Zakat Membersihkan Harta



Berzakat merupakan cara untuk membersihkan diri dan harta daripada unsur-unsur kotor. Kekotoran harta wujud apabila diperoleh secara tidak sengaja melakukan perkara dilarang. 

Berzakat juga membersihkan harta berdasarkan hakikat bahawa harta yang wajib dikeluarkan zakat bukan lagi menjadi hak milik pemiliknya. Harta tersebut sama ada dikeluarkan zakat atau tidak, sudah dikira menjadi milik orang yang sepatutnya menerima zakat. 

Zakat sebenarnya adalah hak yang dikembalikan kepada yang berhak bagi memastikan kesamarataan dan keadilan ekonomi di dalam masyarakat Islam. Harta zakat yang diagihkan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi asnaf keseluruhannya.

Jumlah yang tidak dikeluarkan zakat itu dianggap sebagai kekotoran yang bercampur dengan harta-harta lain. Maka, untuk membersihkan harta ialah dengan mengeluarkan jumlah yang sepatutnya dikeluarkan zakat.

Harta tidak dikeluarkan zakat merupakan barah yang akan merosakkan bahagian harta yang bersih. Harta yang tidak dikeluarkan zakat akan merosakkan keseluruhan harta.

Kerosakan harta boleh berlaku dalam pelbagai cara. Balasan langsung seperti diterima oleh Qarun adalah antara cara balasan. Perkara ini sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian, tetapi tidak disedari disebabkan merasakan berpunca daripada perkara lain. 

Kejadian kebakaran, kemalangan, malapetaka dan kecurian merupakan balasan secara langsung dikenakan kepada orang yang ingkar. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Kekayaan, sama ada di darat maupun di laut, tidak akan binasa, kecuali apabila zakatnya tidak dikeluarkan.” (Hadis riwayat Tabrani). 

Sebuah lagi hadis diriwayatkan oleh al-Bazzar dan Baihaqi bermaksud: “Apabila harta zakat (yang sepatutnya dikeluarkan) bercampur dengan kekayaan lain, maka kekayaan tersebut akan binasa.”

Berdasarkan kedua-dua hadis tersebut, cara bagi menyelamatkan harta daripada sebarang perkara tidak diingini ialah mengeluarkan zakat. Harta yang telah dikeluarkan zakat lebih diberkati dan selamat.  

Secara falsafahnya, zakat dapat menjadi unsur pembersihan sumber pendapatan, kewangan, ekonomi dan harta lain secara zahir maupun rohnya. Dengan itu kekayaan ummah dapat dirasai bersama secara zahir maupun batin. 

Mengeluarkan zakat juga akan menyuburkan harta. Harta yang subur mempunyai keberkatan dan mendorong kepada penambahan harta. Sesiapa membelanjakan harta mengikut jalan Allah memperoleh keuntungan berganda-ganda yang tidak diduga olehnya.

Harta yang ingin dikeluarkan zakat hendaklah daripada hasil usaha yang dilakukan dengan secara halal. Harta yang dikumpulkan secara haram tidak dikehendaki dikeluarkan zakat dan tidak halal digunakan untuk tujuan lain.     

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 267 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, keluarkan sebahagian (zakat dan sedekah) daripada usaha kamu yang baik-baik dan dari hasil bumi apa yang Kami berikan kepada kamu. Janganlah kamu pilih yang tidak baik untuk kamu sedekahkan, sedang kamu sendiripun tidak mahu menerimanya, kecuali dengan memejamkan mata.  Ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/fcb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isytihar Harta Bukti Prinsip Ketelusan Ph Mb Perak

Isytihar Harta Bukti Prinsip Ketelusan Ph Mb Perak

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 246 hits
IPOH Usul pengisytiharan harta melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang mendapatkan kelulusan Dewan Undangan Negeri Perak semalam menggambarkan pencapaian kerajaan Pakatan Harapan di negeri ini dalam memperjuangkan prinsip akauntabi...
Polda Sumsel Sita Harta Rp8 4 Miliar Milik Bandar Narkoba Hasil Pencucian Uang

Polda Sumsel Sita Harta Rp8 4 Miliar Milik Bandar Narkoba Hasil Pencucian Uang

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 244 hits
Polda Sumsel menyita aset milik bandar narkoba senilai Rp8 4 miliar hasil tindak pidana pencucian uang Danil Saputra alias Jamaluddin Jamaludin tengah mendekam di lembaga pemasyarakatan Merah Mata Banyuasin Sumsel dengan vonis 10 tahun penj...
Bantah Usul Isytihar Harta Pembangkang Tak Mahu Malaysia Bersih Dari Rasuah

Bantah Usul Isytihar Harta Pembangkang Tak Mahu Malaysia Bersih Dari Rasuah

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 385 hits
Pada 25 Julai 2019Semalam Dewan Negara telah mengikut langkah Dewan Rakyat dan meluluskan usul menggesa ahli dewan tersebut untuk mengisytiharkan harta mereka dengan 34 senator yang menyokong usul berkenaan dan 23 senator membantah Sekali l...
Miliuner Dunia Hamburkan Harta Demi Menolong Sesama

Miliuner Dunia Hamburkan Harta Demi Menolong Sesama

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 150 hits
Posisi Bill Gates pun merosot di daftar orang terkaya di dunia akibat kegemarannya menyumbang demi kemanusiaan Kini dia adalah orang terkaya nomor tiga di dunia
Pakar Hukum Sebut Capim Kpk Wajib Laporkan Harta Kekayaan Sesuai Uu Kpk

Pakar Hukum Sebut Capim Kpk Wajib Laporkan Harta Kekayaan Sesuai Uu Kpk

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 220 hits
Feri mengutip UU KPK bahwa dalam pasal 29 seseorang untuk dapat diangkat sebagai pimpinan KPK harus memenuhi beberapa syarat Syarat di angka 11 menyebut harus mengumumkan harta kekayaan
Adun Perak Diwajibkan Isytihar Harta

Adun Perak Diwajibkan Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 237 hits
Adun Perak diwajibkan isytihar harta Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Jul 2019 11 42AM
Thailand Sita Harta Ahli Politik Terlibat Skandal Dadah

Thailand Sita Harta Ahli Politik Terlibat Skandal Dadah

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 326 hits
Thailand sita harta ahli politik terlibat skandal dadah Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 23 Jul 2019 11 30PM
Pengisytiharan Harta Lembaran Baru Politik Negara

Pengisytiharan Harta Lembaran Baru Politik Negara

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 296 hits
Langkah kerajaan mewajibkan semua anggota parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing masing merupakan satu langkah bijak dalam membuka lembaran baru politik negara Beberapa bekas wakil rakyat percaya langkah itu membolehkan ...
Selalu Tampil Glamor Dan Bergelimang Harta Kylie Jenner Curhat Kehidupannya Yang Sesungguhnya

Selalu Tampil Glamor Dan Bergelimang Harta Kylie Jenner Curhat Kehidupannya Yang Sesungguhnya

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 208 hits
Seperti kata Kylie apa yang terlihat di media sosialnya hanyalah permukaan aja Sebenarnya kehidupan ibu Stormi ini nggak seenak itu
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Rain Lily Scarlet O Hara

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Hari Lahir Angah Di The Soru Station Wangsa Maju

Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api

Ucapan Istemewa Kepada Babab Net

Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Pananthai 9 Pananthai Top 87 By Patrice