Ziarah Masjid Sendayan Terpukau Dengan Keindahannya
assalamualaikum
salam sejahtera 😊
introduction story.👉 lama sungguh tak dpt bersiaran di alam blogger. update kisah baru ataupun blogwalking. tidak mampu kerana tuntutan di alam hakiki amat mendesak ketika ini. bila ada masa, luangkan sedikit utk pilih gambar dan edit apa perlu. save gambar-gambar yg berkaitan dlm blog. dgn harapan, bila ada masa byk nanti, mudahlah nak mengarang perkataan 😌
👉 bulan Ramadan, setakat hari ni, tiap hari saya masak tau 😁 (terkecuali 1 hari, Sabtu lepas, berbuka di rumah kakak. mak long mak ngah diorang yg masak). anak-anak tiap hari makan lauk-pauk masakan saya. best rasanya sebab dikurniakan masa utk masak utk berbuka. bulan puasa dpt balik 30 minit awal. so, sebelum 5.30 petang da tiba rumah. tu la faktor kejayaan memasak tiap hari. takut nak jejak bazar Ramadan! tular kan di tiktok dgn harga makanan. tular juga tentang makanan yg indah khabar dari rupa 😒. scary kan tekak dan poket
👉 Sabtu lepas, saya demam 😓. tu yg langsung tak memasak di rumah kakak. semalam, seharian melepek. puasa + demam = horrible! but still, jam 6 petang tu gagahkan diri masak utk berbuka. mr.Asben da offer berkali-kali utk beli je bazar Ramadan. tak nak la. so masak simple aje, sambal kentang, ayam goreng dan sayur taugeh goreng. potong la kek butter cheese mita dari sarawak. alhamdulillah
[ entri ni berkait dgn entri yang lepas, sudilah klik dan baca : Sarapan di Saudagar Nanas Agrofarm, Kajang ]
singgah masjid di Sendayan, Negeri Sembilan.belum lagi dpt dikongsikan kisah kami sekeluarga riadah di Sendayan X-Park. lepas ni ye. so utk 2 hari tu, 22 dan 23 Januari tu, kami singgah solat dan segarkan diri di Masjid Sri Sendayan nan indah
pagi 22.1.2023 tu, kami bertemu di Restoran Bawang, Sendayan. sarapan. sedap-sedap belaka. lelebih sarapan sambil borak-borak dgn adik-beradik. mengusik-usik sesama sendiri bergelak ketawa. enjoy di pagi hari
Masjid Sri Sendayan beberapa langkah je dari restoran ni. takkanlah tak singgah, kan. rugi
bermulalah langkah kami ramai-ramai ke masjid
cuaca baru lepas hujan
nyaman 😊
Allahu 😍 indahnya
persinggahan kami pagi tu di waktu Dhuha. crowd tidak ramai, alhamdulillah. dpt parking kereta dlm kawasan masjid. bergambar sebagai kenangan tanda hadir.
sebelah kanan ni dewan makan utk majlis perkahwinan
nice dalamnya. ada pelamin yang indah
tempat ambil wudhu'
indahkan? kawasan laman masjid dijaga rapi. pokok bunga mekar memberi warna dan complete kan kehijauan rumput. memang segar suasana. tak salah la kalau masjid ni dikatakan antara masjid yg cantik dlm negara.
yg boleh solat, semua masuk ke ruang solat utk tunaikan solat tahyatul masjid dan solat Dhuha. yg uzur, di luar, menikmati udara segar 😊
pandangan dari masjid ke arah pintu pagar masuk
menampakkan dewan makan dan tempat wudhu'
di hujung kanan dlm gambar merupakan tandas
sepanjang tu adalah laluan antara masjid dan tandas
laluan tandas
tanpa selipar / kasut ye
itu di luar
kekaguman kita tu tidak terhenti di situ. sebagai seorang Muslim, masuk rumah Allah, it is something yang amat indah. cantik ukirannya. bersih. marmar berkilat. bau yg harum 💚
ruang solat wanita
luas. bersih. harum! 😍
unik
penghadang pandangan dari ruang solat lelaki
anakanda saya yg cantik 😍
seharian kami riadah, menjelang maghrib, selepas kenyang dinner, kami kembali ke Masjid Sendayan. still tak boleh move on, kami jejaki semula dan tunaikan solat maghrib di sini. ramai yg dtg ziarah dan solat di sini waktu ini. meriah, alhamdulillah.
senibina nan indah. unik. menjadi satu tempat yang amat nyaman 😊. moga lebih byk dermawan yg membina masjid seindah ini utk kita-kita rakyat setempat. in shaa Allah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2023/04/ziarah-masjid-sendayan.html