Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban. Last Friday sewaktu lunch hour rushing ke Mawar Medical Centre Seremban menziarahi officemate Mrs. A yang sedang diuji sakit di blog Mrs. A namakan Kak Y sahaja. Mrs. A pergi berdua dengan seorang lagi kakak iaitu Kak N. Mrs. A gelarkan mereka akak-akak PA [SINI]
Sebelum ini dah beberapa kali Kak Y mengadu sakit di sebelah bahagian badan punggung hingga ke kaki sebelah kanan. Beliau memang tidak boleh angkat berat-berat dan melasak atau terlalu aktif bergerak. Sakitnya bertambah teruk seminggu dua yang lalu akhirnya beliau mengalah dan ikut nasihat doktor itupun beliau memilih untuk menjalani rawatan secara suntikan terlebih dahulu. Mohon readers dan rakan-rakan blogger mendoakan untuk officemate Mrs. A kak Y dikurniakan kesembuhan sepenuhnya selepas menjalani suntikan tersebut tanpa perlu menjalani operation
Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban.
Syafahallah Kak Y
Menurut kak Y petang dalam pukul 3.00 petang Friday tu beliau akan menjalani rawatan suntikan tersebut. Sebanyak 9 tempat yang akan disuntik. Sebelum pulang Mrs. A ajak kakak-kakak PA bergambar 😍 mulanya kak Y keberatan tapi Mrs. A insist sambil cakap kat dia alah kak I nak nak up-date status nih! muahhhaaahaa... akhirnya dia setuju jugak
Nama sakit Kak Y tu adalah prolapse disc saraf terkoyak hasil google translate 👉 "Cakera prolaps (hernia) berlaku apabila gentian luar cakera intervertebral tercedera, dan bahan lembut yang dikenali sebagai nukleus pulposus, pecah keluar dari ruang tertutupnya". Menurut kak Y dia sebelah kaki kanan dia ni selalu rasa kebas-kebas nak pijak sakit dan sakit tu terassampai ke tulang pinggul sebelah kanan. Sebab-musabab punca dia jadi macam tu tak sempat pulak Mrs. A nak tanya huhuuu...
On the way nak balik office tu haruslah lunch dulu 😊 Bagi menjimatkan lunch hour yang hanya dua setengah jam aje tu Mrs. A dan kak N pun lunch sahaja di cafe hospital, satu-satunya cafe yang ada di situ. Harga agak pricey tapi alhamdulillah sedap berbaloilah dengan harga tu.
Menarik ID nya
Mrs.A pilih nasi lemak ayam sambal dengan air honey lemon hot
Kak N pilih kuew-tiaw goreng dan jus durian belanda
Alhamdulillah urusan pada hari Jumaat itu dipermudahkan olehNYA. Selamat sampai office dalam pukul 3.00 petang sekali-sekala lewat masuk takpe kan eh! hahahhaaa... Didoakan kak Y dikurniakan kesembuhan sepenuhnya dan tidak sakit selepas itu. Aaamiiin...Ya Mujib.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2023/06/ziarah-officemate-di-mawar-medical-centre-seremban.html