiti kontraksi menjadi kuat dengan cepat dalam tempoh singkat.
Jadi anda mungkin perlu menentukan tempat bersalin lebih awal berbanding kelahiran pertama dahulu.
Melainkan jika anda menjalani pembedahan C-Sec untuk anak pertama, proses bersalin melibatkan aktiviti meneran akan menjadi lebih singkat.
Keadaan ini dipercayai kerana otot dan faraj telah meregang sebelum ini, sekali gus menjadikan tempoh waktu bersalin kurang daripada 12 jam.
Kali kedua lebih relaks, bersedia
Walaupun anda mungkin berdepan kesukaran saat bersalin dahulu, namun sekurang-kurangnya kini anda sudah mengetahui persediaan apa yang perlu anda lakukan.
Sebagai contoh, anda mungkin boleh mempelajari teknik pernafasan yang sesuai ataupun mengetahui teknik meneran bayi dengan lebih baik.
Dari segi mental, ibu jug sudah mengetahui apa yang perlu dijangkakan dan telah melakukan persediaan dengan sebaiknya. Jadi sedikit sebanyak ia mengurangkan kesakitan dan melancarkan kelahiran.
Tiga fakta menarik proses kehamilan kali kedua
1. Tempoh bersalin yang pendek
Purata proses melahirkan bayi untuk kali pertama adalah 18 jam. Namun untuk kali kedua ini ia akan menjadi lebih pendek, sekitar 8 jam.
Pengalaman bersalin sebelum ini membuatkan otot dan ligamen menjadi lebih santai dan bersedia. Ini disebabkan semuanya sudah diregangkan. Maka bayi akan turun lebih mudah dan serviks anda juga melebar (terbuka) dengan cepat.
2. Kekejangan selepas bersalin lebih teruk
Kebanyakan wanita mengalami kekejangan selama 3 hingga 5 hari pertama sewaktu menyusukan bayi. Ketika bayi menghisap susu, badan akan mengeluarkan hormon oksitosin yang membantu mengeratkan jalinan antara anda dan bayi.
Dalam masa yang sama ia juga menjadikan rahim kejang untuk menghentikan pendarahan dan menyusut kembali kepada keadaan sebelum hamil.
3. Lebih yakin tentang kelahiran dan keibuan
Walaupun mungkin proses melahirkan anak kedua berbeza dengan yang pertama, tapi sekurang-kurangnya anda pernah melalui proses tersebut dan tahu apa yang boleh dijangkakan.
Anda akan lebih mempercayai diri bahawa anda boleh melakukannya dan paling penting, anda mengetahui ada ganjaran kecil tidak ternilai menanti anda selepas itu.
Menarik: Sijil Lahir Anak Hilang, Ni Cara Mohon Semula Secara Online Di JPN. Mudah!
Bantuan Awal Persekolahan 2025 BAP Diteruskan, Ini Tarikh & Semakan Mak Ayah!
Lima Peralatan Rumah Boleh Jadi Beban Kalau Tak Guna, Fikir Dulu Sebelum Beli!
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Daftar 📝 sekarang di 👇🏼 https://t.me/+NIya9FPOeAxkYmRl
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Hello Doktor
The post Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat, Betul Ke? appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bersalin-anak-kedua-lebih-mudah-cepat-betul-ke/