Zaid Ibrahim Bidas Hadi Jangan Cakap Kalau Tak Faham


 



April 14, 2021 Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya menggesa Perdana Menteri membubarkan Dewan Rakyat dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) secepat mungkin untuk menentukan siapa ada majoriti dan siapa lebih terintegriti.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Presiden Pas itu tidak layak untuk bercakap mengenai perkara yang beliau sendiri tidak faham atau tidak mahu faham.
“Saya membaca tulisan Abdul Hadi dalam Facebooknya semalam. Dia mendakwa kononnya, apa guna orang politik memegang majoriti besar kalau mereka tidak ada integriti.
“Rumusan yang saya faham dari kenyataan ini ialah kalau parti seperti UMNO dan Pakatan Harapan (PH) mendapat kemenangan besar, itu semua tidak ada erti kerana mereka tidak ada integriti.
“Bagi beliau dan barisan kepimpinannya hari ini, integriti itu bererti hanya ada pada orang yang belum dituduh atau tidak ada kes jenayah di mahkamah, sebaliknya ramai pemimpin UMNO sekarang ini digelar Kluster Mahkamah dan nampaknya tidak berintegriti,” katanya menerusi hantaran terbaharu Facebooknya.
Semalam, Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata, apa faedahnya mendapat jumlah sokongan majoriti yang besar, tetapi pada masa sama tidak berintegriti.
Beliau berkata, sekiranya dari awal lagi pemerintah mula berbohong kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan majoriti, ia akan berakhir dengan kemusnahan negara.
Justeru, katanya, Pas dan rakan pakatan dalam Perikatan Nasional (PN) menawarkan kerajaan selamatkan rakyat dengan pemerintahan sebuah negara berkebajikan yang membawa berkat.
Pas dan PN menolak pemerintah yang berbohong kerana cukup untuk menjadi tanda hilangnya integriti dan yang pasti mengundang semua perangai buruk lain, termasuk menjadi kleptokrat.
Menurut Zaid, Presiden Pas itu perlu ingat, integriti berbeza dengan keperluan majoriti dan dua konsep yang berlainan.
Ujar beliau, kerajaan yang sah di negara ini adalah mereka yang disokong oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya umum.
“Ini konsep yang mudah difaham. Kalaulah peluang diberi oleh Speaker, kita sudah lama mengetahui hal ini tanpa was-was. Keperluan majoriti adalah tuntutan perlembagaan dan kalau kita hormati perlembagaan itulah yang perlu dilaksanakan.
“Integriti, untuk maklumat Tok Guru Hadi Awang adalah sifat dan nilai seseorang seperti keikhlasan, keterbukaan, patuh kepada undang-undang dan tidak putar belit fakta untuk sesuaikan diri mereka dengan keadaan semasa.
“Kluster Mahkamah bukan mereka yang hipokrit, apatah lagi menyalahgunakan kuasa. Mereka yang dihadapkan ke mahkamah, yang mana keputusan muktamad belum selesai, tidak termasuk dalam golongan orang yang tidak berintegriti,” katanya.
Beliau memberi contoh, kumpulan tidak berintegriti adalah termasuk mereka yang menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk kekal berkuasa melalui darurat.
Contoh lain, katanya, menggunakan kuasa kerajaan “memujuk wakil rakyat lompat parti, menggunakan wang kerajaan tanpa perlu diluluskan Dewan Rakyat, bercakap mengenai reformasi dan kerajaan cara Islam, tetapi tidak sanggup membuat perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran negara sesuai dengan kehendak negara demokrasi tulen.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/zaid-ibrahim-bidas-hadi-jangan-cakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaid Ibrahim Sanggah Haji Hadi Awang

Zaid Ibrahim Sanggah Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 343 hits
Zaid Ibrahim Sanggah Haji Hadi Awang Aspek integriti dan majoriti dalam kerajaan adalah dua perkara berbeza kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menyanggah minda Abdul Hadi Awang Kata Zaid berdasarkan apa yang difahaminya daripada ...
Jangan Cakap Mic Gopoh Tanya Zahid Dulu Pasal Surat Sokong Anwar Vicky Cabar Puad

Jangan Cakap Mic Gopoh Tanya Zahid Dulu Pasal Surat Sokong Anwar Vicky Cabar Puad

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 221 hits
freemalaysiatoday com April 6 2021 4 51 PMPETALING JAYA Presiden MIC SA Vigneswaran mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menyoal presidennya Ahmad Zahid Hamidi berhubung surat sokongan untuk Yang di Pertuan Agong melantik...
Abdul Hadi Bidas Usaha Gagalkan D 8

Abdul Hadi Bidas Usaha Gagalkan D 8

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 191 hits
Oleh OMAR ZIN ABDUL HADI AWANGPETALING JAYA Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak tindakan sesetengah pihak yang cuba menggagalkan usaha untuk mengaktifkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun pada Sida...
Gaduh Gaduh Orang Kanan Azmin Bidas Noh Omar Jangan Cepat Berprasangka Dan Membabi Buta

Gaduh Gaduh Orang Kanan Azmin Bidas Noh Omar Jangan Cepat Berprasangka Dan Membabi Buta

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 184 hits
April 15 2021 Kemarahan Tan Sri Noh Omar berhubung cadangan pelantikan Penyelaras Parlimen di Tanjong Karang oleh Perikatan Nasional disifatkan dangkal dan membabi buta Setiausaha Badan Perhubungan Perikatan Nasional Selangor Muhammad Hilma...
Umno Ingatkan Pas Kalau Dah Tak Suka Cakap Elok Elok Jangan Ikut Sedap Mulut Jer

Umno Ingatkan Pas Kalau Dah Tak Suka Cakap Elok Elok Jangan Ikut Sedap Mulut Jer

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 228 hits
April 3 2021 Pas boleh menyatakan pendirian mereka dengan cara lebih berhemah sekiranya tidak mahu lagi bersama UMNO Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata cara itu lebih baik berbanding mengeluarkan kenyataan k...
Benci Najib Dan Benci Anwar Mahathir Akan Bertanding Atas Tiket Bersatu Zaid Ibrahim

Benci Najib Dan Benci Anwar Mahathir Akan Bertanding Atas Tiket Bersatu Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 227 hits
Itulah yang diperkatakan oleh Dr Mahathir semalam Kemarahan dan kebencian Dr M terhadap Najib adalah total dan tidak kehabisan Saya kira kalaulah ada barometer yang boleh menjadi pengukur kebencian Dr M terhadap Najib ia akan menunjukkan ta...
Jangan Berilusi Dalam Mahkamah

Jangan Berilusi Dalam Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 250 hits
Ilusi dan fantasi dalam mahkamah tidak laku SETAKAT sebut konspirasi scam SETAKAT sebut pendakwaan terpilih ia tidak jadi beban bukti Jika semua ITU boleh digunapakai dalam mahkamah APA perlu upah lawyer mahal LHDN berkaitrapat dengan matem...
Jangan Makan Makanan Ini Ketika Berbuka Puasa Dan Bersahur

Jangan Makan Makanan Ini Ketika Berbuka Puasa Dan Bersahur

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 686 hits
JANGAN MAKAN MAKANAN INI KETIKA BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan ramadan dimana semua umat islam akan berpuasa disiang hari Tentu sudah ada yang merancang berbagai juadah untuk berbuka puasa dan...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl