Zaman Pantas 5g Dan Kotak Distribution Board
Sambungan dari SINI..
Soalan kepada Ustaz Harryanto Rizal Rokman:
Berkaitan dengan situasi semasa, dalam zaman banyaknya fitnah dan umat Islam berpecah sekarang ini, apakah tips daripada ustaz untuk kita menyucikan diri dari syirik, bidaah, kemungkaran, kemaksiatan, kezaliman, khuluq, sombong, angkuh, riak supaya akidah kita dan akhlak pemahaman kita adalah selari dengan Al-Quran, Sunnah dan juga pemahaman kepada Muhajirin dan Ansar?
Jawapan dari Ustaz Harryanto Rizal Rokman:
Satu realiti yang kita tak boleh elak ialah kita berada pada zaman pantas. 5G - kelajuan internet lebih laju daripada sekarang.
Awal penggunaan internet adalah 2G. Nak hantar gambar tak boleh, guna text sahaja tapi ada limit (lebih daripada jumlahnya kena tambah duit walaupun satu huruf). Menarik masa zaman 2G ini, kalau dalam bas semua main game sama (game ular).Masuk zaman 3G, dah boleh guna whatapps, boleh hantar gambar tapi ada loading.. tak bergerak.Tapi bila masuk zaman 4G, lebih laju, boleh streaming.Bila masuk zaman 5G, kita dah boleh buat macam tv. Itu yang sekarang orang buat podcast. Contoh: Radio tapi tetap buat dalam bentuk visual.Bila masuk zaman 6G nanti, internat akan lebih laju.
Itulah realiti kita hari ini. Capaian pantas - semua orang boleh access dan boleh untuk memberikan apa-apa sahaja; sebab itu, hari ini kita lihat memang kita tidak nafikan bahawa cabaran paling utama kita hidup dalam zaman teknologi.
Jawapan pada Tips:
Kita kena pandai untuk bendung teknologi. InsyaAllah kita selamat.
Bagaimana kita boleh hidup dalam zaman teknologi ini, itu juga menentukan sejauh mana kita boleh hidup pada zaman fitnah ini.
Kenapa
Dulu.. orang tak tahu kita puasa tapi zaman sekarang orang beribadah pun tahu. Semya benda ibadah kita, kita expose dalam socmed. Akhirnya kita hanya mengundang pujian orang
Hari ini.. yang salah jadi betul, yang betul jadi salah. Orang tegur berkenaan kemungkaran, orang anggap ini kolot, orang boleh kata 'Ah.. kau macam tak buat salah'
Ini perkara-perkara yang sedang berlaku dalam masyarakat kita, walhal kalau kita buat sekalipun 'ok. Dia nak tegur biarlah. Itu kerja dia untuk tegur tapi tak'. Hari ini, siapa yang menegur orang, dia akan ditegur balik. Bukan bermakna dia tak boleh ditegur tetapi kita bukan nak ambil positively apa yang orang lontarkan. Inilah masalah kita
Ilmu:Untuk kita membezakan di mana yang sebenarnya betul, mana yang tidak. Lebih-lebih lagi zaman lambakan maklumat di dalam internet. Maka, kalau kita tiada ilmu, berat. Ini cabaran untuk kita tambah lagi waktu anak-anak membesar dengan teknologi.
Ustaz Harryanto Rizal Rokmin juga turut memberikan satu tips yang berguna dan mudah-mudahan ianya bermanfaat
Kotak Distribution Board (kotak DB) dekat pintu masuk dalam rumah.
Jika blackout di rumah, naikkan suis utama pada kotak DB, bekalan elektrik akan pulih.
Dalam hidup kita, kadang-kadang kita akan blackout (bukan blackout lampu tapi kehidupan itu sendiri). Kita akan berdepan dengan satu suasana, kita teraba-raba untuk cari jalan keluar, kita akan berdepan dengan satu keadaan di mana kita jadi hilang arah, kita akan berdepan ketika blackout dalam kehidupan kita, kita jadi tak jumpa punca
Sama keadaannya bila blackout dalam rumah kita, bahkan bila blackout dalam kehidupan kita, kita mula datang rasa ketakutan yang amat, kita rasa lost, kita rasa dah takde apa, kita rasa dah takde masa sebagaimana blackout dalam rumah kita, apa benda pun kita tak boleh buat.Masa itu, bila kita dah blackout, carilah suis yang utama. Suis utama kalau kita orang Islam, itulah solat. Mungkin yang jatuh itu suis solat yang menyebabkan blackout satu kehidupan kita.Agaknya kita tak menjaga solat kita ini, kita solat bila nak. Banyak kita tak buat, kita tak rasa mendirikan solat. Mungkin itu punca blackout.Tapi, kadang-kadang bila kita naikkan suis itu, ertinya solat kita memang takde masalah tetapi tetap juga ditendang seolah-olah tak putus blackout kita. Kita dah solat, kita bangun kita laksanakan solat minta dengan Allah s.w.t tetapi kita tetap tak nampak jalan keluar. Kita masih dibelenggu, putus asa tak nampak jalan.Tengok pada suis-suis kecil yang ada. Mungkin salah satu suisnya itu suis pekerjaan. Agaknya kita bekerja tetapi kita tidak amanah, sambil lewa, tak laksanakan apa yang sepatutnya. Agaknya ketika kita bekerja, kita tidak rasa bahawa itu adalah satu tanggungjawab. Kita rasa hanya soal apa yang akan kita dapat dihujung bulan.Mungkin suis ini yan tendang menyebabkan kita tak nampak lampu-lampu yang menerangkan kehidupan kita.
Apa yang kita kena buat, balik semula kepada puncanya. Mungkin bilik pekerjaan kita itu ada di mana-mana yang terbakar. Betulkan dan InsyaAllah lampu kehidupan kita akan menyala dan kita akan keluar daripada blackout kehidupan kita
Tengoklah suis-suis kecil itu, mungkin ada suis puasa, suis berkaitan dengan silaturrahim, ada suis berkaitan dengan soal pendidikan. Jadi tengok satu-persatu suis mana yang sebenarnya menyebabkan blackout dalam kehidupan kita
Mudah-mudahan Allah s.w.t muliakan kita, satu lorongan dan dorongan dalam kita bekerja, dalam kita melalui kehidupan sehari-hari kerana kita takkan habis bekerja sampailah nyawa kita habis.
Mudah-mudahan Allah terus memberikan kita hidayah, dorongan dan semoga kita semua semangat untuk terus bekerja dan niat untuk memberikan manfaat kepada orang lain
'Sebaik-baik manusia yang bermanfaat kepada orang lain'
Alhamdulillah.. siap sudah entry ini. Juga ada beberapa entry dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Harryanto Rizal Rokman:KAU FIKIR KAU SIAPA? Ustaz Harryanto Rizal Rokman - di SINI..ANUGERAH? Itu hanya anugerah - di SINI..Kita tanya pada orang perempuan: 'Letih tak kerja?' - di SINI..BEKERJA vs KELUARGA di SINI..
#RemajaPurba: Simpan juga di sini untuk ingatan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2024/01/zaman-pantas-5g-dan-kotak-distribution.html