Zul Ariffin Intan Najuwa Drama Setelah Ku Dimiliki Zara Qry
Zul Ariffin, Intan Najuwa, Drama Setelah Ku Dimiliki - Zara Qry : Gandingan kali pertama menerusi drama rantaian adaptasi novel berjudul Setelah Ku Dimiliki. Drama adaptasi novel ini akan bersiaran di Slot Akasia menggantikan drama Lelakimu Yang Dulu.
Menampilkan gandingan kali pertama, Zul Ariffun dan Intan Najuwa.
Novel Setelah Ku Dimiliki pernah dicetak dengan judul Novel Lelaki Halal Untuk Aku.
»»Baca Novel Online Setelah Ku Dimiliki Bab 1 - Bab 16
Peringatan..untuk bacaaan online. Kena daftar dulu. Selamat membaca. Novel ini best. Cik akak dah baca sampai 16 7episod.
Novel Setelah ku Dimiliki
Sinopsis Novel Setelah Ku Dimiliki : Sarrafia terkejut selepas kali pertama diperkenalkan dengan lelaki yang bernama Adriz itu. Lelaki yang buat tak tahu meskipun sudah melihat wajahnya. Pelik. Lantaklah, kalau tak kenal, lagi bagus. Lebih mudah. Dia pun bukan lagi perempuan terhegeh-hegeh serupa dulu.“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” - AdrizSarrafia naik menyampah apabila Adriz kerap mengekorinya.Kalau tak kenal sudahlah, yang nak mengekor tu apa hal. Gila! Pula tu selalu Adriz cakap dia berasa tak tenang. Lagi gila, sudah dia tak tenang nak ajak orang lain tak tenang juga.“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” - Adriz“Gila! Nak tebus apanya. Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?”- SarrafiaKedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar untuk difahaminya sendiri. Sarrafia idak mahu bahagia, tetapi dalam hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz. Bahagia ataupun tidak biarlah masa yang menentukannya...
Novel Lelaki Halal Untuk Aku
Sinopsis Novel Lelaki Halal Untuk Aku : Berbekalkan hati yang telah terluka dihalau mama kerana khilafnya, Sarrafia meneruskan kehidupan di Pulau Langkawi. Menjadi pekerja di sebuah pusat yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Sedang Sarrafia tidak pernah berharap akan bertemu lagi meskipun dia tidak pernah melupakan lelaki yang bernama Adriz itu.Pertemuan semula dengan Adriz membuatkan hati Sarrafia berdegup kencang semula. Bukan tiada lelaki yang mahukan dia, tetapi Sarrafia tahu dia tidak boleh mendapat lelaki sebaik Noh yang sudah terang-terang mencintainya. Tiada degupan cinta untuk Noh. Hanya untuk lelaki itu, yang mempunyai cerita silam dengannya.“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” – Adriz.Sarrafia tidak tahu apa yang yang mahu ditebus oleh Adriz. Dia tidak pernah mengharap lagi akan sebuah cinta yang membahagiakan. Hati mama yang terluka kerana perbuatannya menyebabkan dia tidak mahu lagi mengucapkan kata cinta.“Kalau saya nak lepaskan awak, tunggu Allah cabut nyawa saya dulu. Waktu tu tentulah saya dah lepaskan awak.”
“Niat di hati memang saya tak nak kahwin dengan awak pun, Encik Adriz. Tapi bila setiap malam muka awak saja yang muncul maknanya Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak. Kerana Allah dah bagi petanda, maka terpaksalah saya memilih awak juga.”Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar difahami. Tidak mahu bahagia, tetapi hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2019/10/zul-ariffin-intan-najuwa-drama-setelah.html