20 Pelumba Terbaik Berentap Di Grand Final Toyota Gr Malaysia Eracing


20 Pelumba Terbaik Berentap Di Grand Final Toyota GR Malaysia eRacing Dua puluh pelumba simulator terbaik negara akan berentap pada hujung minggu ini, 10–11 Oktober, dalam Grand Final Toyota GR Malaysia eRacing Championship untuk merebut sebahagian daripada jumlah hadiah wang tunai RM123,000 serta peluang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.
Acara selama dua hari yang penuh debaran ini berlangsung di Universiti Sunway, menandakan tahun ke-8 penganjuran kejohanan perlumbaan simulator terbesar dan paling berprestij di Malaysia, anjuran UMW Toyota Motor. Sejak diperkenalkan, kejohanan ini telah menjadi platform penting yang mengiktiraf perlumbaan maya sebagai laluan sebenar untuk pelumba simulator melangkah ke dunia perlumbaan sebenar.

Dahulunya dikenali sebagai GT Cup Malaysia, Toyota GR Malaysia eRacing Championship meneruskan misinya untuk mencari pelumba maya terbaik negara dan memberi mereka peluang ke arena sukan permotoran sebenar. Sepanjang penganjurannya, ia berkembang menjadi platform utama dalam mengenal pasti bakat muda serta membimbing mereka melalui Program Pembangunan Bakat Muda Toyota GAZOO Racing, satu inisiatif menyeluruh yang bukan sahaja memberi fokus kepada kemahiran di litar, tetapi juga mendidik aspek disiplin, kerjasama berpasukan, ketahanan mental dan pembangunan profesional.
“Pengenalan sistem kelayakan berbilang platform tahun ini telah meningkatkan tahap pertandingan, melahirkan lebih ramai juara serba boleh yang menunjukkan keupayaan menyesuaikan diri, berstrategi dan berfikir kritikal,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor. “Ini mencerminkan komitmen kami terhadap pembangunan bakat secara menyeluruh, melahirkan individu yang cemerlang dalam sukan permotoran serta memiliki semangat kepimpinan dan daya ketahanan diri.”
Grand Final tahun ini turut menandakan pembukaan pendaftaran bagi pengambilan 2026 Program Pembangunan Bakat Muda Toyota GAZOO Racing, yang memberi peluang kepada pelumba muda untuk bersaing dalam Kelas Rookie Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Challenge 2026. Pelumba berumur antara 16 hingga 22 tahun, sama ada berpengalaman dalam sim racing atau karting, boleh memohon untuk menyertai.
Peserta yang terpilih akan menjalani latihan intensif bersama pakar industri – satu pelantar yang telah melahirkan ramai pelumba profesional terkemuka Malaysia hari ini.

Pendaftaran dibuka bermula 11 Oktober di pautan: https://tyt.my/rookiesignup2026
Jika sebelum ini kejohanan ini hanya tertumpu kepada platform Gran Turismo, tahun ini ia melangkah ke tahap lebih tinggi dengan format yang lebih mencabar melibatkan platform seperti Assetto Corsa, RaceRoom, iRacing, dan Gran Turismo 7, kesemuanya digunakan dalam liga perlumbaan maya profesional di peringkat global. Pendekatan baharu ini memperluas ruang bagi pelumba maya yang bercita-cita tinggi untuk menguji kemahiran mereka dalam persekitaran perlumbaan yang lebih realistik dan pelbagai, dengan matlamat melahirkan pelumba serba boleh.
Hasil daripada format baharu ini, 35% peserta Separuh Akhir tahun ini terdiri daripada wajah baharu, termasuk ramai pelumba maya berpengalaman yang baru menyertai kejohanan Toyota.
Kejohanan ini yang menawarkan jumlah hadiah keseluruhan RM123,000 dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Pro dan Campus Tour – usaha sebenar dalam mencari generasi baharu bakat perlumbaan negara.

