Penjelasan Erik Thohir Dakwaan Indonesia Terlibat Isu Hukuman Fifa Terhadap Malaysia


Penjelasan Erik Thohir Dakwaan Indonesia Terlibat Isu Hukuman FIFA Terhadap Malaysia
JAKARTA  — Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Erik Thohir menafikan tuduhan bahawa terdapat campur tangan negaranya dalam keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain naturalisasi Harimau Malaya, lapor CNN Indonesia.
“Kami tidak campur tangan dalam isu-isu negara lain,” kata Erick.
Sebaliknya, beliau juga menegaskan bahawa Indonesia menyokong usaha negara-negara Asia Tenggara yang mahu meningkatkan kualiti sukan di negara masing-masing.
“Kami di Kemenpora sudah tentu menghargai setiap negara di Asia Tenggara yang mahu memajukan sukan mereka. Kita mesti menghargainya,” katanya lagi.
Tambahnya, keutamaan Indonesia adalah mendorong pembangunan sukan di peringkat antarabangsa tanpa mencampuri urusan negara lain.
“Kami tidak campur tangan dalam politik atau dasar negara lain, tetapi memberi tumpuan kepada usaha memajukan sukan Indonesia di peringkat antarabangsa.
“Kami mahu bola sepak lebih baik, mahu badminton lebih hebat, pencak silat dikenali dunia, dan sukan-sukan lain berkembang. Itu yang perlu kami lakukan, kami tidak campur tangan isu negara lain,” katanya.
Jumaat lalu, FIFA menjatuhkan hukuman terhadap FAM selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Badan induk itu mengenakan denda sebanyak 350,000 CHF ke atas FAM, selain denda 2,000 CHF bagi setiap pemain yang terlibat.
Tujuh pemain naturalisasi Malaysia yang dikenakan hukuman ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Imanol Machuca, Gabriel Palmero, Facundo Garces dan Rodrigo Holgado.
Kesemua mereka turut digantung daripada menyertai sebarang perlawanan antarabangsa selama setahun.
Sumber: CNN Indonesia 
The post Penjelasan Erik Thohir Dakwaan Indonesia Terlibat Isu Hukuman FIFA Terhadap Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/30/penjelasan-erik-thohir-dakwaan-indonesia-terlibat-isu-hukuman-fifa-terhadap-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Respon Tmj Berhubung Isu Hukuman Fifa

Ini Respon Tmj Berhubung Isu Hukuman Fifa

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 527 hits
Ini Respon TMJ Berhubung Isu Hukuman FIFA Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail memberi respon keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia dan tujuh pemain warisan ...
Siaran Media Fam Akan Membuat Rayuan Terhadap Keputusan Fifa Berhubung Pemain Warisan

Siaran Media Fam Akan Membuat Rayuan Terhadap Keputusan Fifa Berhubung Pemain Warisan

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1602 hits
Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan bahawa pihak kami telah menerima keputusan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa berkaitan kes pemain warisan FAM ingin menegaskan bahawa para pemain terbabit dan FAM sendiri telah berti...
Pemuda Indonesia Kongsi Cara Survive Dengan Rm5 Sehari Di Malaysia

Pemuda Indonesia Kongsi Cara Survive Dengan Rm5 Sehari Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 306 hits
Pemuda Indonesia Kongsi Cara Survive Dengan RM5 Sehari Di Malaysia Hidup sebagai anak perantauan bukanlah sesuatu yang mudah Mereka yang pernah meninggalkan keluarga demi menuntut ilmu atau mencari rezeki di tempat orang pasti tahu rasanya ...
Sprm Akan Jalankan Siasatan Dakwaan Pemalsuan Dokumen Terhadap Fam

Sprm Akan Jalankan Siasatan Dakwaan Pemalsuan Dokumen Terhadap Fam

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1133 hits
SPRM Akan Jalankan Siasatan Dakwaan Pemalsuan Dokumen Terhadap FAM Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Persekutuan Bolasepak Antarabangs...
Fifa Heritage Players Grandparents Not Born In Malaysia As Claimed

Fifa Heritage Players Grandparents Not Born In Malaysia As Claimed

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 210 hits
The seven heritage footballers granted Malaysian citizenship don t have any grandparents born in the country as claimed the International Federation of Association Football asserted In the grounds of its ruling to sanction the Football Asso...
Telefon Gaming Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia Indonesia Dan Filipina

Telefon Gaming Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia Indonesia Dan Filipina

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 359 hits
Transsion Holdings syarikat induk Infinix berjaya menembusi senarai lima jenama telefon pintar teratas di Malaysia pada suku kedua 2025 Pencapaian ini dipacu oleh populariti siri Infinix GT yang menawarkan prestasi gaming bertaraf flagship ...
Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin Kpt

Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin Kpt

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 248 hits
Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin KPT Kementerian Pendidikan Tinggi menzahirkan penghargaan dan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Kerajaan Malaysia dalam mempertahank...
Kapal Selam Terlanggar Gunung Dalam Laut

Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

Singgah Cendol Borhan Tanjung Karang

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

More Than Just Sound Get The Crowd Moving With Jbl Partybox 720

Lelaki Misteri Lrt Bangsar Serang Wanita

Coros Pace 4 Bakal Dilancarkan 8 Disember Ini

Airasia Perkenal Pilihan Hijab Untuk Kru Kabin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Tiram

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Gelar Isteri Perompak Kerana Ambil Wang Rm50 Beli Makanan