Pemenang Grand Final akan mewakili Malaysia di TGR Asia Esports GT Championship di Bangkok pada bulan November ini, berpeluang menentang pelumba terbaik rantau ini dari Indonesia, Filipina, Thailand, dan Singapura. Malaysia akan turun sebagai juara bertahan, selepas kemenangan bersejarah Taj Izrin Aiman, juara empat kali GR GT Cup Malaysia, yang mencatat kemenangan pertama Malaysia di peringkat Asia pada tahun 2024.
Sebanyak tiga pusingan awal telah diadakan sejak bulan Mei, di mana para peserta mengumpul mata untuk layak ke suku akhir. Seramai 40 pelumba teratas dipilih ke peringkat itu, sebelum 20 mara ke Separuh Akhir dan hanya 10 terbaik layak ke Grand Final.
Selain pertandingan utama, Toyota turut meneruskan Siri Jelajah Kampus (Campus Tour) yang membawa keseronokan perlumbaan maya secara terus ke universiti di seluruh negara. Para pelajar berpeluang mencuba simulator profesional, dan 10 pelumba terpantas dari setiap kampus akan layak ke kejohanan kebangsaan.
Siri jelajah ini telah melahirkan tiga pelumba muda yang kini menjadi sebahagian daripada Program Pembangunan Bakat Muda Toyota GAZOO Racing, sekali lagi membuktikan komitmen Toyota dalam memupuk bakat akar umbi serta memajukan sukan permotoran sebagai platform pembangunan diri dan inovasi.
Tahun ini, siri jelajah telah menjelajah ke 8 universiti awam dan swasta di seluruh negara, mencetuskan semangat dalam kalangan belia Malaysia yang berfikiran teknologi terhadap masa depan sukan permotoran digital.
Gabungan kejohanan dan siri jelajah ini kini menjadi lebih daripada sekadar pertandingan, ia adalah platform untuk penemuan, bimbingan, dan pemerkasaan.

Melalui inisiatif seperti Toyota GR Malaysia eRacing Championship dan Campus Tour, Toyota terus memperjuangkan visi Mobility for All, memperkasa golongan muda dengan peluang, kemahiran, dan laluan untuk berkembang, di dalam dan di luar litar perlumbaan. Dengan memupuk bakat baharu, memperkaya kemahiran serta menyemai keyakinan diri, Toyota membuktikan bahawa mobiliti sejati bukan sekadar pergerakan, tetapi tentang membantu insan melangkah maju dalam kehidupan.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi Grand Final Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 secara langsung di Universiti Sunway atau melalui siaran langsung atas talian hujung minggu ini dengan kemasukan percuma.
Pengunjung juga boleh mencuba simulator, membeli barangan rasmi Toyota, dan berpeluang memenangi pengalaman VIP di Finale Vios Challenge Musim Ke-8 pada Januari 2026, termasuk pemanduan shotgun di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
Untuk mengikuti aksi kejohanan, layari platform media sosial rasmi TGR Malaysia.
Facebook: facebook.com/tgrmy Instagram: instagram.com/tgrmalaysia YouTube: youtube.com/@tgrmalaysia Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my/en/tgrmalaysia
The post 20 Pelumba Terbaik Berentap Di Grand Final Toyota GR Malaysia eRacing appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/08/20-pelumba-terbaik-berentap-di-grand-final-toyota-gr-malaysia-eracing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 1064 hits
Menteri Komunikasi dan Digital Datuk Fahmi Fadzil menegaskan jemputan Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 adalah peluang terbaik membincangkan isu negara bergolak Menurutnya je...
Antara Asap Angin 5 Motosikal 150cc Terbaik Di Malaysia

Antara Asap Angin 5 Motosikal 150cc Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 78 hits
Antara Asap Angin 5 Motosikal 150cc Terbaik di Malaysia Sporty Berkuasa Mesra Dompet Sumber 150cc Nampak kecil pada angka tapi besar maknanya dalam dunia dua roda Kelas ini menjadi nadi kepada ramai penunggang daripada pelajar kolej pekerja...
Final Miss Malaysia Indian Global Ke 26 Meriah Dengan Semangat Pemerkasaan Budaya Cinta Komuniti

Final Miss Malaysia Indian Global Ke 26 Meriah Dengan Semangat Pemerkasaan Budaya Cinta Komuniti

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 103 hits
Final Miss Malaysia Indian Global Ke 26 Meriah Dengan Semangat Pemerkasaan Budaya Cinta Komuniti Acara Tahunan Ke 26 Miss Malaysia Indian Global melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang semalam apabila Charlotte Netto 28 anak jati Johor ya...
Prism Lancar Tv 4k Qd Mini Led Mampu Milik Di Malaysia

Prism Lancar Tv 4k Qd Mini Led Mampu Milik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 371 hits
PRISM memperkenalkan siri TV Google QLED Mini LED 4K terbaru menerusi model PRISM U Series TV PRISM U Series menawarkan teknologi paparan terkini bermula dari saiz 55 inci 65 inci 75 inci dan 86 inci TV PRISM U Series hadir dalam reka bentu...
Penjelasan Erik Thohir Dakwaan Indonesia Terlibat Isu Hukuman Fifa Terhadap Malaysia

Penjelasan Erik Thohir Dakwaan Indonesia Terlibat Isu Hukuman Fifa Terhadap Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 244 hits
Penjelasan Erik Thohir Dakwaan Indonesia Terlibat Isu Hukuman FIFA Terhadap Malaysia JAKARTA Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia Erik Thohir menafikan tuduhan bahawa terdapat campur tangan negaranya dalam keputusan Persekutuan Bolasepak A...
Despite Budi95 Bottled Petrol Trade Set To Persist In Rural Malaysia

Despite Budi95 Bottled Petrol Trade Set To Persist In Rural Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 387 hits
The sale of petrol in bottles locally known as minyak botol is not particularly common in the main urban centres of the Klang Valley but the small scale retail trade is widespread in semi urban areas villages and the interior of several sta...
Kapal Sumud Flotilla Bawa Delegasi Malaysia Melepasi Zon Kuning

Kapal Sumud Flotilla Bawa Delegasi Malaysia Melepasi Zon Kuning

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 576 hits
NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRULPETALING JAYA Beberapa kapal Global Sumud Flotilla yang membawa sukarelawan Malaysia antaranya Rahmat Ikhsan Zizi Kirana Ardell Aryana serta dua beradik iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sudah memasuki zon kunin...
Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 461 hits
Maxis memperkenalkan penyelesaian Rangkaian Selamat Kuantum pertama di Malaysia yang menjadi langkah penting dalam memperkukuh keselamatan digital negara Teknologi ini direka untuk melindungi komunikasi daripada ancaman penggodaman kuantum ...
Sarapan Pagi Di Warung Kopi Peng Bersama Anak Buah And The Gang

Pas Berates Petronas Ceo For Champagne Shower Podium Celebrations At Singapore F1 Gp

Ppim Gesa Boikot Habis Habisan Produk Berkaitan Zionis Israel Sidang Media Ppim 07 10 2025

Wan Rosdy Penyata Kewangan Negeri Pahang Diberikan Pengiktirafan Tinggi Oleh Ketua Audit Negara

Mastering Fire Water Shelter Essential Wilderness Survival Skills For 2025

Plane Carrying 23 Malaysians From Global Sumud Flotilla Touches Down At Klia

Ceo Petronas Mandi Champagne

House Of Salai By Naddy Menyelami Aroma Salai Kenangan Rasa Kampung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cpanel Services

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

Farmer Froggy Crochet

1688vegas 21 May 1688vegas Top 54 By Klaudia

Betwin666 7 May Betwin666 Top 52 By Jasmine

Trio Kongsi Cek Hadiah Nobel Rm5 3 Juta Atas Sumbangan Dalam Teknologi Kuantum